Wednesday 11 May 2016

[tazkirah] Solat Itu Maruah Agama






Assalamualaikum wbt.

Salam selamat pagi dan salam sejahtera ke atas kalian yang membaca entry ini. Dalam post kali ini, aku nak kongsi sedikit berkenaan solat. Asyik post pasal cinta je, bosan gak. So apa salahnya buat amal sikit kan, bagi tazkirah seperenggan dua, pastu baca, amalkan, dan sampaikan. Jadilah. Ada gak saksi akhirat.

Baik. Jom kita mulakan.

Semua sudah tahu, bahawasanya solat itu ialah tiang agama. Setiap agama, ada tiangnya. Ada satu rukun wajibnya. Tak kiralah agama apa pun. Islam ke, Hindu ke, Buddha ke, Kristian ke, Yahudi ke, hatta Majusi sekalipun, mesti akan ada satu ritual wajib, sebagai satu tanda mengabdikan diri buat kepercayaan agama masing-masing.

Sekadar ilmu yang aku tahu, Islam solatnya seperti yang kita buat hari-hari. Hindu BUddha ada cara tersendiri. Kristian Yahudi pun ada cara sendiri. Majusi sekalipun, sembah api. Itu ritual mereka, dalam mengabdikan kepercayaan mereka.

Baiklah. Sekarang ni, aku mahu mengupas bab solat kita sendiri. Solat kita, dibahagikan kepada tiga taraf. Yakni, tiga level yang membezakan kita dan orang lain. Apa dia?

Level satu - Solat awal waktu.

Umum sudah tahu kan, solat awal waktu ni amatlah digalakkan. Sebab itu tanda kita alert dengan panggilan Allah. Asal azan je, terus bersiap, berwudhuk, lalu ke tempat solat. Tapi, sebagai manusia, kita still tak boleh lari dari masalah-masalah dunia. Apa dia? kekangan masa. Ya. Semua orang ada kekangan dan tanggungjawab sendiri pada bidang masing-masing. Pelajar sekolah, terikat dengan waktu jadual kelas. Student U bergantung, sama ada waktu solat itu free ataupun ada kuliah mahupun tutorial. Golongan pekerja, ada yang bebas, dan ada juga yang terikat dengan diskriminasi kompeni, biasanya yang bekerja dengan bos yang non-muslim. INi tak dinafikan.

Tahu tak, sebenarnya takda halangan pun kalau kita nak solat awal waktu. Semua orang berhak nak solat awal waktu. Apa dia caranya?

Solat berjemaah.

Ya. Hanya dengan solat berjemaah la kita dapat jaga solat kita untuk solat di awal waktu. Jemaah tu pastikan di surau atau masjid. Yelah. Sebab bila nak masuk waktu, akan ada bilal yang melaungkan azan. Pastu, akan ada imam yang mengimami solat berjemaah. Konfirm, kalau kita dapat amalkan solat jemaah di surau / masjid, memang itulah waktu yang sebaik2 waktu. Sebab solat awal waktu. Boleh?

Tapi, rata rata antara kita, termasuklah aku juga, susah nak istiqamah solat jemaah di surau/masjid, nak2 kalau solat subuh. Kan? memang susah. Lebih2 lagi kalau malam tu kita tidur lambat sebab buat esaimen, atau main game, atau tengok movie, atau apa2 kerja yang menuntut untuk kita tidur lewat. Ha time tu hanya berserah je lah bangun ke tak pada paginya tu.

Aku pernah dengar nasihat ustaz, katanya, kalau nak jaga solat subuh berjemaah, make sure malam tu kita tidur awal. Kalau ada apa2 kerja pun, hatta banyak pun, takpa. Rileks. Tenang. Dalam kul 12 tu,tutup laptop atau buku, then ambil wudhuk, then buat solat sunat dua rakaat, then berdoa minta untuk bangun awal. Niatkan dalam hati, nak bangun awal untuk qiammullail dan meneruskan kerja2 yang masih bersisa. Niat baik kot. Takkanla Allah taknak tolong ~ :-)

Bila dah dapat qiam, pastu buat kerja yang patut, sampailah subuh, bergegas la ke surau/masjid. Kat situ dah terjaga dah satu waktu.

