Monday 16 July 2012

-Muqaddimah pasal Al-Quran-

Assalamualaikum.

Buat pertama kalinya aku ada blog yang khas untuk aku. Sebelum2 ni aku masih ada blog cuma aku tak istiqamah dalam 'mengupdate'kan blog aku.

Aku ni takdalah masyi sangat dalam dunia ICT. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi kamu semua kena ingat, selagi ada nafas, selagi tu lah kau kita kena menuntut ilmu. Tak kiralah berapa banyak pun. Biar lembab asalkan ada usaha. Jangan tinggalkan taklifat kita sebagai penuntut ilmu walau sedetik pun. Kerana segala ilmu yang ada di muka bumi ini datangnya daripada Al-Quran. Kita bersungguh2 belajar ilmu duniawi tetapi mengabaikan Al-Quran, itu tandanya kita lupa diri.

Menyentuh bab Al-Quran, aku ada perkongsian sedikit, Aku ni seorang penghafal Quran. Ramai yang jumpa dengan aku, cakap sedih sebab tak dapat hafal quran. Aku tersenyum. Dan aku berpesan kepada mereka-mereka itu, Allah tak pernah suruh kita hafal quran. Allah cuma nak kita belajar, memahami, mengamal dan menyebarkan ajaran2 Islam yang ada dalam quran tu. Kalau dapat hafal, tu bonus daripada Allah. Tapi jangan risau, Allah tu Maha Adil. Sesiapa yang bercita-cita nak menghafal Quran tapi tak kesampaian, Allah sebenarnya dah siapkan satu taqdir yang istimewa untuknya.

Ingat ye, Allah tak zalim. DIA cuma tangguhkan hasrat nak hafal quran tu pada masa yang akan datang. Ok aku kembali. Aku rasa, cukuplah sekadar ini muqaddimah aku untuk blog baru aku ni. Kalau siapa2 yang sudi nak berkongsi pasal Quran, silakan. Aku open aje.

-Sebodoh-bodoh bangsa ialah bangsa yang tak kenal siapa Tuhannya-

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Sekian daripada Adnin Razak,
Da'ie Jalanan Bumi Fana,
11:40 PM 16hb Julai 2012.

No comments:

Post a Comment