Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera dan selamat petang ke atas kamu yang sudi baca entri aku pada kali ni. Masa aku tulis ni, aku baru lepas makan mi segera Cintan perisa kari. Makan sebungkus je. Pastu minum dengan air masak. Bukan tak nak makan nasi. Tapi duit dalam poket tinggal seciput. Tu pun nak survive untuk lagi dua bulan. Lama kot. Pasrah je lah. Cuba bertahan sikit demi sikit. Aku gak baru habis baca satu buku yang aku beli masa PBAKL kat MAEPS Serdang haritu. Nama bukunya Goji Bondy.
Ha, itu bukunya yang aku maksudkan. Ia ialah sebuah kisah benar seorang pemuda bernama Riduan A.Dullah. Simple aku ceritakan, dia kecewa dengan tunangnya kerana ada pilihan lain, lalu dia menggadai cincin tunangnya, dan terbang ke Australia. Di sana, dia memulakan kehidupan baharu dengan wang saku sebanyak $300 sahaja. Dengan keadaan miskin tak berduit, dia ke sana ke sini bekerja menjadi pekerja ladang yang hanya mendapat beberapa dolar sahaja gajinya. Tak cukup diekslpoitasi oleh majikan, dia ditipu pula dengan majikan lain. Duitnya kebah, dia rebah sugul menanti hari2 esok yang sentiasa misteri. Setiap hari yang dia lalui, hanyalah makan nasi segenggam, dimasak dengan garam, dan dimakan dengan kicap. Itu makanannya setiap hari.
Ha macam tulah sinopsis ringkas aku rajin untuk cerita. Kalau nak tahu lebih lanjut, belilah sendiri. *gelak jahat*
Yang tiba2 muncul tunjuk peace tu roomate aku, Alif namanya. Masih single. Seorang yang aktif sukan. Kalau berminat, mohon pm dengan segera. Limited stock. K hambar.
Baik. Kita teruskan dengan agenda kita yang utama, iaitu kembali menghafal Quran. Dulu, aku pernah rasa hidup dalam dunia tahfiz sebanyak dua kali / dua zaman. Zaman pertama, sewaktu di sekolah menengah. Lima tahun aku duduk tahfiz, aku just dapat hafal 18 juz je. Alhamdulillah.
Kemudian, tamat SPM, aku sambung diploma tahfiz kat satu tempat yang cliche lah kiranya. Tempoh asal pengajian selama tiga tahun, tapi aku hanya mampu bertahan selama setahun setengah je, atas sebab2 yang tak boleh dielakkan. Dan dalam tempoh setahun setengah tu, aku hanya mampu hafal sebanyak 15 juz je. Satu saat yang paling epik aku ingat sampai sekarang, hari terakhir aku tasmik dengan guru tasmik aku, Sheikh Fuad As-Soubhi (Sheikhul Qiraat, Shoubra Mesir), itulah muka surat terakhir juz 15 yang aku sempat hafal secara pulun dan tasmik. *tetiba teringat*...*sedih*
Sekarang, usia aku dah menginjak 23 tahun. Aku pun dah dua tahun kat USIM ni. Namun, dalam aku hidup berhari-hari, hati kecil aku selalu meronta, minta aku jaga Quran yang aku pernah hafal tu betul2. Yelah, aku manusia biasa. Tak perfect. So aku memang kadangkala leka dan lalai daripada menjaga hafalan. *istighfar*
Nak diceritakan, pagi tadi, aku scroll fb, ternampak satu post. Rupanya orang dok share pasal biografi salah seorang Hafizah yang hebat di Malaysia ni. Aku baca semuanya dengan selengkapnya, dan aku tiba2 tertarik dengan pesanannya tentang cara nak hafal Quran. Entah kenapa tiba2 aku rasa macam aku perlu untuk amalkan apa yang dia cakap.
Katanya, mulakan dengan surah2 mudah dulu.
Ok. Kat sini, aku mula keliru. Manakah yang lebih sesuai untuk seorang beginner? hafal ikut surah atau hafal ikut juzuk?
Lalu persoalan ini aku tanya kat kawan aku, Muslim namanya.
"Mus. Nak tanye. Antara hafal ikut surah, dengan hafal ikut juzuk, mana lebih sesuai dan mudah untuk beginner?"
Mus jawab;
"Hmmm..surah la kan..sebab pattern dia lebih seragam so tak susah nak biasakan minda tu,"
"Ohh, so kalau surah, better mulakan yang mudah2 kan? macam juz Amma etc,"
"Hmm biasanya camtulah juz amma, kemudian surah2 pilihan,"
"wah nice. Ok mus. AKu nak mulakan balik hafazan. Jadi beginner balik. Haha,"
"Hmm sambung menghafal ke? tahniah2,"
"Haha. aah. tQ mus,"
"Terbaiklah..semoga tabah,,"
Demikianlah itu tadi conversation wasap aku dengan Muslim. Ada benar gak apa dia kata.
Mulakan dengan surah2 pendek (juz amma), kemudian surah2 pilihan @ amalan yang biasa dibacakan dalam seharian (al-mulk, yaasin, alkahfi, alwaqiah, as-sajdah etc), kemudian barulah masuk surah2 besar.
sO sekarang aku dah nampak bagaimana caranya. Cuma nak amalkan je, Bukan mudah. Ya aku tahu. Nak istiqamah tu bukan satu kerja senang. Banyak dugaan. Makin besar azam kau nak buat kebaikan, makin besar setan yang datang untuk hapuskan usaha kau tu.
So aku harus berhati2. Niatkan yang baik, nak jadi Hafiz, nak jaga ayat2 Quran dengan baik, nak fahamkan, nak amalkan, dan nak sampaikan. Serta nak serapkan ke dalam ilmu2 Komunikasi yang aku belajar. In Syaa Allah.
Ok. Tu je untuk entri ni. Rasa2 kalau bermanfaat, kongsilah. Aku sekadar cerita je. Mana tahu, dalam ramai2 yang baca, tersangkut sorang dua, nak try buat cam aku cakap tadi. At least, dapat pahala.
Ingat ye;
1 - hafal surah pendek / juz amma
2- hafal surah pilihan / amalan seharian
3- hafal surah2 besar dan habiskan semuanya
Insyaallah. Cita2 nak jadi Hafiz / Hafizah tu akan tercapai, kalau kita betul2 usaha tanpa bosan. Banyakkan sabar. Jaga pantang larang. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Jaga pemakanan, jaga hati, jaga pergaulan, jaga segalanya.
"Al-Quran itu mahal. Semua orang mampu menghafalnya. Cuma orang2 murahan je yang tak mampu nak menjaganya." - hadam ayat ni.
Sekian. Wassalam.
- Jebat, 3:01 pm, 14/5/2016, dalam bilik Kolej Acacia USIM, feeling like tetiba rasa nak serius hafal quran balik.
No comments:
Post a Comment