Saturday 27 April 2013

terpisah dalam berjuang? bukan alasan untuk kembali kepada Allah.

*bace entri ni sambil dengar lagu ni tau. INSYAALLAH ini kalilah! =)



"Aku hanya manusia biasa. Aku pernah melalui detik-detik getir pada tahun 2012.

Suasana yang gila lagi celaka membungkam pernafasan lelahku untuk mematahkan sebuah perjalanan hidup yang masih panjang.

Konspirasi, fitnah,kezaliman, keperitan, keterpaksaan ikhtiar hidup, kegagalan 
dan akhirnya kejatuhan.

Semuanya ada dalam kotak memori aku.

Namun, sesungguhnya beruntunglah bagi manusia yang diuji Tuhannya"

-Adnin Razak

salam ukhwah..
time aku tulis entri ni, ni time aku dah sampai tahap mahsyuk punye sedih
orang cakap ape? feeling dalam menangis. tapi aku xdela sampai menangis sampai basah2 laptop. kang rosak laptop, satu hal lagi. lagi la aku menangis cmne nak cari duit nak repair laptop ni. sob..sob..

ah, malas nak berfeeling depan kowang. geli lak aku.
k la, silekan. aku nak berpuitis...

mempersembahkan..

assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
apa khabar korang semue?
aku dah lame tak hidup dalam suasana dengan korang..


dahulu,
aku mengidam utk sampai ke bumi itu selama lima tahun..
lima tahun aku menunggu untuk dipanggil..
lima tahun bukan sekejap..

tiba saat itu
aku layak..
walaupun hanya sekadar insan rayuan..
air mata tak perlulah aku kotakan
setiap detik berguguran tanda aku bersyukur..

hari demi hari aku bernafas
suka duka hilai tawa sendu nangis aku bersama korang
indah memang indah
bagai di syurga..

hari berganti hari
bulan berganti bulan
tahun berganti tahun
akhirnya takdir Allah sudah tiba
satu gegak gempita besar merempuh perjalanan aku

AKU DIFITNAH!

nafas seakan-akan tiada
kepercayaan manusia mula hilang!
makin lenyap!
makin gila!
makin celaka!

di mana ALLAH ketika itu?
kenapa mesti aku?
siapa aku di sisi Allah?

segala macam prasangka buruk kepada ALLAH bertubi-tubi muncul dalam fikiranku 
syaitan memperdaya
iman tak terdaya
akhirnya
aku tekad melafazkan;
"MAAF DUNIA, AKU DAH MALAS NAK HIDUP LAGI"
mahu bunuh diri menjadi jalan terakhirku..

Ya Allah..
maafkan aku..
bukan niatku untuk bersangka buruk pada-Mu..
aku hamba yang lemah..
maafkan aku..

Ya Allah..
tika itu siapa pun dunia, aku dah tak kenal lagi
yang menjadi niatku ialah ajal dari-Mu..
daripada terus hidup dalam hina, lebih baik mati dalam fana..

ujian demi ujian datang tanpa amaran
konspirasi manusia atas nama kebatilan tersebar ke seluruh minda manusia
tidak kira golongan fikrah mana pun,
pada otak mereka,
AKU IALAH PETUALANG BANGSA BERTOPENGKAN PEJUANG AGAMA.

Kepala otak mereka!
keterpaksaan aku melafazkan kata kesat
maafkan aku..

seusai difitnah,
aku mula dizalimi oleh kuku besi 
siang dan malam aku sibuk
sibuk menguruskan urusan membela diri
atas nama dan maruah
namun 
aku bukan insan yang kuat
sekali lagi aku tewas
aku gagal membela diri sendiri
ah!

hak aku dirampas
di mana akan ku cari ganti?
dalam nafas lelah, aku paksa diri untuk belajar berikhtiar hidup
dalam kesusahan mengorak langkah demi langkah, aku paksa diri untuk mencari sumber kehidupan
dalam kesedihan & ketangisan, aku rela memaksa bibirku untuk tersenyum di hadapan manusia walaupun ku tahu,
air mata ku sudah kering dan lali untuk membasahi pipi dan bibirku..

suasana ujian ALLAH itu memang berat
lebih2 lagi ia berlaku sekitar waktu 'perjuangan'
antara mahu berjaya atau gagal
itu sudah melencong hilang entah ke mana
tika itu
yang menjadi titik tumpuan mata aku
ialah
bagaimana aku mahu lari dari ujian ini?
TIDAK!
aku mesti menghadapinya..

sedikit dan sedikit
akhirnya aku gagal mengawal suasana
selepas difitnah dan dizalimi 
akhirnya aku tewas buat kali ketiga..

beberapa tika kemudian,
aku sudah nampak jalan pulang
Alhamdulillah, ALLAH masih menyayangi aku lagi
aku diberi peluang yang terakhir
itulah satu2nya peluang aku yang terakhir
yang sangat berharga

TAPI,
HIDUP TAK SELALU INDAH..
AKU SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG,
NAMUN HUJAN DI TENGAHARI..


Astaghfirullah hal azim..
entah mana silapnya
sekali lagi aku..
..tewas
Ya Allah..

setelah beberapa kali aku dihina di mana-mana
aku tekad dalam hati
aku dah mengalah
akhirnya,
secara rasminya
aku..
sudah..
gagal..
buat..
kali..
yang..
terakhir...

aku pasrah dan aku redha
siang malam manusia yang hampir denganku
menangis tak berair mata
mengenangkan nasib aku 
maafkan aku..

segala yang berlaku bukanlah niatku
maafkan diriku keterlanjuran lalu..

...

bumi berputar mengikut orbitnya
tiba satu saat itu
ALLAH memanggil aku dalam istikharahku
aku diberi laluan yang mudah
ALLAH tak sia2kan doaku siang dan malam..

dalam kekalutan berfikir bagaimana nak menebus maruah diri
aku diberi tiga pilihan
sujud istikharah menjadi peneman solatku setiap waktu
hasil sokongan para ahli keluarga tersayang dan sahabat tercinta
aku tekad
dengan lafaz Bismillah,
aku memilih untuk hidup di pilihan yang ketiga..

kini,
aku sedang membina hidup baru
tahniah untuk diriku..
Alhamdulillah ya Allah..

aku berjanji,
aku akan buat apa yang ak tak pernah buat,
dan aku akan dapatkan apa yang aku tak pernah dapat.

bumi asing..
secara ikhlasnya aku katakan
sungguh janggal hidup dengan keadaan begini
tetapi aku yakin
Allah sentiasa ada untuk aku..

buat sahabat2 ku yang sentiasa mengerti travelog hidupku,
aku doakan korang semua berjaya sehingga ke puncak..
aku takkan lupakan jasa korang sampai bila-bila
maafkan segala kesalahan aku kat korang
halalkan makan minum aku
redhailah jiwa aku bersama korang..

kini kita terpisah dalam perjuangan
kau masih di jalan kau
dan aku kini di jalan yang baru
tak mengapa
aku yakin
istiqamahlah dalam berjuang
menuntut ilmu Allah
biarlah kita lelah, asalkan nafas berilmu kita tak pernah bernoktah
terpisah dalam berjuang bukanlah alasan untuk kembali kepada Allah..

semoga Allah temukan kita kembali di puncak..

semusim pertemuan, selamanya kerinduan..



"Aku tahu hidup aku lambat,
tapi aku takkan berhenti,
sampai aku mati!"

...

berjalan.melihat.mentafsir
sekian daripada Adnin Razak,
bumi jalanan bumi fana,
27hb April 2013 @ 7:59 pm.








No comments:

Post a Comment