Monday 6 July 2015

[puisi] Kalau Kau Kenal Aku Siapa

Salam ukhwah tirai bicara Islami

wahai manusia yang aku kenal
aku punya satu ertikata yang sudah lama
terbungkam dalam sanubari
hati aku bagai sudah membatu
diam menyendiri tanpa seribu kata
amatlah bertahun lamanya
aku jadi begini

Kalau kau kenal aku siapa
aku hanyalah seorang lelaki biasa
aku tidak ada apa apa yang boleh menggembirakan kau
amat singkat akalku dalam menjalani pemikiran
apatah lagi kalau mahu dikirakan berapa berat timbangan amal aku pada Tuhan
aku hanya aku
lelaki yang luarnya kosong
dan dalamnya jua kosong
tiada isi

Kalau kau kenal aku siapa
aku sejak kecil
tidak pernah dibesarkan dengan kemewahan
mak dan ayahku bukan manusia berada
bukan berharta
malah hidup sentiasa berjauhan
ayah aku seorang manusia yang bekerja di jalan permusafiran
mak aku hanya seorang ibu yang mengenalkan aku kepada dunia
semenjak kecil
sehingga kini
tidak pernah ada dalam hati aku
untuk jatuh cinta dengan apa apa barangan dunia
bukan aku bermaksud bahawa aku seorang yang zuhud
tidak
malah jauh sama sekali
cuma
aku memang ada satu sifat dalam diri
bahawa aku tidak pernah
bahkan jangankan sekali
untuk meminati apa apa simbol kemewahan
jujur aku berbicara
aku tidak pernah memakai barangan yang berjenama
kau lihatlah luaranku
kau lihatlah diriku
kau lihatlah penampilanku
apa kau jelas akan siapakah aku?

Kalau kau kenal aku siapa
aku langsung tidak kenal
apa itu kereta besar
apa itu rumah besar
apa itu harta berjenama
apa itu baju mahal mahal
apa itu kasut orang kaya
apa itu fesyen kontemporari
ah
aku langsung tak kenal semua itu
sebab aku tak pernah diperkenalkan oleh mak ayah aku tentang itu
apa kau masih belum jelas siapa aku?

Kalau kau kenal aku siapa
walaupun di universiti
kawan kawan aku termasuklah kau
datang dari kalangan orang yang berharta
bila kita semua bergelak tawa
aku juga masih bergelak sama
bila kita semua bercerita itu ini
aku juga masih boleh bercerita sama
namun
apakah kau tahu
bahwa aku ini ialah seorang manusia yang pendiam
pada mata manusia
aku ini sangat bising pada bibirku
tapi kau tak tahu
malah kau tak nampak
siapa aku di depan Tuhan
kalau kau bersama kawan kau
mula bercerita tentang gajet, kemodenan, harta, kemewahan, fesyen dan sebagainya
kalau kau perasan
aku hanya mengukir senyuman tawar di bibirku
tanda aku senyum itu dengan penuh keterpaksaan
bukan aku tidak mengiyakan apa yang kau kata
tapi ketahuilah
dalam diam
aku segan sebenarnya
sebab aku sedang duduk di kalangan orang yang berharta
sebab aku tidak ada apa apa
sebab aku kosong

Kalau kau kenal aku siapa
aku sangat suka buat kerja kerja kebajikan
tidak kiralah kebajikan pada siapa pun
samada pada manusia
atau pada haiwan
atau pada tumbuhan
atau pada benda yang tidak hidup
kerna apa?
kerna aku sudah diajar dari kecil
agar sentiasa buat kebaikan walau pada sesiapa pun
aku tahu
aku bukan orang senang
jadi
sebab itulah aku berani dan mampu
untuk buat kebajikan pada makhluk makhuk Tuhan yang seperti aku
kalau kau perasan
ketika di universiti
dalam kotak motor aku
sentiasa ada makanan kucing
untuk apa?
untuk agar kalau aku ke mana mana
apabila Tuhan takdirkan bahawa di pertengahan jalan
ada kucing yang kelaparan
aku akan terus berinya sedikit makanan
pada aku
untuk apa kita punya rasa kedekut
untuk apa kita punya rasa kaya
untuk apa kita punya rasa bongkak akan harta yang kita ada
kalau kita bernafas pun guna udara yang Tuhan bagi percuma
jadi di situ
persoalannya
di manakah sebenarnya harta kita?
jawapannya
tidak ada.

