Cerita denin sang pelipur lara.
27/7/2014, Ahad, Pasar Awam Masjid Tanah.
Tajuk : Sampah Itu Nafas.
Aku buang
sampah-sampah dari but kereta di tempat
pembuangan sampah Pasar Awam Masjid Tanah. Kejadian ini berlaku sehari sebelum
menjelang hari raya Eidul Fitri 2014. Di tapak pembuangan sampah tersebut, aku
melihat ada dua orang budak kecil dalam lingkungan empat hingga lima tahun,
bersama dengan seorang lelaki yang berusia dalam anggaran 40-an. Aku rasa
mereka ini satu keluarga. Apa yang aku lihat ialah mereka masing-masing
melakukan satu kerja yang pelik. Si ayahnya akan pergi ke tong sampah besar dan
akan menyelongkar sampah di dalamnya lalu mengutip barang-barang yang boleh
digunakan semula seperti kasut, bakul, penyangkut baju dan lain-lain. Manakalanya
si anaknya pula mengutip bakul-bakul yang dikira masih elok untuk digunakan
lagi. Pada firasat aku, mungkin mereka nak jual semula barang-barang tu kat
kedai bundle. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah si anak yang dua
orang tu. Mereka masih kecil. Tapi seawal usia itu mereka diajar untuk survival
/ ikhtiar hidup mencari apa sahaja demi menyara hidup dengan sesuap nasi. Hati
aku sangat tersentuh melihat situasi itu. Muka diorang nampak ceria je mengutip
barang-barang terpakai dalam timbunan sampah itu. Dan aku pula, banyak sampah
yang aku buang dari but kereta aku. Kebetulan pula, ada sekotak kasut aku nak
buang masa tu. Kasut2 yang aku nak buang tu semuanya masih elok dan sempurna
lagi. Jadi aku berikan terus sekotak kasut itu kepada si ayah. Si ayah itu
gembira dan mengucapkan terima kasih. Dan sampah terakhir yang aku nak buang
ialah sekotak buku2 lama masa aku sekolah rendah dulu. Aku terfikir, macam tak
beradab pulak kalau nak letakkan buku2 tu kat tempat sampah macam ni. So aku
angkat kotak buku2 tu dan aku letakkan ia di sebuah pondok wakaf berhampiran
dengan kawasan tersebut, sebagai tanda hormat kepada buku2 itu. Sebelum aku
masuk semula ke kereta, aku ternampak sebuah anak patung beruang berwarna
coklat terbaring sayu di pinggiran timbunan sampah.
Lalu aku mendapat idea
untuk snap gambar anak patung tersebut. Aku menegakkan anak patung itu lalu
mengeluarkan kamera xperia aku. Baru nak snap, anak patung yang aku dirikan
tadi tertumbang ke tanah. Kemudian aku cuba tegakkan semula nak baru nak snap
gambar, anak patung tadi tertumbang kembali. Tak stabil agaknya. Tiba-tiba
budak dua orang tadi datang kepada aku dan menolong menegakkan anak patung itu.
Mereka tahu aku nak snap gambar.
Lalu mereka pun senyum. Serius, aku rasa
itulah senyuman kanak2 paling ikhlas pernah aku tengok. Lalu aku pun snap
gambar mereka bersama anak patung tersebut. Pabila selesai, aku pun masuk ke
dalam kereta dan beredar dari situ.
Dalam perjalanan, aku termenung sendirian
mengenangkan bagaimana sebenarnya suasana kehidupan mereka sekeluarga untuk
hari itu, esok, lusa, tulat dan hari2 yang akan mendatang..wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment