Saturday 1 June 2013

Analogi sebuah kehidupan : Kerana Sebiji Kelapa.

*klik lagu ni untuk lebih feeling. InsyaAllah tarbiah itu muncul :)


Assalamualaikum semua. Alhamdulilllah dapat lagi aku nak post n share kat korang apa yang aku tetibe dapat idea nak tulis entri baru ni. Mesti korang pelik kan? tetibe je aku guna tajuk yang lebih kurang memelikkan lagi memeningkan, Analogi Sebuah Kehidupan.

Em, sebenarnya aku nak share kat korang sesuatu yang nampak depan mata akui sendiri. Kiranya, apa yang aku tulis ni, ialah travelog aku la. Jom, baca!

6:45am @ 2hb Jun 2013

Selepas selesai iadhah surah Saba di masjid, aku pun menyetartkan a.k.a start enjin motor Yamaha Sport CDI aku dan menuju ke Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah Melaka. Jarak antara Bandar Masjid Tanah nak ke pantai tu lebih kurang 12km jugak la. Kalau dengan motor aku ni, dalam sekitar 10 minit sampai dah. [Mungkin bagi korang motor korang laju lagi kot?Ha3]

sekitar jam 7:00 sampai pun kat pantai. aku pergi kat kawasan macam tanjung yang berbatu2. aku duduk kat belah hujung sekali, means dah sampai sikit ke tengah laut. Aku pun duduk kat situ dan buka le quran kemudian menyambung hafal, habiskan lagi sikit iadhah surah Saba. 

Tengah2 sedap aku iadhah, dengan erti kata lain, dengan feeling la. Tetibe aku ternampak kat belah kanan aku, ada sebiji kelapa yang sedang hanyut. Aku perhatikan kelapa tu, aku dapat rasa yang beliau baru saja memulakan pengembaraannya bermula dari pantai yang aku jejaki tadi.

*sekadar gambar hiasan

Then aku teruskan iadhah. Aku tak pedulikan pun kelapa tu. Sebab aku fikir, buat ape nak pening2 kepala nak memikirkan pasal kelapa. Aku taknak kepala aku pening disebabkan kelapa yang entah ape2. Aku tak sanggup pening kepala kerana kelapa. Kelapa dan Kepala ialah dua makhluk Tuhan yang berbeza.

Arhh, ape aku ngarut ni.

Ok, sambung. Aku pun ngaji la macam biasa. Pastu aku pun pandang balik kat kelapa tu. Aku tengok kelapa tu hanyut dan hanyut dihanyutkan ombak yang agak ganas. Memang seriously pagi tu ombak agak ganas. Aku yang duduk kat atas tanjung berbatu yang tinggi tu pun basah sikit sebab kena percikan ombak yang  menghempas batu. 

Apa yang aku tengok, kelapa tu walaupun dilambung tinggi oleh ombak yang ganas tu, beliau maintain je. Tak berubah pun. Maksud aku beliau stay je masih dihanyutkan. Sesekali beliau tak tercampak ke tepi batuan ataupun pantai. Makin dilambung ombak, makin jauh dia hanyut. Secara analogi yang lebih mudah, hanyut kat sini ibarat belayar la. Makin tinggi beliau dilambung ombak, makin jauh beliau berlayar. Teguh dan tegar melawan ombak.

Subhanallah aku ucapkan kat bibir aku. Aku kagum dengan kelapa tu. Aku tak tahu kenapa. Secara dalamannya aku rasa kelapa yang berwarna hijau tu hebat. Maha Suci Allah atas segala ciptaan-Nya.

Aku termenung sejenak sambil tersenyum kagum melihat kelapa tu. Lantas aku menyambung semula iadhah aku yang belum habis.

Sesekali aku cuba menjeling ke arah kelapa tersebut, aku lihat makin jauh ia belayar menuju ke tengah lautan. Sekali lagi aku tersenyum. Kagum dengan makhluk Tuhan yang bernama kelapa. Tabah melawan ombak hingga berlayar je tengah lautan.