Kalau kau kenal aku siapa
aku sejujurnya aku memang bukan orang kaya
tapi aku cuba untuk berkongsi dengan makhluk Tuhan yang lain
apa apa sahaja yang aku ada
kerana seringkali aku membaca beberapa tulisan hikmah
yang mengatakan bahawa
jika kita memberi apa apa yang kita ada
pada sesiapa yang lebih memerlukan
nescaya Tuhan pasti akan menggantikannya dengan apa apa yang lebih baik
aku sangat yakin dengan kata kata itu

Kalau kau kenal aku siapa
kalau kau perhatikan pakaian aku
kalau kau fahami bahasa harta aku
kalau kau bacai tulisan aku
kalau kau saksikan rutin siang dan malam aku
pasti kau akan tahu
bahawa aku
adalah lelaki
yang tiada apa apa
kosong

Kalau kau kenal aku siapa
di mata kau mungkin kau boleh definisikan
bahawa aku seorang manusia yang hebat dan gah
dengan tegasnya aku memimpin
dengan beraninya aku menerjah
dengan lantangnya aku bersuara
hakikatnya
kau tidak tahu
semua itu hanya suntikan syaitan pada mata kau
boleh jadi kau tertipu dengan penglihatan kau
kalau kau nak tahu
seperti yang aku katakan
aku ini manusia kosong
tiada apa apa yang boleh membanggakan kau
aku sebenarnya sedang cuba
untuk duduk diam
bukan mahu menjadi pasif
cuma aku
mengubah pemetaan setiap gerak perancangan yang aku jalankan
agar ianya nampak lebih berhikmah
dan sejahtera hendaknya
itu belum kira dengan apa ilmu yang aku ada
kau kena tahu
bahawa aku tiada ilmu
kau boleh bilang apa sahaja senarai ilmu yang kau mahu tanya pada aku
aku mampu jawab dengan
tiada satu ilmu pun yang aku ada
kalau ada pun
tak sampai satu perpuluhan satu peratus daripada zarah ciptaan Tuhan
itupun
belum tolak lagi dengan andai aku ada terlakukan apa apa perkara yang membunuh ilmu aku itu sendiri
ketahuilah
lelaki yang sedang bermonolog di dalam tulisan yang kau baca ini
hakikatnya manusia biasa,

Aku berbicara soal perenggan ini
bukanlah aku mahu menunjuk nunjuk
tidah sama sekali
aku cuba menafsirkan
apa yang aku amalkan
agar ianya dapat menjadi iktibar dan nasihat kepada kau
seandainya kau bacainya dengan mata hati
bukankah memberi nasihat itu salah satu perkongsian yang terbaik?
ya
sebab itu aku cuba

untuk beri harta
aku bukan manusia berharta
untuk beri ilmu
aku bukan manusia berilmu
untuk beri jasa
apalah sangat jasa aku pada dunia
aku kosong
yang mampu aku kongsi hanyalah
beberapa amal dan perbuatan yang pernah aku buat
dan sedang aku buat
agar kita sama sama dapat balasan syurga Tuhan di sana nanti

Kau
kau yang aku maksudkan
apa kau sudah bersedia untuk hidup dengan aku?
hari ini kau sudah baca tulisan jujur aku
yang mengatakan bahwa aku seorang lelaki kosong
apa kau yakin aku boleh menggembirakan kau?

