Wednesday 25 July 2012

-Ramadhan Kareem-





Assalalmualaikum wbt..

Tahun ni dah masuk tahun ke 19 aku berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi aku salah sebenarnya. Haha kesian kena tipu. Mungkin kurang sikit sebab aku tak ingat tahun berapa aku start puasa Ramadhan.

Dalam entry kali ini, aku nak berbicara sikit tentang Ramadhan. Semua orang islam tahu apa itu Ramadhan. Iaitu bulan Islam di dalam kalendar Hijrah.

Dalam bulan ini ada 30 hari yang istimewa. Semuanya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu:
1-10 hari pertama
2-10 hari kedua
3-10 hari ketiga

Haha aku taknak berceloteh panjang. Apa yang aku nak cakap kat sini, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ada peluang yang ada ni, rebutlah sebanyak mungkin pahala. Kita tak tahu bila ajal akan sampai. Manelah tahu kan, kot2 ni Ramadhan yang terakhir bagi kita. Tapi kan, kalaulah ajal kita sampai sewaktu kita sedang teresak2 menangis dalam sujud ketika 10 malam terakhir, perghhh subhanallah. Punyalah nikmat.

Kawan2, Allah tak menjadikan sesuatu itu sia2.Apa kata, dengan 30 hari yang ada ni, kita kejar:

-Khatam Al-Quran 30 juzuk (baca sahaja bagi yang tak menghafal)
-Iadhah Al-Quran 30 juz ( bagi yang menghafal)
-Tarawikh full 8rakaat x 30 malam = 240 rakaat.(cuba kira berapa patah huruf yang kita baca dalam solat tarawikh, dan dikirakan dengan jumlah pahala)
-Sedekah 30 hari (1hari RM1. Kalau tak mampu, 10 sen pun cukup. Allah mengira keikhlasan, bukan kuantiti)
-Zikir heavy-maksimum campur selawat (sekali zikir 33 kali, darab dengan 30 hari,berapa?)
-Ziarah rumah saudara (1hari 1 rumah. 30 hari 30 rumah. 1 rumah 1 tazkirah. 30 rumah 30 tazkirah.)
-dan banyak lagi..

Aku pun agak sibuk sebab Darul Quran sekarang, dah makin hampir menuju ke final exam, kalau tak silap bulan 9 nanti. Tapi, bagi aku, Ramadhan still Ramadhan. Jangan abaikan. Aku ni taklah maksum macam nabi, dan taklah alim macam ustaz sebab aku bukan golongan2 'Ana-Enta-Enti'. Aku ni biasa2 je yang menuju ke arah luar biasa. (cewah).

Baiklah, buat masa ni, aku agak sibuk dengan macam2 tugasan seperti assignment, jawatan2,dan banyak lagi. Jadi, sempena bulan Ramadhan ni, aku kurang sikit update blog. Tapi, takpe, kalau ada masa, InsyaAllah aku akan bagi entry baru.

Dan selepas aku mengenali Tim Gray (perbualan antara aku dengan mat saleh Amerika tu), sekarang ni aku nak cuba mengkaji adakah Islam di Amerika benar2 Islam Asli ataupun dicampuradukkan dengan elemen2 pluralisme & liberalisme. InsyaAllah ADNIN RAZAK akan terus menjelajahi bumi tarbiah, mencari kebenaran hakiki.

Hoho, bermadah pulak aku. Ok, Selamat berpuasa =)

No comments:

Post a Comment