*sekadar gambar hiasan.

Aku terfikir, ke manakah beliau akan berlabuh selepas ini? Di hadapan beliau ialah sebuah lautan yang terbentang luas. Adakah beliau sepandai manusia yang berlayar menggunakan kompas,bintang, arah angin mahupun GPS?

Bagaimana beliau mahu berlabuh di daratan yang kemudian hari tiba tanpa disangka? 

Adakah beliau akan menjumpai daratan? atau pulau? atau negeri lain? atau ke negara lain? atau kemungkinan bernasib malang mungkin dilanggar oleh bot atau kapal lantas pecah dan mati begitu sahaja?

Adakah beliau mempunyai ciri-ciri keselamatan demi mengharungi sebuah pelayaran yang panjang? Beliau hanya ada kulit yang keras, dan berupaya membuat apungan. Tapi mampu bertahan berapa lama?

Adakah dengan kulit yang keras tu boleh menahan daripada terik sang mentari yang panas menggila? atau boleh menahan kesejukan malam yang menggigit tulang hitam?

Adakah beliau pasti bahawa taqdir Allah itu mengatasi segala-galanya?

Pelbagai jenis persoalan tiba-tiba muncul di fikiranku. Aku menutup sebentar quran ku, dan terus merenung si kelapa yang belayar tanpa arah tujuan itu. 

Aku kagum, dan aku yakin, walaupun dia hanyalah sebiji kelapa yang kecil, tapi dia mampu belayar   dengan tabah.

Aku yakin, bahawa beliau si kelapa tersebut takkan berhenti begitu sahaja. 

Aku yakin, selang beberapa waktu, pasti dia akan menemui sebuah daratan. Mungkin daratan dipenuhi oleh makhluk2 Tuhan sepertinya, ataupun daratan yang dipenuhi dengan manusia2 yang melupakan tuhannya sendiri. Wallahu a'lam.

Aku yakin, dia pasti dapat berlayar dengan tenang di tengah2 lautan itu. Kerana apa? kerana Tuhannya telah menciptakan dia 1001 keajaiban yang manusia sendiri bodoh dalam mengkajinya. Allahu Akbar ..

Aku yakin, apabila dia telah menemui sebuah hamparan daratan, pasti dia akan berlabuh dengan tenang. Pasti dia akan duduk atau baring atau berehat ataupun bahasa mudahnya, dia akan kekal duduk di atas tanah daratan tersebut. 

Dan aku yakin dengan hukum alam yang Allah dah cipta, selang beberapa waktu, dia akan mula mengeluarkan tombongnya. Apabila tombongnya mula hidup, pasti di bahagian tampuknya sudah mula mengeluarkan daun.

Selang beberapa waktu kemudian, daunnya pasti membesar sedikit demi sedikit.

*sekadar gambar hiasan.

Aku yakin yang beliau setia. Setia berkhidmat untuk tuhannya. Dia setia kekal duduk di situ sambil mengeluarkan daunnya. Dia tenang menghadapkan diri di hadapan Ilahi. Daunnya itu terus membesar dan meninggi manakala beliau pula semakin lama semakin mengecil, reput dan tenggelam ke tanah.

Daun semakin meninggi..

Beliau semakin reput..

Batang semakin membsar..

Beliau semakin tertanam..

Waktu dimakan waktu..

Akhirnya beliau pasrah dengan taqdir Tuhan. beliau sudah menghadap Ilahi sekian lamanya.

Dan kini, roh beliau pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya..

Perjalanan kehidupan beliau sudah pun diwarisi oleh sebatang pohon yang besar, tinggi, segak, dan subur. Itulah dia sebatang pohon kelapa..


*sekadar gambar hiasan.

Wahai sahabat, bermusafirlah. Sebenarnya aku suka kaitkan kehidupan kita di dunia ni dengan sebiji kelapa yang aku nampak pagi tu.

