Wednesday, 29 October 2014

[diari] semakin ke depan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku dah berjaya mara setapak lagi ke depan. Dulunya aku kan belajar kat SMTAQ, kemudian naik anak tangga menuju ke DQ, kemudian terjatuh dari tempat tinggi lalu aku berpaut di SMASRA, dan kini akhirnya aku kembali mendaki dan sedang berada di zon Ijazah, USIM.

Semua orang tahu perjalanan hidup aku kan? Let me cer the story ;

SMTAQ Chenderah > Darul Quran JAKIM > STAM SMASRA > USIM
    ( 2006 - 2010 )            ( 2011 - 2012 )               ( 2013  )       ( 2014 - kini )

Aku dulu masa UPU, aku mintak semuanya kos islamik. Tapi satu pun tak dapat. Then bila rayuan upu pulak, kawan aku nasihatkan suruh aku cuba try mintak kos komunikasi kat USIM sebab dia pun macam aku jugak dulu. Ok takpe. Aku pun letak la Komunikasi USIM dengan Psikologi UKM dalam rayuan tu. Tapi tup tup, alhamdulillah. Aku dapat USIM.

Sebenarnya masa tarikh keputusan rayuan upu tu, aku tak gembira sangat pun. Sebab aku dah pelan, yang aku nak kerja dulu dan sambung belajar tahun depan (2015) nanti kat Indonesia atau Mesir guna sijil Stam aku. Tapi bile aku tengok mak ayah aku dah suka dan gembira dan bersungguh2 suruh aku masuk USIM tu, maka aku pun ikut jelah. Takpalah.

Masa hari pendaftaran tu, takda rasa bangga pun sebab USIM bukan pilihan aku. Haha, bongkak gila masa tu. Then, selang dua hari selepas aku masuk USIM, ada hari Interaksi bersama senior2 komunikasi. Jadi event yang senior buat tu adalah sebagai pengenalan untuk kami tentang dunia komunikasi. Semenjak event tu berlangsung, terus perasaan minat aku terhadap bidang komunikasi ni hidup. Tak tahu kenapa.

Mascom ni nama lainnya. Dalam mascom ni ada dua aliran. Aliran Jurnalism ( kewartawanan ) dan aliran Broadcasting ( penyiaran ). Huh, macam tau2 je aku minat dunia penulisan. Maka, bertambah hiduplah jiwa aku ni.

Semenjak dari itu, aku dah pasang azam, yang aku bercita-cita nak jadi wartawan Aqsa Syarif. Oh ya, aku merupakan salah seorang sukarelawan NGO Aqsa Syarif Negeri Melaka, iaitu sebuah NGO Palestin.

Dulu aku kecewa sebab Allah tak senaraikan aku untuk belajar dalam bidang agama. Tapi kini aku bersyukur sangat2, sebab Allah bagi aku satu jalan yang dah terbuka luas untuk aku menjadi seorang penyelidik/pengkaji/penyampai isu2 maklumat kepada masyarakat. Lebih2 lagi aku adalah seorang sukarelawan Palestin. Yang ada dalam imaginasi aku sekarang ni, hanyalah satu hari nanti aku membawa kamera, buku catatan dan pena di bumi Palestin dan membuat liputan di sana, menyampaikan kepada seluruh dunia tentang isu Palestin. Allahu...

Terima kasih Allah. Kau tak bagi apa yang aku nak, tapi Kau tahu apa yang aku mampu.

Inilah niat belajar aku setiap hari sebelum pergi kuliah ;

"Sahaja aku belajar Komunikasi ( Kewartawanan ) di USIM selama empat tahun kerana Allah Taala."

Semoga Allah redha aku berada di sini. Ameen. ;)

Wednesday, 6 August 2014

[luahan] Sampah Itu Nafas.



Cerita denin sang pelipur lara.
27/7/2014, Ahad, Pasar Awam Masjid Tanah.
Tajuk : Sampah Itu Nafas.

Aku buang sampah-sampah dari  but kereta di tempat pembuangan sampah Pasar Awam Masjid Tanah. Kejadian ini berlaku sehari sebelum menjelang hari raya Eidul Fitri 2014. Di tapak pembuangan sampah tersebut, aku melihat ada dua orang budak kecil dalam lingkungan empat hingga lima tahun, bersama dengan seorang lelaki yang berusia dalam anggaran 40-an. Aku rasa mereka ini satu keluarga. Apa yang aku lihat ialah mereka masing-masing melakukan satu kerja yang pelik. Si ayahnya akan pergi ke tong sampah besar dan akan menyelongkar sampah di dalamnya lalu mengutip barang-barang yang boleh digunakan semula seperti kasut, bakul, penyangkut baju dan lain-lain. Manakalanya si anaknya pula mengutip bakul-bakul yang dikira masih elok untuk digunakan lagi. Pada firasat aku, mungkin mereka nak jual semula barang-barang tu kat kedai bundle. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah si anak yang dua orang tu. Mereka masih kecil. Tapi seawal usia itu mereka diajar untuk survival / ikhtiar hidup mencari apa sahaja demi menyara hidup dengan sesuap nasi. Hati aku sangat tersentuh melihat situasi itu. Muka diorang nampak ceria je mengutip barang-barang terpakai dalam timbunan sampah itu. Dan aku pula, banyak sampah yang aku buang dari but kereta aku. Kebetulan pula, ada sekotak kasut aku nak buang masa tu. Kasut2 yang aku nak buang tu semuanya masih elok dan sempurna lagi. Jadi aku berikan terus sekotak kasut itu kepada si ayah. Si ayah itu gembira dan mengucapkan terima kasih. Dan sampah terakhir yang aku nak buang ialah sekotak buku2 lama masa aku sekolah rendah dulu. Aku terfikir, macam tak beradab pulak kalau nak letakkan buku2 tu kat tempat sampah macam ni. So aku angkat kotak buku2 tu dan aku letakkan ia di sebuah pondok wakaf berhampiran dengan kawasan tersebut, sebagai tanda hormat kepada buku2 itu. Sebelum aku masuk semula ke kereta, aku ternampak sebuah anak patung beruang berwarna coklat terbaring sayu di pinggiran timbunan sampah.

