Wednesday 21 November 2012

Unit Kajian Strategik : Sejauh Mana Renungan Aku?


Assalamualaikum.
""There’s a time when the operation of the machine becomes so odious, makes you so sick at heart, that you can’t take part; you can’t even passively take part, and you’ve got to put your bodies upon the gears and upon the wheels, upon the levers, upon all the apparatus, and you’ve got to make it stop." (Mario Savio)
Entry aku kali ni aku nak cite siikit pasal jawatan aku. sebab ape aku bubuh tajuk
 'Unit Kajian Strategik : Sejauh Mana Renungan Aku?' ?

Baiklah, aku akan cer sikit. Unit Kajian Strategik ialah satu unit yang berada di bawah Ahli Mesra Maktabah Darul Quran. aku merupakan PIC (Person In Charge) bagi unit ni dan timbalan aku bernama .... tak perlulah cakap. dalam unit ni kami semua mengkaji soal2 permasalahan yang amat kritikal dalam pemikiran manusia seperti elemen kenegaraan macam demokrasi, haraki, kepimpinan, solidariti mahasiswa, juga elemen keagamaan atau falsafah macam orientalisme, dan banyak lagi la. nak cakap pun payah..tapi aku lebih suka highlightkan isu PERJUANGAN MAHASISWA & KEBEBASAN BERFIKIR.

sepanjang aku menjawat jawatan sebagai PIC, aku kurang menonjolkan diri. yang sebaris dengan aku ialah tokoh2 reformis mahasiswa dq macam...... tak perlulah aku sebut jugak. bahaya. kirenye senang cite sume ahli2 unit ni semuanya hebat2 belaka pemikirannya.... kecuali aku.

aku bukanlah nak rendahlan sendiri nama aku, cume aku ni bukan manusia yang berfikiran teknikal, yang mampu untuk berfikir soal2 perkara yang giler2 punye critical thinking. aku ni punye otak biase2 je. setiap kali ada diskusi, atau wacana yang dibentangkan untuk membincangkan perkara2 tertentu macam soal demokrasi misalnya, aku lebih suke duduk sebagai hadirin walaupun aku ni ialah PIC.

aku bukan insan yang layak digelar ketua untuk unit ni. pernah beberpa kali kawan aku menggelar aku reformis. ya, kadang2 aku bersetuju tapi aku taknak. bukan beerti aku tak minat untuk memperjuangkan hak mahasiswa, cuma........takpelah. aku ada rahsia tersendiri.

akibat daripada kurang menonjolnya aku dalam gerakan unit ni, maka tepat tarikh 21hb Nov 2012, aku dah berjumpa dengan orang yang lebih atas daripada aku dalam unit ni, untuk melepaskan jawatan. aku beurndur. aku akan berundur, dan terus untuk berundur.

TAPI

aku berundur bukan bermakna aku mengalah. aku cuma tak sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan beberapa lagi tokoh reformis mahasiswa dq samada laki atau perempuan yang hebat2 belaka. aku taknak duduk lagi sebaris dengan diorang. aku tak layak. aku tak sehebat diorang. pada aku, aku takkan tinggalkan dunia Unit Kajian Strategik ni. aku sekadar akan berdiri belakang sedikit je daripada barisan diorang.

aku mempunyai cita2 agung aku sendiri, apabila aku sudah masuk ke tahun ketiga diploma kat dq ni. waktu tu aku dah jadi senior kat dq. aku mengaku, aku ada misi dan visi teragung untuk aku laksanakan waktu tahun akhir diploma nanti.

aku akan menyambung semula perjuangan aku yang aku tangguhkan dulu ni, Ya, aku bukan tinggalkan terus unit kajian strategik ni, cuma aku tangguhkan sebentar untuk aku mencipta beberapa pelan strategik dan pelan perlaksanaan ideologi yang mungkin pda aku, sesuai dengan otak aku dan sesuai juga untuk otak mahasiswa dan mahasiswi dq yang lain.

aku ingin berjalan atas kaki sendiri sebab aku rasa mungkin cara tu yang terbaik untuk aku bergelar salah seorang reformis di dq. aku ingin jadi reformis apa???just wait n see  je..

waktu tu aku dah tak gunakan lagi nama Unit Kajian Strategik ni, sebab waktu tu unit ni dah ditukar kepimpinannya nanti. mungkin aku akan bergerak atas nama aku sendiri, ataupun aku guna nama persatuan, ataupun guna pengaruh, tengoklah nanti. terpulang pada aku untuk menentukan apa yang boleh dijadikan wasilah untuk menggerakkan ideologi aku nnti.

dan, sikit lagi aku nak ghoyak, PIC yang baru bagi unit ni (kan aku dah letak jawatan), mungkin orang yang lebih hebat daripada aku. tengoklah sapa dia. takpelah, aku tak kisah siapa pun yang akan gantikan tempat aku, yang penting perjuangan untuk mahasiswa dq tetap akan diteruskan..


itu je untuk entry kali ni....

