Wednesday 18 July 2012

Orang Melayu : Sihir & Santau Berpisah Tiada..

Assalamualaikum wbt.

Kali ini aku nak bicarakan tentang sikap orang melayu. Ada banyak sikap irang melayu kita ni. Tapi yang aku nak sentuh kat sini ialah sikap buruk orang kita, iaitu hasad dengki. Biasa kita dengar, kalau orang melayu kita ni, asal dengki je, main santau. Asal dengki je, main santau. Kebiasannya mereka ni dengki atas faktor perniagaan, harta, dan banyak lagi.

Aku nak cerita terus terang. Sebulan yang lalu, ada ahli keluarga aku kena santau. Teruk. Tanda2nya ialah badan berasa gatal2 menjelang waktu maghrib, tengah malam kena gigit2 kat belakang badan, dan banyak lagi. Sampai satu tahap orang yang bagi santau tu punya jahat, kucing aku pun kena racun. Punca2nya ialah diorang yang santau kitorang ni, dengki dengan rumah aku, keluarga aku, bunga2 di rumah aku, sikap keluarga aku, dan ada lagi. Pelik kan? Apa punya manusia lah macam tu, pasal benda2 kecik pun nak dengki. Aku tak faham langsung dengan orang yang santau kitorang tu. Tapi alhamdulillah, sekarang ahli keluarga aku yang kena santau tu, dah pulih.

Ni, kes terbaru kena kat sedara aku. Tapi ni kes sihir pulak. Dia kena sihir atas dasar orang dengki pasal perniagaan dia. Dia dengan isterinya duduk kat rumah flat tingkat atas. Lepas tu dia pindah duduk rumah bawah. Aku tak pasti apa sebabnya. Dan bila dah pindah ke rumah bawah, kebetulan kat depan rumah dia tu ada sedikit ruangan taman. Jadi, kiranya cantiklah bahagian rumah barunya tu. Tapi, secara tiba-tibanya, ada orang sihir rumahnya atas sebab CEMBURU rumahnya ada kawasan taman di depan yang membuatkan  rumahnya cantik. Tanda2 sihirnya ialah secara tiba2nya dinding rumahnya didatangi oleh beratus2 lalat hijau atau nama lainnya langau. Bila tengok kat dinding rumah sebelah pulak, tiada langau. Rumah dia je yang ada. Memang sahlah tu kena sihir. Sedara aku tu pun ada sakit2 badan. Kebetulan sedara aku tu berniaga kedai makan selaku owner, jadi salah satu faktornya kena sihir pasal peniagaan la. Dan sekarang ni aku dengar cerita sedara aku tu sedang dalam proses perubatan la.

Ade lagi kes terbaru. Kawan aku punya mak, bukak kedai makan. Dan macam biasalah, orang melayu kita ni tak boleh tengok orang lain hebat. Jadi tak semena2nya mak kawan aku ni pun jadi mangsa sihir. Tapi aku tak tanya pulak dia macamana tanda2nya.

Dan sebenarnya banyak lagi kisah orang melayu kita yang suka santau menyantau dan sihir menyihir ni, tapi aku malas nak cerita. Ini yang aku cerita ni pun yang dekat2 dengan aku je.

Aku nak beri peringatan. Kalau kita kena santau atau sihir, tolong jangan guna khidmat bomoh atau pawang yang bekerjasama dengan jin/khadam. Tu semua mengarut. Lagi parah ada la. Aku pernah tengok seorang makcik ni, kedai makan dia kena sihir. Katanya bila orang datang , orang tak nampak pun kedainya. Ada pulak orang datang, tengok kat dalam bekas lauk, ada banyak ulat. Kat dinding banyak gila ulat2 lembik. Ada yang cakap diorang nampak lembaga hitam kat dapur kedai tu. Dan banyak lagi lah tanda2nya. Tapi yang buat aku hairan, makcik ni pergi minta tolong kat bomoh pulak..Dia siap cakap "Saya nak tangkal,  biar hati dia tertutup." Allah..makcik makcik. Kalau dah tau yang sihir2 ni perbuatan jin, yang makcik pergi minta tolong kat bomoh yang ada jin lagi buat apa?

Aku hanya tersenyum je bila mengenangkan balik peristiwa makcik tu. Hmm..inilah realiti orang melayu kita. Asal dengki je, guna santau. Asal dengki je, guna sihir. Nak berubat boleh, pergilah kat ustaz2 yang pakar dalam bidang perubatan Islam ni. Janganlah dok 'gatal' sangat pergi minta tolong kat tok bomoh yang guna jin.

Tapi nak buat macamana kan? Orang melayu kita ni, pantang ditegur.Hang Tuah pantang dicabar, kita pulak pantang ditegur. Pelik dan hairan. Takpalah, sama2lah kita doakan agar kita sentiasa dijauhi oleh ancaman SIHIR dan SANTAU..Tak lupa juga kita sama2 doakan agar makcik yang minta tolong kat bomoh jin tadi tu, dibukakan hatinya agar kembali kepada fitrah, iaitu meminta pertolongan hanya daripada Allah..

"Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan dengan-Nya, mereka berputus asa dari rahmat-Ku, dan mereka itu akan mendapat azab yang pedih."
 (Surah Al-Ankabut, ayat 23)

"Berjalan, Melihat & Mentafsir."
Sekian daripada Adnin Razak,
Da'ie Jalanan Bumi Fana,
1:28 PM 19hb Julai 2012.

1 comment:

  1. Propa je dia ni. Cerita tah apa2 tah. Aku ni tgh recover dr santau. Cemburu rumah lah, cemburu perniagaan lah. Pelik manusia tau apa yg manusia lain rasa. Choii

    ReplyDelete