Zuhur lak, biasanya waktu sekitar 1pm - 2pm adalah waktu rehat, bagi mana2 institusi pun, sama ada yang bekerja mahupun belajar. Gunakan waktu tu untuk rebut pahala solat berjemaah di surau/masjid. Tak susah pun. :)

Asar? Ini berbeza sikit. Kalau yang bekerja, gomen khususnya, waktu tamat shift ialah jam 5pm. Selalunya, mereka akan tunggu sampai tamat shift baru brsiap2 untuk solat. Ini mungkin boleh dimaafkan, sebab terikat waktu kerja kan. Tapi, pastikan, bila nak solat tu, ajaklah kawan2 kerja lain tu, solat jemaah sekali. Bila dah solat awal2 kat tempat kerja, nanti masa perjalanan balik ke rumah, InsyaAllah hati tenang. Yelah. Dah solat kan. Sebab biasanya waktu balik kerja ni adalah salah satu waktu yang boleh dikatakan stress. Sebab nak menghadap jalan jem, ataupun letih, ataupun apa sahaja, malah tak terkecuali perkara2 yang tak dijangka. Nanti kalau dah terperangkap dalam perkara2 tu, takdalah risau sangat bab solat, sebab dah solat siap2 kan kat tempat kerja tadi. :)

Maghrib dan Isyak pula, amatlah mudah. Amalkan, setiap hari, waktu Maghrib dan Isyak kita ialah waktu kita untuk berkampung di surau/masjid. Habis solat Maghrib berjemaah, buatlah solat sunat. Pastu, gi ambil Quran, dan baca. Kalau surau/masjid tu ada kelas agama, join sekali. Atau senang cerita, penuhkan masa tu dengan amal ibadat. Mengaji Quran ke, belajar kitab ke, bertalaqqi ke, Iadhah ke, atau apa apa sahaja, penuhkan saja masa tu dengan amalan2 berfaedah. So bila dah masuk Isyak, solat jemaah lagi, pastu selesai, pastu solat sunat, pastu barulah balik ke rumah. Mudah kan? :)

Itu sedikit sebanyak cara untuk kita maintain solat awal waktu, iaitu istiqamahkan untuk solat berjemaah di surau/masjid. Sekarang, kita pergi ke level kedua.

Level kedua - solat pertengahan / lewat waktu sebab ada urusan.

Yang ni, aku dah sebut masa kat atas tadi. Lewat sebab urusan atau terikat dengan  jadual. Takpa. Ini boleh dikatakan, dimaafkan sebab bukan saja-saja nak solat lewat.

Tapi, kena ingat. Bila dah selesai je urusan tu, terus, bergegas untuk solat. Jangan berkata;

"Ala, awal lagi. Kejaplah. Nak rehat,"

"ala, letihlah..baring jap lah.."

"ishh..jap lagilah..penat kot drive lama.."

Dan macam2 alasan lagi yang bermain kat mulut. Last2, kita yang tadinya baring, terus terlelap, silap2 dah habis waktu.

Part ni, biasanya jadi. Kalau terjaga dalam sepuluh minit nak habis waktu, kalau iman kuat, pasti akan bergegas untuk solat sebab dah lewat gila dah tu. Tapi kalau iman tak kuat, setan akan main2kan hati kita ;

"ala dah nak habis waktu da..teruskan je tido.."

"ala..waktu dah nak habis..apa salahnya kau tido..kang dah bangun, qadak jela.."

Time nazak ni la setan2 akan kerumun kita dan pegang badan kita supaya tak boleh bangun. Kat sinilah kekuatan iman kita diuji dengan sekeras2nya.

Ingat ye. Kalau ada urusan, siapkan urusan tu dengan jayanya, kemudian bergegaslah untuk solat. Allah tak suka hambaNya lewat2kan solat. Tak baik. Meskipun ada hal yang tak boleh dielakkan, kita wajib cuba untuk usaha, solat di awal waktu.

Level ketiga - solat lewat waktu dengan sengaja

Yang ini ialah level yang paling parah dalam kalangan umat islam hari ini. Aku sendiri, pernah nampak depan mata aku, beberapa golongan manusia yang sengaja solat di akhir waktu, atas sebab bukan urusan penting pun. Ada yang sengaja lepak2, baring2, layan movie, layan hp berjam2, gi jalan2, atau apa2 sahaja urusan yang langsung tak penting. Dah hujung2 waktu baru nak solat.

Astaghfirullah hal azim.

Level ketiga ni level yang paling Allah tak sukalah kiranya. Yelah. Suka2 hati kita je lewat2kan solat. Bukan ada hal penting pun. Sengaja.

Cuba bayangkan, aku try bagi analogi.

Dalam dewan exam. Masa yang diberi dua jam. Sejam yang pertama, kita tak buat apa2 pun. Just termenung, melukis, conteng2, korek hidung pastu kesat bawah meja, atau tidur. Setengah jam second last baru nak bukak soalan. Baru nak buat rangka jawaban, baru nak keluarkan nota hafalan, baru nak fikir, baru nak itu, baru nak ini. Macam konfiden boleh sempat nak fikir dan jawab semua soalan dalam masa sejam.

Dah masuk setengah jam terakhir, baru nak start jawab. Tahu sebab apa? sebab over konfiden boleh pulun jawab dalam masa yang singkat. Pastu jawab kalut2. Habis berterabur jawaban, tak tentu arah bila masa dah tinggal 15 minit terakhir.

