Wednesday 8 January 2014

[luahan] Jangan sampai muflis, sudahlah.

assalamualaikum.
aku dalam proses hidup-mencari-duit ni. maklumlah. budak baru habis sekolah. mestilah nak kena pakai banyak duit. duit. duit. duit. bila sebut pasal duit. manusia akan terbayang harta. ya, memang. duit dengan harta ialah dua makhluk Tuhan yang tak boleh dipisahkan meskipun motifnya seakan sama.

aku nak cite sikit. pengalaman pertama aku cari duit sendiri, ialah kerja katering. aku kerja katering dengan makcik aku punya kompeni, Melah Katering yang bertempat kat Masjid Tanah, Melaka.
aku start keje situ sejak jadi graduan Pmr mase 2008 dulu. mase zaman tu, malaysia masih murahan. sehari keje, gaji aku dapat rm20 ke rm25 ntah aku tak ingat. tapi keje gini bukan hari2 maa. hujung minggu je sebab orang melayu kita ni jenis suka kawin hujung minggu, cube la buat kelainan sikit. kawin malam jumaat ke. kawin pagi isnin ke. kawin tengah malam rabu ke. tetibe? aku keje situ secara part time sampailah hujung tahun 2012. kira2 lima tahun jugaklah aku ade pengalaman dalam bidang katering. aku penah layan vip makan, penah layan tetamu biasa, n penah tolong kerja dapur. pembantu chef tak berpendidikan tinggi. kalau korang ade katering, kekosongan jawatan, calling la aku, in syaa Allah perkhidmatan lima bintang. haha

pengalaman kerja aku yang kedua, aku keje dengan abang aku sebagai fasilitator. namenye ape ntah. dah lame. mase tu baru lepas abis form 4.
keje sebagai fasi ni memang best. sejak aku sekolah kat tahfiz chenderah lagi, aku suka join aktiviti2 yang ber-fasi ni. seronok. ia dapat mengajar kita bagaimana nak mengenal manusia. n bagaimana kita nak kenal potensi diri kita, berani ataupun tidak untuk berhadapan dengan manusia. ah,ceramah lak aku ni.ok  aku jugak pernah jadi moderator untuk satu program ibadah untuk budak2 kat terengganu dulu mase lepas spm.
itu semua cerita zaman dahulu. zaman aku baru lepasan spm.

pengalaman aku masa kat dikiyu dulu. aku penah jugak berbisnes. mase tu aku tengah nazak. takda duit. jadi aku terfikir nak kembangkan duit dengan jual jajan yang paling femes di melaka negeri ku. iaitu
ya. choco bin. ade yang cokelat. yang kelat. ade yang masin. ade yang kurang manis. kurang ajar tol. aku kembangkan duit dengan ni la. sehari tu, tak sah kalau takda short. ade je. tapi kawan2 aku yang selaku pembeli tu, semuanya baik2 orangnya. harini tak bayar esok bayar. hutang sekejap. bukan mencuri. masya Allah, hebat kawan2 aku. takpelah, aku halalkan. bila duit aku dah berkembang denga  gemuknya macam tuannya, aku mula tukar cara. aku dapat inspirasi untuk mencipta sesuatu. so, aku kumpul duit, aku try cuba sesuatu yg baru, aku call mak tanya macamana nak buat. benda apa tu? bahasa inggeris dipanggil pan cake. apakan ia?
aku namakan ia Lempeng Melaka. mase tu zaman aku masih miskin lagi. periuk, dapur, senduk, kuali dll semuanya aku pinjam. lama2, alhamdulillah perniagaan semakin maju, aku boleh beli peralatan sendiri. hasil keuntungan meniaga lempeng. aku jual simple. sekeping 50sen je. tak mahal. dijamin halalan thoyyiban. masa mula2, sehari nak dapatkan rm10 pun susah, lame2, Allah izinkan untuk maju, sehari boleh dapat rm50. seminggu, dah berapa?tapi penat nye takyah kira lah.