Itu semua Tuhan punya cerita
aku tidak mahu bincang di hamparan ini

Semahunya lebih banyak lagi untuk aku luahkan
dalam tulisan murahan ini
namun
sempat aku berfikir
tidak perlulah untuk kongsi segalanya
sebab
aku sendiri tidak tahu
apa takdir seterusnya yang aku dapat dari Tuhan
cumanya aku
mahu menghulur maaf
andai ada salah dan silap dan bicara dan perlakuan aku
sepanjang kau mengenali aku
dari dahulu
sehingga kini

cukuplah
ada masa
ada nyawa
aku menulis lagi
semoga aku, kau dan kawan kita semua
menjadi manusia yang berguna untuk Tuhan
dan sekalian alam ciptaan-Nya.

Salam dari aku,
Seorang Lelaki Tiada Harta.

-Nur Adnin Abd Razak
Da'ie Jalanan Bumi Fana
7/7/2015 @ 2:53pm

Wednesday 21 January 2015

[travelog] banjir : meruntun jiwa.

assalamualaikum.

aku baru sahaja dapat satu pengalaman baru. pada tarikh 17 januari 2015, aku telah pergi ke gua musang, kelantan untuk misi kemanusiaan pasca banjir. aku pergi under anjuran fakulti aku, yakni fakulti kepimpinan & pengurusan (fkp) usim. nak tahu tak, aku sangat2 teruja nak join program ini kerana apa?

dulu masa tahun 2010, lepas spm, aku jadi fasilitator untuk satu kem smart solat anjuran konsultan abang aku. masa tu program kami di kelantan dan terengganu. diadakan pada tarikh yang serentak. kami fasi semua gerak dari bangi pada jumaat malam. sedang dalam perjalanan ke pantai timur melalui highway pantai timur, kami berhenti rehat di rnr genting sempah. kat situ, ada perbincangan skit. rupa2nya abang aku nak aku ditukarkan ke terngganu. ikut asalnya aku ke kelantan. nak tahu tak, aku sebenarnya sangat2 mengidam nak ke kelantan sejak dulu lagi. jadi masa tu dapat bertugas sebagai fasi di kelantan, adalah satu peluang besar buatku la. tetapi bile dah diumumkan yang aku perlu ditukar ke terengganu, so aku kecewa sikit la. haha

kemudian, pada tahun 2014, aku dah rancang dengan kawan baik aku, iaitu nazirul dan afnan. yang kami nak bercuti ke kelantan sekitar bulan ogos 2014. tapi entah kenapa, sekitar waktu tarikh yang kami target tu, terasa macam dihalang. ada je masalah yang datang. masa tu aku bersangka baik, mungkin Allah tak izinkan. takpa. aku sabar.

so haritu, aku dapat wasap dari group wasap kelab huffaz dq, yang fkp ada buat misi kemanusiaan pasca banjir di kelantan. whoa! apa lagi. aku terus daftar nama lah. teruja kot, dapat ke kelantan. misi kemanusiaan lagi tu. yeaah. aku minat dua perkara. satu, dapat jejak kaki ke kelantan setelah sekian lamanya terpendam. kedua, sebab kerja sukarelawan. aku memang minat kerja2 sukarelawan gini. huhu. heh.

ok, nak stret to da point, program tu diadakan di Sek Keb Limau Kasturi, Gua Musang, kelantan. baru aku tahu, walaupun selama lapan jam duduk dalam bas dari nilai ke gua musang, rupanya gua musang ni baru area selatan kelantan. belum masuk lagi kuala krai, pasir mas, kota bharu dll. itu lagi bapak jauh. haha

ok. kami gerak dari usim hari sabtu jam 10 pagi. dan sampai di sekolah itu jam 7pm. masa tu dah nak gelap. masa kami dberi taklimat awal, baru aku tahu yang sekolah tu takda bekalan air dan elektrik. haha. memang best. malam tu kami just kemas2 susun barang dan makan malam je. budak laki tidur di surau dan perempuan tidur di dewan makan.
tujuh bas usim (gabungan fkp, hep, palapes, sispa, suksis). masa ni di pavilion usim. taklimat daripada naib canselor.


pagi esoknya, selepas solat subuh, aku meluangkan masa untuk merayau ke seluruh kawasan sekolah, aku pergi ke kuarters guru, ke padang, ke bangunan sekolah dll.

pemandangan sekolah dari padang

dalam jam 8am, kami berkumpul di depan surau uuntuk mendengar taklimat. kumpulan aku diberi tugas untuk mebersihkan kawasan belakang bangunan sekolah. aku sebenarnya tak banyak sangat kerja yang aku buat. sebab peralatan diorang dah conquer. haha. jadi, aku keluarkan nset sony xperia e aku. aku jalankan tugas aku sebagai jurugambar tak bertauliah. haha. ok ni aku share gambar2 yang aku rasa sesuai untuk dikongsi ; bagaimana rupa sekolah tersebut selepas dilanda bah.

PA System yang rosak

meja yang dah rosak berlumpur

begini sahaja pakaian sekolah mereka

sekolah berjalan macam biasa

sebahagian ruang perpustakaan yang dah jahanam

group plkn mengemas bahagian tengah

kelas yang berlumpur

kawasan belakang asrama lelaki

kawasan parking kuarters guru

kami dalam bas, perjalanan pulang ke usim..

so, ni je lah yang aku dapat nak share. sebenarnynya banyak gile gambar n video yang aku snap. cume malas nak sumbat dalam post ni bebanyak. oh ye. kami bertolak dari gua musang tu dalam jam 7pm, then sampai ke nilai dalam jam 2pg. gitulah critanya.

jadi nak kata kat sini, aku sangat2 bersyukur sebab ini pengalaman pertama aku jejak kaki ke kelantan, walaupun sekadar gua musang. dan bersyukur sebab aku dapat gunakan watak mahasiswa aku ni untuk berbakti kepada masyarakat, walaupun hanya secebis sahaja bantuan yang mampu aku berikan. moga2 Allah kira dalam saham akhirat aku.

aku nak bagitau, kita yang bukan mangsa ni, bersyukurlah sebab kita belum diuji seperti mereka. aku dah pergi sana dan lihat depan mata sendiri keperitan mereka, baru aku faham. orang yang tak tahu sitausi sebenar depan mata, selalunya akan cakap 'sabarlah'. ye, aku bukan menafikan sabar. cuma kadang2 kita tak perasan, kalimah 'sabar' tu memang semudah yang kita lafaz sebab kita tak merasainya. 

hmm. aku mendoakan ada keajaiban yang berlaku ke atas mereka selepas ini. ada hikmahnya kenapa Allah turunkan banjir. Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu.

wallahu alam. sekian. 









Thursday 8 January 2015

[diari] Rindu pulak dengan Ustaz.

Assalamualaikum.

Tarikh aku buat post ini, adalah tarikh 1 november 2014, bersamaan hari Sabtu. Pada jam 8 malam, ada forum kat kafeteria Kolej Kediaman Nilam Court ( asrama usim ) sempena dengan Maal Hijrah. Tajuk forum tu ialah "Ma Ba'dal Hijrah?" ataupun maknanya dalam bahasa Melayu "Apa yang berlaku selepas hijrah?". Dalam forum tersebut, ada seorang moderator muslimin, dan ada tiga orang ahli panel. Muslimin seorang dan lagi dua orang tu muslimat.

Aku bukan nak cerita pasal pengisian forum, tapi aku cerita pasal situasi forum itu sendiri. Bilamana aku melihat mereka berforum, aku teringat zaman aku di DQ dulu. Dq ni dunianya tak lari dari majlis2 ilmu, forum, talk, wacana, solidariti dan lain2. Bila sebut pasal DQ, apa yang paling mahal ialah Biah Solehah. Yang banin dengan jubahnya. Yang banat dengan jubah n tudung labuhnya. Pastu kalau berbicara, agak jauh. Ada yang tunduk tak pandang muka. Ada yang bersemangat. Ah. Macam2 lah.

