Friday 31 January 2014

[luahan] i am lejen. kasi lenjan itu lejen. syukur alhamdulillah.

assalamualaikum.

aku ada satu citer yang aku nak cerite kat sini. satu alkisah yang dah lame aku berangan aku nak kisahkan dalam citer ini punya maa. dah lama dah aku tunggu saat ni.

meh sini aku review sewaktu aku yang dulu.dulu lepas spm aku teringin nak masuk ke XYZ;satu tempat penuh barakah-kalau tahu cari barakahnya-di hulu selangor.

aku kempunan gile nak belaja situ lepas spm. padahal UPU nye permohonan, kalau tak silap, aku ade mohon Unisza, UM Nilam Puri dll. aku tak ingat. tapi penah satu hari mak cakap ade surat sampai umah. katenye surat tu dari kelantan. ah sudah. kalau kelantan, mane lagi, UM Nilam Puri lah! masa itu aku masih buta.

aku masuk ke XYZ pun nasib je. sebenarnya tak dapat masuk pun. tapi kena pandai bikin bibir kasi manis la. aku buat surat rayuan gitu. akhirnya dapat jugak. aku digelar insan istimewa masa minggu haluan siswa. haha.

aku teruskan hidup macam para manusia yang lain lah. tapi nak dipendekkan citer, aku kurang ber-rezeki dalam bab exam. maklumlah, aku bukan pro pun. sem satu, aku dhur. sem dua aku dhur . sem tiga pun aku dhur . eh? giler ape asyik dhur je?

(ada satu plot aku tak masukkan kat sini. peribadi. maaf)

ok sambung. asyik dhur je. takpelah. last2, hujung tahun 2012, aku ditakdirkan Tuhan untuk berhenti belajar situ. pada mulanya aku macam nak gila sebab aku tersingkir daripada perjuangan seorang khilafah. cehh bajet. nangis tu memang nangis lahh. haha. sedih kut. aku ingat lagi tarikh 25 dis 2012 aku keluar dari pintu pagar XYZ wat kali yang terakhir. ah, mase tu memang tacing.

diteruskan alkisah, maka berceritalah sang penglipur lara.

aku ade tiga pilihan untuk sambung hidup. aku dapat tawaran belajar diploma syariah kat Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) Kelantan. tapi atas sebab jauh dari melaka, maka hasrat itu terpaksa dibatalkan. maka Tuhan terus mentakdirkan aku dengan aku mendapat tawaran belajar di Kolej Restu Shah Alam dalam diploma seni khat. ah peberet tuh! tapi atas faktor2 lain, aku terpaksa batalkan jugak. last2 ade la tinggal pilihan ketiga, iaitu sekolah! haha. aku disyorkan untuk amek sijil tinggi agama malaysia atau nama pendeknye STAM, kat sekolah men arab jaim al-asyraf, melaka. -pusat stam negeri melaka-.

jadi nak jadikan cerite aku teruskanlah hidup macam biase saje.

aku ni, takdelah pandai mane. sepanjang tahun, dari exam pertama (UPP 1), exam mid-year, exam UPP2, exam trial stam, n sampailah exam gerak gempur stam, aku RAZIF je memanjang. oh ye, maaf. salah taip. aku RASIB je memanjang. rasib ni disamaertikan dengan gagal lah. stam ni bahaya sikit. satu subjek rasib, alamatnya semua rasib lah. haha. aku punye cuak giler barbie sebab, yelah. sepanjang tahun nye exam, aku tak penah2 lagi dapat mumtaz. jangankan mumtaz, nak dapatkan maqbul pun susah. huuh. aku takut sangat dengan situasi menghadapi exam sebenar stam. huhu. bak kata ustazah kesayangan aku kat sekolah tu, ustazah siti mariam;

"usaha kamu yang belajar n mengulangkaji bersungguh2 tu sebenarnya hanyalah 20% sahaja. lagi 80% tu datang dari redha dan rahmat Allah ke atas kamu!"

sampai mati aku ingat pesanan berharga tu. ye,aku yakin, bukan usaha tu yg menjamin kejayaan, tapi redha Allah sebenarnya..