Lihatlah kelapa tu. Permulaan kehidupan beliau bermula dengan sebuah pelayaran yang kecil. Pada mulanya dilambung2 ombak seolah2 dia seorang anak kecil yang baru mengenal dunia. Kemudian rentetan daripada lambungan ombak itu beliau memulakan pelayarn dengan lebih matang. Tekad meneruskan pelayaran sehingga menuju ke tengah lautan. Beliau seakan2 tidak nampak ke mana hala tuju beliau. Tapi beliau yakin, dan percaya pada Penciptanya, bahawa Penciptanya telah menyediakan suatu taqdir yang maha hebar untuk  kehidupannya selepas tamat pelayaran nanti. Beliau sangat setia dengan Tuhannya. Sehinggalah beliau ditakdirkan menjumpai daratan, beliau berlabuh dan duduk bermukim kekal di situ. Dan beliau berserah serta pasrah dengan taqdir bahawa sudah tiba masanya untuk beliau pergi meninggalkan dunia. Syukur kepada Allah, perjalanan kehidupan beliau dapat disambung oleh generasi yang baru, iaitu sebatang pohon kelapa. Dan apabila menjadi pohon kelapa, hukum alam akan berulang kembali. Beberapa waktu yang tiba, muncullah anak2 buah kelapa yang membesar sedikit demi sedikit. Dan setelah membesar, tiba masanya untuk ia gugur ke bumi, dan berkemungkinan akan mewarisi tradisi keturunannya, iaitu bermusafir dengan sebuah pelayaran yang panjang menuju ke daratan yang lain untuk berkhidmat kepada Tuhannya dan berjasa kepada para makhluk bumi. Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala ciptaan-Nya ...

Begitu juga kita sebagai manusia. Kita jangan takut dengan apa jua cabaran di hadapan. Memang standard manusia, sering kali mengeluh atas setiap cabaran yang ALLAH turunkan.

Beginilah.

Anggaplah setiap ujian yang Allah turunkan itu, ibarat sebuah hidayah Allah. Bukan senang kita nak tengok hidayah Allah itu 'live' depan mata. Jadi, apabila kita diuji, bayangkan jelah yang ujian itu ialah hidayah. 

Kerana apa? kerana hidayah itu persis satu ilmu. Ilmu itu datangnya dari tarbiah. Kesimpulannya,

Setiap ujian itu adalah tarbiah daripada Allah.

Jangan takut. Jangan gentar. Allah ada sama kita.

"Kalau kita nak buat apa pun, kita jangan takut. Kita redah je. Sebab apa? Sebab kita kena percaya dengan keajaiban. Keajaiban itu adalah ALLAH.."

-Ibn Yusuf Al-Malaki

Teruskan berjuang hingga ke akhirnya. 

Jangan sesekali kau mengundur. Ke mana sahaja kau melangkah, letakkan dalam hati;

"Allah sentiasa ada bersama aku."

Dengan itu InsyaAllah kau akan ada sebuah keyakinan dalam diri yang Maha Jitu. Kuat keyakinan untuk menempuh setiap inci ujian dalam kehidupan.

"Rintangan pasti melanda
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya
Andai kau gugur
Andai kau syahid
Kau diredhai-NYA.."

Alhamdulillah, mungkin itu je yang aku dapat kongsikan travelog aku yang tak seberapa ni. Harap para pembaca sekalian dapat mengambil iktibar, hanya daripada sebiji kelapa!

"Bermusafirlah! Nescaya kau akan menemui seribu keajaiban Tuhan.."

*Sekadar gambar hiasan. Penulis sedang semak2 hadith2 syafawi STAM di tanjung berbatu, Pantai Sungai Tuang.

berjalan.melihat.mentafsir
sekian daripada Adnin Razak
daie jalanan bumi fana
2hb Jun 2013 @ 9:58am