So time forum tadi tu, aku banyak termenung sebenarnya. Aku perhatikan kat panel2, tapi fikiran aku ke lain. Terbayang suasana DQ dulu. Macam ni lah suasananya. Tapi, suasana yang Biah Solehah macam ni, hanya didapati dari kalangan pelajar2 USIM yang kos agama je majoriti macam Quran Sunnah ke, QuraN Multimedia ke.

Jauh beza dengan aku. Aku budak Komunikasi. Atau nama lain nya MAscom. Aku under Fakulti Kepimpinan & Pengurusan. Ok jap aku citer ;

USIM ada tujuh kot fakulti ;
-Fakulti Pendidikan Quran Sunnah ( FPQS )
-Fakulti Pengajian Bahasa Utama ( FPBU )
-Fakulti Kepimpinan & Pengurusan ( FKP )
-Fakulti Syariah & Undang-Undang ( FSU )
-Fakulti Ekonomi & Muamalat ( FEM )
-Fakulti Sains Teknologi ( FST )
-Fakulti Pergigian

Aku kat FKP. FKP ni unik. Sebab bawah FKP ada empat kos yang berbeza budaya. Dua kos islamik, dan dua lagi kureng islamik. Hahha . Yang islamik tu kos Aqidah n kos Dakwah. Manakala yang kureng tu Kaunseling n Komunikasi. Aku selalu buat penelitian, bahawa USIM ni adalah universiti dua wajah. Memang namanya pun Sains Islam. Bertembungnya dunia Naqli dan Aqli. So faham2 jelah apa makssud dua wajah tu kan..

siyes doh aku rindu zaman aku yang dulu. sekarang ni aku belajar kos yang bukan kos agama. ramai orang menasihati glongan agama yang amek kos komunikasi ni. katanya,

"kos komunikasi ni memang diakui kurang islamik. sebab itulah kau sebagai orang islamik, kena masuk kos ni. belajar betul2 dan islamikkan kos ni. kalau bukan kau, siapa lagi?"

peh. memang sentap. padu dan makan dalam. palat pun ada jugak. komunikasi ni kos belaja tentang media. penyiaran dan kewartawanan. dua-dua bidang ni kalau dilihat pada perspektif negara kita si malaysia ni, faham2 sendiri la. yang pihak tv dengan cara tv nya. sarat dengan hiburan, lagu, maharaja lawak mega,nyanyi, dan macam2 lagi. pulak kalau bab berita nya, selalu keluar berita yang gebang, tak telus, fitnah, banyak propaganda dan banyak lagi masalah yang ada.

kita je yang buat-buat tak nampak.

ok sejak itu, aku dah faham. kenapa Allah letak aku belajar dalam kos komunikasi ni. rupanya Allah nak aku gunakan medium penyiaran dan informasi ini sebagai medium dakwah aku. dakwah kan ada banyak cara kan.? so ini lah caranya yang aku kena malah wajib untuk pakai.'

hmmm..
mengislamisasikan perkara yang sekian lamanya hanyut, bukan satu tindakan yang mudah . kau kena pikul satu tanggungjawab yang besar. kau ialah pndakwah. zaman dulu dulu yelah, pendakwah itu ialah orang yang memegang quran dan berceramah di khalayak ramai.

tapi kini tak. kini zaman kontemporari. dakwah pun kena guna cara yang kontemporari. seiring dengan prjalanan zaman. maka, dengan kuasa komunikasi inilah, wajiblah bagi aku dan kawan2 aku yang satu kos denganku, untuk islamkan semula penyiaran dan informasi Malaysia negaraku tercinta ini.

insyaAllah, aku akan amek bidang Journalism yakni penulisan kewartawanan pada tahun tiga nanti. dan, tahulah aku. apa benda yang aku nak buat nanti.

"Ke Arah Mengislamisasikan Media Penyiaran Islam"

Allahumma ameen.