(kat  sini ada kisah sebenar yang sebenarnya hak milik peribadi. jadi, tak perlu ditulis di sini. maaf)

tanggal 30 jan 2014.

tarikh ni merupakan tarikh paling lejen dalam hidup aku. result stam kuar pada tarikh ni. aku dedau giler masa masuk dewan sempena majlis pengumuman oleh pihak JAIM sendiri. saat terus bersaat. minit terus berminit. jam terus berjam.-sebelum sampai sekolah, moto yang aku naik hampir2 merempuh kereta naza ria seorang pakcik secara bertentangan. alhamdulillah masih selamat-memang cuak ah mase tu.

pengumuman dibuat di layar perak atau slide, nama2 budak yang mumtaz. alhamdulillah, ade 4 orang je mumtaz, salah sorangnye mumtaz sufi. hoho. hebat giler dehh. tp aku sidikit kichiwa sebab nama aku tak tersenarai budak mumtaz. hahaha

takpe aku masih sabar menanti.

last2 pelajar yang dapat selain mumtaz, kena amek sendiri slip result. namanya tak diumumkan seperi budak mumtaz, huhuhu. xpelah. layannn. so berkerumunlah budak2 stam kitorang beratur kat meja kaunter slip results. macam2 feel aku nampak. ada yang suke. ada yang sedih. ada yang terdiam. dn macam2. mase tu budak pmpuan je yg beratur, aku malas nak tunggu.

sebenanrnya results stam boleh je check pakai sms. kawan2 aku yg laki majoriti dah check. kirenye diorang dah tau awal lah. diorang ajak aku check, tapi aku taknak. kate aku, tak suspen la. hahaha. last2, aku letih menuggu barisan budak pompuan yg panjang tu, aku pergi ke budak2 laki yang sedang berkumpul berbicarakan sesuatu. aku, termangu. aku datang kat diorang, dan salah seorang berkata ;

"nin,tahniah nin, ko lulus."

"eh, yeke?"

"ye. dapat tak mesej aku?"

"jap2 aku nak tengok henset ni."

maka aku pun bukan henset aku, ade tertera satu mesej. aku pun bukak mesej tuh.

"RM0.20 STAM :
931202-XX-XXXX MQ0212018
Keputusan STAM:
1 MUMTAZ 2JAYYID JIDDAN 4JAYYID 3MAQBUL
Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah/JPN
Tkasih"

Allah! alhamdulillah...mase tu aku peluk kawan2 aku. aku tak sangka Allah bagi aku lulus. mase tu aku dah sebak giler barbie dah. cepat2 aku gi kat akak aku n tunjukkan mesej tu, dan aku pun salam n sedikit nangis. terharu. dipendekkan cerite aku terus ke meja kaunter amek sijil stam. aku tengok, secara keseluruhan nya keputusan stam aku, JAYYID.

alhamdulillah....

aku tahu result aku ni bagi sesetengah orang, apelah sangat dengan jayyid tuh. yelah, jayyid tu pangkat ketiga jer. tapi, aku nak ingatkan, hanya orang yang amek stam je tau betapa peritnya nak dapatkan lulus, walaupun dengan Maqbul. ingat senang ke? tu sebab aku cakap, aku bersykur sangat2 sebab ni 1st time aku dapat jayyid. tak sangke Allah tundakan kejayaan aku, hingga dapat jayyid. hu2.

aku tak kisah pun kalau ade orang nak mengate, "eleh baru jayyid nak heboh.". biarlah mereka kate ape. aku ok je. ni hidup aku, Allah je yang tau macamana aku uruskan hidup aku.

satu saat tu, aku terfikir.

ada hikmahnya aku dibuang dari XYZ dulu. sebab, andaikata lah kalau sekarang ni pun aku masih belajar kt XYZ tu, nnti mase konvo aku hanya dapat pointer bertaraf Maqbul je. sebab 3 sem awal aku asyik dhur. tak sangka aku amek stam, Allah bagi lebih baik daripada nilai diploma aku yang entah pape je pointer nye tuh. xpelah. aku bersyukur sangat. alhmadulillah3x..

untuk quran, bagi aku, takde diploma pun still boleh hafal kan? aku akan teruskan macam biasa walaupun tak masyi macam manusia2 huffaz yang lain. so, lengkaplah bekalan aku untuk mara selangkah lagi lepas ni, iaitu universiti.

syukur, terima kasih ya Allah atas anugerah-Mu ini. =)


*mesej aku dengan muaz ;

"nin, camne stam?"

"alhamdulillah. jayyid. puas hati giler barbie."

"pergh. tahniah nin. memang legend giler. so mesir la jawabnye."

"hahaha. alhamdulillah. menangis aku tadi. tacing giler. xpenah dapat cmni."

"aku pun tacing kot. ko power do."

"hehe. takdela power mane. ni sume rejeki dari Tuhan."

"kau dah dapat apa kau usaha selama ni."

"alhamdulillah la. tak sia2 aku kena buang XYZ . ada pengganti lagi baik rupenye."

"hikmah tu barang yang tak nampak."

***

 "Yang penting redha Tuhan, bukan kejayaan."

1 comment:

  1. salam adnin. saya nak tanya. tempoh pengajian STAM berapa lama? kalau umur 30 boleh ambil STAM lagi kah?

    Lagi satu pernah amik diploma apa tu?

    ReplyDelete