"REVOLUSI MENTALITI & IDENTITI MAHASISWA DEMI MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN"
...coming soon at 3rd year of diploma...


Berjalan.Melihat.Mentafsir
Sekian daripada Adnin Razak
Daie Jalanan Bumi Fana
21hb November 2012 11:28pm


Monday 19 November 2012

satu saat itu aku pernah menangis.






"Iridescent"

You were standing in the wake of devastation
And you were waiting on the edge of the unknown
And with the cataclysm raining down
Insides crying "Save me now"
You were there, impossibly alone

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

And in a burst of light that blinded every angel
As if the sky had blown the heavens into stars
You felt the gravity of tempered grace
Falling into empty space
No one there to catch you in their arms

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Let it go
Let it go
Let it go
Let it go

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go 

Iridescent-Linkin Park

Assalamualaikum...

sekali lagi aku nak post pasal tazkirah. Aku bernama Adnin. Adnin Razak. Aku ada motto sendiri.

"Adnin Razak sayang anak muda"

sebenarnya aku teringin nak jadi budak baik yang benar2 mahu berubah jadi bertambah baik. bukan la aku kata aku ni tak baik, cume macam orang cakap ape eh? aku ni takde baik sangatlah. bukan langsung tak baik, cuma ada baik sikit2 je dan nak tambah lagi baik yang aku ada tu.

baiklah. cakap baik2 banyak kali takut tak faham pulok. kadAng2 kan, aku selalu menangis sorang2. bukan bermakna aku ni benye atau jantan kelepey (bahasa melaka). aku ni boleh la jugak dikatakn sebagai salah seorang makhluk Tuhan yang telah diuji dengan ujian2 yang boleh dikatakn agak susah la. macam2 ujian yang Allah turunkan kat aku. aku pernah ....... , aku pernah ........, dan aku juga pernah ........ macam2 la. nak cite pun segan. bayangkan, sampai satu tahap tu, aku dah pressure sangat2, sampai aku dah berniat NAK BUNUH DIRI.

astaghfirullah hal azim. bila niat tu datang, cepat2 aku lupakan, taknak aku layan niat gila tu. ok la, lets me cer the story. dulu kan, sebelum masuk dq, aku cakap ngan abang aku, aku nak kerja dengan dia sebagai perunding rawatan resdung HPA. time tu kan selepas spm, jadi cuti aku yang kosong tu aku nak isi la dengan kerja jadi perunding rawatan. tapi kebetulan masa tu aku ada hal lain yang membuatkan hajat aku nak kerja HPA tak dapat. mmang tension la mase tu. pastu, tiba time temuduga pelajar2 baru dq,aku pergi la. time turn aku temuduga, aku banyak tak lepas.ujian  hafalan selama satu jam pun banyak sangkut2, macam2 la. abes je temuduga, muka aku ketat je.dan bila tiba tarikh keluar keputusan kelulusan temuduga, aku dapati bahawa aku gagal dalam temuduga tu. ya Allah mase tu memang rasa dunia ni dah takde ape2 lagi da. mak aku pun terkilan. bermula sejak hritu aku lemah je nak hidup . kawan aku cakap lau gagal bole je wat surat ryuan, aku pun buat jer..sambil2 tu hari2 aku gi cybercafe survey mane2 tempat tahfiz yang ksong, aku nak masuk. satu hari ni, balik je dari cc, ada satu surat terselit kat peti surat umah aku. aku tengok surat dari DARUL QURAN. fuyyo dengan sukanya aku masuk umah dan baca;

"dukacita dimaklumkan bahawa anda telah gagal dalam sesi temuduga pelajar baru Darul Quran. Tapi sukacitanya dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan untuk belajar di Maahad Tahfiz Saidina Ali, Melaka ...bla..bla...bla.."

alahai, ingatkan dq bagi aku masuk. hmmm...sedih aku kembali. yang maahad tahfiz dq promote tu cawangan daripada dq jugak, cume bertmpat kat melaka jer. aku taknak melaka. aku nak dq jugak. tengah2 sedih tu, aku call my father, minta izin nak naik moto gi maahad tahfiz melaka tu, nak daftar. ayah aku tak bagi aku naik moto sebab masjid tanah ke bukit katil tu jauh, ayah aku tak izinkan aku sebab dia risau kot2 berlaku apa2. sekali lagi aku macam,,,sedih. mase tu memang aku dah nangis da. nak kerja HPA tak daapat, temudga dq teruk, last2 gagal temuduga, pastu just dapat maahad tahfiz cawangan melaka jer, pastu dah elok2 nak daftr, ayah x bagi bawak moto. perghhh memang mase tu nak bunuh diri jer. aku pun baring je..setitis demi setitis air mata aku meleleh. tiba-tiba.....