 Lalu aku mendapat idea untuk snap gambar anak patung tersebut. Aku menegakkan anak patung itu lalu mengeluarkan kamera xperia aku. Baru nak snap, anak patung yang aku dirikan tadi tertumbang ke tanah. Kemudian aku cuba tegakkan semula nak baru nak snap gambar, anak patung tadi tertumbang kembali. Tak stabil agaknya. Tiba-tiba budak dua orang tadi datang kepada aku dan menolong menegakkan anak patung itu. Mereka tahu aku nak snap gambar.

 Lalu mereka pun senyum. Serius, aku rasa itulah senyuman kanak2 paling ikhlas pernah aku tengok. Lalu aku pun snap gambar mereka bersama anak patung tersebut. Pabila selesai, aku pun masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ. 

Dalam perjalanan, aku termenung sendirian mengenangkan bagaimana sebenarnya suasana kehidupan mereka sekeluarga untuk hari itu, esok, lusa, tulat dan hari2 yang akan mendatang..wallahua’lam.

Saturday, 5 April 2014

[karya] lagu : kosakata kata-kata berdosa

layan jiwa
oh manusia
layan siang dan malam
oh jiwa manusia
layan semuanya
 itulah jiwa
itulah manusia..

(rap)

hai satu jiwa gelora
aku di sini mencatat dosa
tak tinggal satu dua atau tiga
apa aku fikir ianya aku punya
bukan aku kata
ianya memang tercipta
hanya lapuk ditelan masa
atau engkau yang makin gila

duhai jiwa penuh gelora
kau masih lihat dengan mata
sana sini ada
itu ini bisa
buatkan ia menjadi nyata

aku menulis satu lagu
ini lirik bukan merdu
hanya telus dari hempedu
 titik satu berubah satu
penuh hitam menjadi madu
manis dibiar lalat beradu
ke mana arah yang kau tuju
otak di kepala bagaikan batu
apatah lutut yang kau pandu
tiada nangis tiada sendu
kau bebas keluar tanpa Yang Satu
mungkin kau lupa asal usulmu
atau aku yang alpa amanat buatku

ini lagu bukan khayalan
penuh ikhlas aku buatkan
untuk kau bernama kawan
atas janji sebuah persaudaraan

c/o

layan jiwa
oh manusia
layan siang dan malam
oh jiwa manusia
layan semuanya
 itulah jiwa
itulah manusia..
(rap)
satu saat pada detik ini
satu saksi buat diri
gelojoh membungkam dalam onak sepi
kau pandai bicara tanpa jiwa hati
oh manusia yang penuh emosi
hilang akal dibuai mimpi
pandai merancang tapi hancur mengakhiri
aku yakin kau lupa ini
satu frasa tanpa kata sendi
Allah is everything for me
duhai manusia penuh jiwa
apa guna hidup kalau takut gila
lantang berhujah di pentas gerila
namun pabila diajak bersila
engkaulah pertama yang cepat alpa
seperti aku yang ingin menyula
ah siapakah diri kau sebenarnya
aku juga manusia yang tak kurang gila
fahami Tuhan sebelum bermula
segalanya di bawah takdir Yang Esa

c/o

layan jiwa
oh manusia
layan siang dan malam
oh jiwa manusia
layan semuanya
 itulah jiwa
itulah manusia..
(rap)
ok kawan aku mahu cerita
ini lagu bukan sebarang kata
sebelum ternoda baik kau derita
sebelum derita baik kau sengsara
kerana apa aku berkata
kau pun tahu siapa Sang Pencipta
biar derita sebelum bahagia
biar dunia tempat kau derita
asal akhirat tempat kau bahagia
syukurlah pada Yang Esa
selamanya kau tetap milik-Nya
walau di bahu menggunung dosa
walau peha setia menunggang dosa
kiri dan kanan berdosa-dosa
atas dan bawah juga berdosa
bibir punah beracun dosa
bijak mengalun puisi2 bahasa
penuh kosakata kata-kata berdosa
yakinlah kawan satu frasa
dengar baik-baik ini punya kata

never give up for everyrthing
even do something like have nothing
but please trust me for last solving
Allah is caring, sharing n loving
c/o
layan jiwa
oh manusia
layan siang dan malam
oh jiwa manusia
layan semuanya
 itulah jiwa
itulah manusia..
lirik : CAIRAZ
komposer : CAIRAZ
singer & rapper : CAIRAZ
hak milik : CAIRAZ.
www.cairaz.blogspot.com
5 April 2014@9:53pm