"Arghh! masa tinggal sikit. Banyak lagi tak jawab ni!!"

Ha masa tu, barulah nak mengeluh menyesal sebab buang masa masa awal-awal tadi. Menyesal kan?

Waktu tu otak kita pasti dah jem dah. Dah tak boleh nak fokus sebab kalut dengan masa yan tinggal hanya beberapa minit sebelum tamat waktu menjawab. Akhirnya apa dapat?

Jawaban terabur, penat2 hafal malam tadi nota lima enam helai, sia2 je hilang semua dalam otak. Sebab tak 'hormat' waktu yang Allah dah sediakan secukupnya.

Samalah dengan solat. Ingat kita solat lewat2 dengan sengaja tu, Allah respect ke?

Aku bukan penghukum yang sesuka hati nak kondem. Jujur, aku pun pernah buat gak benda ni. Lewat2kan solat dengan sengaja. Astaghfirullah. Aku dah bertaubat taknak ulangi. Hina beb. Hinanya solat kita sebab dilewatkan dengan sengaja.

Cuba fahami ; waktu kita solat akhir waktu tu, macamana kondisi kita masa tu? adakah solat dengan tenang dan khusyuk? Tak kan?

Yelah. Dah lewat. Takdanya nak tenang2. Silap2 solat empat rakaat makan masa hanya dua minit je. Entah ke mana tajwid AlFatihah nya, entah ke mana bacaan dalam rukun qaulinya, entah ke mana tama'ninah nya. Habis, Semuanya habis sebab 'terpaksa' (kononnya) langgar sebab dah lewat waktu. Padahal, apa yang kita buat tadi masa awal waktu?

Dah dengar azan, tapi ;

"Ah lepak lu..lagi 10 minit aku solatla.."

"Ah bia je dulu..keje ni pun belum habis lagi.."

"eh ala time2 camnilah banyak pulak noti FB kat newsfeed ni.."

Dan akan timbul macam2 ayat yang berlagu kat bibir manis kita.

Allahu..

Allah dah panggil kita, kita boleh sedap2 masih melepak buang masa dengan benda tak berfaedah. Tak ke rasa, betapa biadabnya kita dengan Allah?

Astaghfirullah hal azim..

* * *

Saudara Saudari pembaca sekalian, demikianlah itu tadi, tiga level solat kita sebagai hamba Allah. Boleh nampak tak, level mana yang membezakan kita ;

adakah kita ini hamba yang dicari Tuhan?

atau

adakah kita ini hamba yang mencari Tuhan?

atau

adakah kita ini hamba yang terbuang dari pandangan Tuhan?

Fikir-fikirkan..

Solat ini tiang agama kita. Rapuh solat kita, maka rapuhlah agama kita. Sejauh mana kita buat amalan zahir pun, berpakaian islamik mana pun, berzikir rajin mana pun, rajin bantu manusia banyak mana pun, atau bersdekah banyak mana pun, kalau tak jaga solat,

tak guna.

Maaflah, atas penulisan aku ini yang agak kasar. Hakikatnya, aku menulis berdasarkan pengalaman - pengalaman aku sendiri buat salah, dan pengalaman melihat orang lain buat salah. AKu takkan tuding jari telunjuk ke orang lain sebelum aku halakan jari tengah ke diri aku sendiri atas kesalahan yang aku buat atas kaki sendiri.

Ingat teman-teman. Jaga solat kita. Cubalah untuk istiqamah amalkan solat jemaah di surau/masjid untuk kesemua waktu solat. Tak susah pun.

Just perlukan iman yang kuat untuk mujahadah melawan godaan nafsu dan setan. Setan tu musuh kita yang nyata. Lawanlah mereka. Mereka hanya api yang tidak berbayang. Manakala kita pula tanah yang kukuh dipancar cahaya Allah.

Sekali lagi diingatkan, jagalah solat kita semua. Solat itu, tanda maruah agama yang kita pegang.

"Baik solat, maka baiklah isi hidupnya," - mafhum hadis.

Sekian, sesi tazkirah daripada aku yang tiada ilmu. Sekadar menyampaikan apa yang perlu, untuk diingati bersama.

"Dunia ini penjara, dan kita ini banduan. Banduan mana boleh lari. Banduan kerjanya hanya jadi hamba." - hadam ayat ini.

Takirah ini untuk diri aku sendiri, dan kau, dan kamu, dan kalian, dan mereka, dan untuk semua pembaca yang sudi buka entri ni.

Wassalam.

-Jebat, 12.5.2016, 9:43am, dalam bilik Kolej Acacia USIM, tak gi kuliah sebab dapat MC 4 hari, sakit mata (kaffarah dari Allah).

No comments:

Post a Comment