telefon aku berbunyi, aku tengok tertera kat skrrin fon aku no pelik, no dari negeri selangor. aku pun macam pelik...(mata berair lagi ni)..dan aku pun angkat la call tu....;

"Assalamualaikum..ni adik Nur Adnin ke? saya dari Darul Quran. Adik Nur Adnin, tahniah diucapakan kerana rayuan adik untuk memohon ke Darul Quran telah diluluskan. Jadi adik boleh datang ke Darul Quran...bla....bla..bla...."

Ya Allah serius aku rasa dunia ni aku yang punya. mase tu punyalah aku suke giler2. aku gitau mak aku, mak aku lak yang nangis sebab terlalu suke yang aku diterima belaja kat dq. punyelah suka giler aku, dan akhirnya tarikh keramat 14hb Mei 2011 aku pun melangkah masuk ke dq sebagai pelajar diploma tahfiz al-quran & qiraat.

saat diganti saat, minit ke minit, jam ke jam, hari diganti hari, bulan didatangi bulan, tahun saban tahun menyapa, akhirnya satu detik bertarikh 5hb September 2012 ini aku mengalami zaman kejatuhan. aku sudah terjebak ke dalam dunia penuh fitnah, konspirasi,birokrasi, mangsa keadaan dan macam2 lagi.

aku mula diuji itu dan ini, begitu dan begini. dalam suasana penuh kekalutan tu aku berkali2 berkata pada diri aku;

"Maaf dunia, aku rasa aku dah malas nak hidup."

Serius! saat tu aku x tau nak buat apa lagi. Tak perlu aku terangkan kat sini. Ya tarikh 5hb september tersebut dah mengubah hidup aku 90%. aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ya Allah, ia dah membuatkan aku mnjadi seseorang yang tak dikenali lagi...

......
.......
......

aku taknak cerita panjang lagi, nanti aku sedih. ya, kerana peristiwa hitam tu la, aku menangis buat kali ke-2.
sejak kejadian tu, siang malam aku sedih je mengenangkan nasib aku. kadang2 aku terfikir, kenapa aku diuji sebegitu rupa? aku bertanya kat kawan2 aku, ramai diorang cakap aku ni insan tabah, thats why aku diuji sebegitu.betul ke?

Allah, hanya Allah je yang tau apa yang aku rasa. .....

Bila terfikir kembali, adakah ia ujian ataupun balasan...

Aku bukan insan soleh..aku jua bukan insan tabah....

Ke mana aku selepas ini..

Hanya takdir yang menentukannya...

Berjalan.Melihat.Mentafsir
Sekian daripada Adnin Razak
Daie Jalan Bumi Fana
19hb November 2012 11:24pm

Sunday 11 November 2012

zarah darah akhir usia.


"Leave Out All The Rest"

I dreamed I was missing
You were so scared
But no one would listen
'Cause no one else cared

After my dreaming
I woke with this fear
What am I leaving
When I'm done here?

So if you're asking me
I want you to know

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
And don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Don't be afraid
I've taken my beating
I've shared what I've made
I'm strong on the surface
Not all the way through
I've never been perfect
But neither have you

So if you're asking me
I want you to know

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting all the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending someone else can come
And save me from myself
I can't be who you are

[Chorus]
When my time comes
Forget the wrong that I've done
Help me leave behind some
Reasons to be missed
Don't resent me
And when you're feeling empty
Keep me in your memory
Leave out all the rest
Leave out all the rest

Forgetting all the hurt inside
You've learned to hide so well
Pretending someone else can come
And save me from myself
I can't be who you are
I can't be who you are

Leave Out All The Rest-Linkin Park

.....
pokok yang gah berdiri pasti akan reput juga
bunga yang kembang mewangi pasti akan layu juga
sang singa yang liar mengganas pasti akan lemah juga
matahari yang panas terik pasti akan mengecut juga
bulan purnama yang terang mengambang pasti akan ...... juga (takda ayat)
dan..
setiap yang hidup sudah pasti akan mati nanti..
untuk itu

aku nur adnin abd razak ingin berpesan kepada kawan2 semua, jagalah hati. 
aku berpegang pada hadis nabi bahawa jika rosak hati, maka akan rosaklah seluruh jiwa kita.
aku ni takdelah nak dikatakan seorang mukmin soleh walaupun aku ni belajar agama, tapi aku tetap ikhtiar hidup. walau macamanapun amal yang aku buat, aku akan buat apa yang aku mampu. aku tak suka digelar Ustaz dalam keadaan aku masih berasa kosong tak tau apa2. aku hanya manusia biasa. ada iman ada akal ada nafsu. just gune iman yang sikit je yang ada ni untuk mengawal akal dan nafsu.

kawan2, aku taknak cerita pasal aku panjang2. kalau nak tau kehidupan aku, kahwin dengan aku dulu, hahaha, gurau jer. :-D

zarah darah akhir usia. aku suka dengan kalimah tu. kena pulak dipadankan dengan lagu yang kat atas tu, memang sedap. kawan2 semua, apa yang aku nak cakap kat sini, hidup kita biarlah penuh dengan mujahadah. mujahadah ni skopnya luas. dalam belajar kena mujahadah, dalam kerja pun kena mujahadah,  hatta dalam solat pun kita kena mujahadah. aku petik kata2 ust Pahrol Muh Juoi;

"Apabila membuat kebaikan, diri terasa kosong. Apabila membuat kejahatan, diri terasa kesal. Itulah petanda diri dalam mujahadah."

setiap perjalanan kita, satu saat nanti mesti kita akan berhenti jugak. hah, masa bila tu? itulah dia saat kematian..kematian ni disangkutpautkan dengan ajal. aku ada satu pepatah yang aku reka sendiri;

"Di mana ada anda, di situ ada Allah.
Ke mana anda pergi, di situ ajal menunggu"

Aku tak tau mana dapat idea ni, tapi kan bila aku ulang baca banyak kali ayat tu, aku sendiri rasa seram. yela, ajal ni kat mana2 je ada. malaikat Izrail pun turun ke bumi 70 kali sehari semata2 nak melihat kita, hanya tunggu arahan dari Allah je. isshh..sapa yang x cuak kan?

yang tengah baca ayat ni pun, mane tau jap lagi nak klik kat page lain, tetibe ajal sampai ke, cuak tak?cuak kan? sapa yang tak takut mati, sheikh? sapa?tipu r.sume manusia takut akan kematian. 
aku petik kata2 ulamak yang aku kenal,;

"tak perlu takut dengan kematian. tapi takutlah ke mana kita selepas kematian..."

Allah. lagi la..mendalam ayatnya tu.betul gak tu apa yang ulamak ni cakap. time kita mati kita tak tahu n kita takkan sedar bila masa kita mati sebenarnya. tapi bila dah mati, saat tu la segalanya akan bermula. lagi sekali aku nak petik kata2 ust Pahrol MuhD Juoi;

"Hiduplah seperti orang yang benar-benar bersedia untuk mati. Sesungguhnya kehidupan ini adalah untuk kematian."

dengar tu? hidup kita ni adalah persiapan untuk kehidupan yang sebenar2nya selepas kematian nanti. di mana kita samada syurga atau sebaliknya, bergantung pada kehidupan kita sekarang. aku nak petik sepotong ayat aku buat sendiri masa dalam paper writing MUET baru2 ni;

"The old time is the mirror for today"

sapa kita di akhirat nanti, kita sendiri yang corakkan diri kita pada hari ini.

dan sekali lagi aku nak petik satu puisi yang aku reka sendiri masa form 5 dulu. dengarkan;

Hidup Hanya Lukisan

hidup hanya lukisan
nukilan kita sendiri
ronakan ikut hati
kemudi oleh jari
cantiknya taman hati
jiwa girang sekali
tanpa kita sedari
nafsu memakan diri
dosa utuh berdiri
kecil tapak tangan ini
membeli syurga dengan amali
kelak kita adalah kita
seperti dalam lukisan
nukilan kita sendiri..

lihatlah wahai kawan2 aku, hiduplah seperti sudah benar2 bersedia untuk mati. mati takkan menunggu kita. lagi sekali boleh? lagi sekali aku nak petik satu pepatah aku reka sendrii masa form5 jugak;

"manusia lahir disambut dengan azan. manusia mati diiringi dengan solat. 
jika Allah panggil kamu dengan AZAN, kamu boleh memilih samada mahu pergi atau tidak.
tapi jika Allah panggil kamu dengan AJAL, mahu atau tidak, kamu kena pergi.."

Jadi, kesimpulannnya, bertaqwalah kepada Allah dengan sedaya upaya yang kita ada. penat lelah jerih kita kelak  Allah akan balas kat syurga nanti.jangan risau, bumi ni nampak je luas, padahal seceruk mana pun kita pergi, Allah tetap nampak kita. demi Allah, demi Muhammad SAW, demi Islam, demi AlQuran, demi syurga, demi kemenangan, hendaklah kita bersabarlah dalam bersabar, dan teruskanlah  perjuangan ini....:)


Berjalan.Melihat.Mentafsir
Sekian daripada Adnin Razak
Daie Jalanan Bumi Fana
12:38 am 12hb Nov 2012