itu zaman lempeng, selesai lempeng, aku try cuba yang lain. kelengkapan masih aku punya, cume aku dah upgrade. aku dapat idea jual bende ni mase aku tengah mandi.apakah ia?
aku namakan ia Cer Court Dog Spicy. nampak gaya namanya macam berasal daripada Italy, ala2 standard makanan diraja. saje je gempak. nama melayunya Cekodok Pedas. bahan utama masih sama macam lempeng, iaitu tepung. dalam banyak2 pengalaman aku kerja, meniaga cekodok ni la paling seronok. paling maksimum aku buat, anggaran 200++ biji cekodok dalam satu masa. untungnya jangan cakap. alhamdulillah, Allah izinkan. paling aku tak lupa sampai sekarang, aku boleh meraih keuntungan bersih rm200 dalam masa seminggu. itu seminggu, kalau sebulan?pikiaq sendiri. itu semua kuasa Allah. DIA yang kaya, bukan aku.

itu cerita zaman dikiyu. masa stam pulak, darah meniaga aku masih panas. aku pernah jual roti sosej. murah je. rm1 satu. aku masak pakai water heater aku. modal sikit, keuntungan boleh tahan. masak kat dorm (ponteng prep malam. hahaha) dah siap, gi jual kat bilik prep budak2. maksimum 30 roti je. banyak sangat tak mampu nak buat. baru merayau dua bilik prep, dah habis. huh. kesian budak2 lain. tak dapat nak merasa. takpe, nanti abang datang sekolah amek result stam, abang jual lagi ye. hahaha

itu kisah stam. hujung tahun 2013, aku n kawan2 aku di-offer untuk buat satu perkhidmatan melukis mural khat kat dinding2 sekolah n asrama. mase tu dah abis stam dah. aku ni xde ilmu khat sangat, sikit2 je. kawan aku memang pro lah. semua khat dia tau. n lagi 2orang pmpuan, keje diorng kene mewarna apa yg kitorang lukiskan khat. malas nak cite panjang. letih la taip. hahaha. yang banyak jasa kawan aku tulah. aku takde ape pun. tolong2 sikit2 je. bayaran untuk kitorang, boleh tahan lah..(walaupun sikit sebenarnya) tapi, aku redha je lah kan., keje sebulan je buat mural tu. ada dalam 20 dinding lebih la katekan. buat dari pagi sampai kul 2-3 pagi kot.

itu latest...sekarang, aku tengah keje kat kedai 7-E kat tempat aku. stor 380 masjid tanah. kejenye memang mencabar.
ade 3 shift. pagi, petang dan malam. satu shift 8 jam. penat memang penat. nampak macam ringan tapi berat kerjenya. sebenarnya, aku nak luahkan sikit perasaan aku kat sini. keje kat 7e, akulah cashier, akulah cleaner, akulah itu akulah ini. cume, tang customer je tak best. aku penah berhadapan dengan 2orang awek, melayu. masih islam alhmadulillah. tapi pakaiannye seksi giler barbie. aku sebagai cashier pun, segan gile nak pandang dia sebagai pembeli. tapi nak buat acane, layan jelah kan. bab solat ok. masih diizinkan solat. tapi, yg jadi isunya, rakan staf aku. mase mula2 keje, aku sangak baik, diorang tak solat, mungkin diorang cuti perioud kot..tapi ni dah nak sebulan, takkan nak sangka baik lagi? lame benau cuti ??

kadang2 aku berdoa dalam hati je. iman aku masih lemah nak ucapkan kat bibir "wey, gi la solat.". astaghfirullah hal azim.

ok, tutup kisah pasal kerja lalu n kerja sekarang. sekarang, aku tengah rancang nak berhenti keje 7e ni hujung bulan januari ni jugak. aku dah tak tahan nak keje situ. aku kurang selesa dengan pergaulan kat sana. campur laki pmpuan. huh, segan aku. tak minat lah gitu. so, aku ada plan nak keje lain. berikut ialah cadangan keje baru aku;

1-Guru Al-Quran kat aspura Smasra. ajar adik2 junior masa stam dulu kat asrama diorang.
2-Guru sandaran under JAIM pakai result stam. insyaAllah mumtaz. hohoho
3-Berniaga kuih. buat kat rumah, hantar ke kedai2 yang berkenaan.
4-Penulis bebas. hantar hasil karya ke mana2 syarikat penerbitan. aku memang minat menulis.
5-Cleaner masjid. tak kisah masjid mana pun. asalkan masjid. aku suka masjid.
6-Nelayan kat area pantai Pengkalan Balak. aku suka survival. pergi tengah laut tu. best kot.
7-Tukang mandi mayat under JAIM.
8-Penggali kubur under JAIM.
9-entah. tak fikir lagi.

itu antaranya. yg pastinya, main point aku keje sebab 3 je. 1st, kerana mahu redha Allah je (ayat ustazah Maryam Smasra), 2nd, nak cari pengalaman. antara bekalan nak teruskan hidup ialah pengalaman. tu sebab keje pilihan aku tu pelik2. n 3rd, nak duit. haha

aku tak kisah pun aku dapat keje ape. yang penting, pengalaman tu ada. n ia tak langgar batas syariat. oh ya, sebut pasal syariat, aku lupa nak cakap. 7e yg aku keje ni francais melayu. so takda jual arak pun. ditanggung halal.

aku ni hidup sebagai orang biasa je. tak kaya mana pn. aku selesa dengan hidup camni. kata orang, bersederhana itu lebih baik. tak lebih tak kurang. dalam bahsa islamiknyewww, qanaah. amboi. ayat. tak menahan.

dunia makin mahal. malaysia makin mahal. tahun 2014 tahun sengsara rakyat. bak kata kawan aku. aku ade jugak dapat offer keje MLM, tapi aku tak minat. tak tahu kenape. bukan taknak update diri, tapi, entah. yg penting, duit yang banyak bertimbun, harta besar2, kete umah 5-6 bijik, bukan itu motif aku cari duit. bak kata DJ Irwan Shah dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang;

"Dunia ni takda apa pun. Kita beli sekadar keperluan, cukuplah."

berbalik pada keadaan ekonomi yang gawat, harga makin naik, barang makin mahal, sumber makin terhad, aku pegang pada satu prinsip. Rezeki milik Allah. mintaklah. asalkan usaha. Allah mesti bagi punye.

bila kaya, kita diuji dengan harta. adakah kita bersyukur dengan harta yang kita ada.
bila miskin, kita diuji dengan sabar. adakah kita bersabar dengan harta kita yang sedikit.

tetibe je masuk bab tasauf. huhuh. saje je, nak bersihkan hati balik.  pesanan aku yang miskin ilmu ni, kalau kita takda duit, jangan takut, itu menandakan Allah menguji kita untuk kita ikhtiar hidup, macamana nak teruskan hidup dalam keadaan serba kekurangan. jangan lupa, di sebalik kesusahan kita yg takda duit tu, Allah dah sediakan satu bende paling berharga. iaitu akal. gunakan ia untuk berfikir macamana nak ikhitiar hidup untuk teruskan hidup.

miskin2, ingat ada orang lebih miskin daripada kita. sebenarnya aku tak tahu kenapa aku tlis entry ni. kejap cite pasal keje, kejap cite pasal tahun sengsara rakyat. ape2 pun, yakin dengan Allah. rrezeki tu milik Allah. jangan putus asa dengan rahmat Allah. jangn mudah give up dengan ujian yang Allah beri. dan, yang terakhir, jangan sampai muflis, sudahlah.






No comments:

Post a Comment