Saturday 3 August 2013

Nilai sebuah tangisan.

*lagu Maafkan Aku-Nowseeheart.

Ya Allah
aku hanya hamba yang bernama hamba 
selamanya aku tetap hamba atas nama fitrah-Mu
untuk dulu, semalam, hari ini, esok dan lusa serta selamanya, kau Tuhanku..

Ya Allah
dari dulu lagi kau sudah turunkan ujian dan ujian
ujian itu ibarat bagaikan cahaya 
laju menerjah tanpa halangan 
kenapa?
aku tak nak jadi hamba derhaka
selalu bersangka buruk
maafkan aku..

Ya Allah
bilakah konflik ini akan berakhir?
aku semakin lemah
apa yang aku rasa kali ini berganda2 lebih berat daripada ujian yang terdahulu
hati aku makin lemah
puas siang dan malam aku berdoa
sehingga gugur satu persatu air mataku untuk mengaminkan doaku..

Mengapa doaku seperti tidak dimakbulkan ya Robbi?
apakah aku masih punya hijab denganMu?

Ya Allah, ampunkanlah dosaku
tolonglah Ya Allah, tolonglah...

Kadangkala aku terfikir
mungkin aku lah semua punca masalah ini
jika ya katakan ya
jika tidak katakan tidak

sejujurnya
ikhlas aku jawabkan, ya
akulah punca semua ini
tak perlu menyalahkan manusia lain

Ya Allah
maafkan aku atas dosa2 gila ini
aku tak sengaja
jika sengaja pun, aku terlalu bodoh dalam merancang
Kau lah sebijak2 perancang

Aku sering menjadi fasiq dan munafiq
akibat dari aku lupakan Kau Ya Allah..

Ya Allah
aku menyesal
aku bertaubat
dari semua dosaku
kesilapanku kekuranganku
dalam mentaatiMu..

semoga
kalam ini
sampai maknanya..

semoga
doa ini
dimakbulkan-Nya..

semoga 
taubat ini
diterima-Nya..







"aku hanya pemuda jalanan yang langsi tapi bercita-cita untuk menjadi ahli sufi
jasadku terbeban dengan dosa
rohaniku kering tanpa setitis rahmat
apalah guna hidup bertahun-tahun tapi secebis iman pun takda
takkan mahu sekadar Islam pada nama saja?

Aku seringkali dibenci oleh masyarakat
kerana sering dilabel sebagai kaki nama
astaghfirullah
dalam diam aku mengangguk
aku yang bersalah
itu semua hasil godaan dan bisikan syaitan celaka 
aku tewas dengan itulah

kini aku sering bermusafir
ke sana, ke sini
setiap langkahku, diiringi dengan lafaz zikir di bibir
diselangi dengan tasdiq di hati
disertakan sekali kalimah istighfar
setiap perjalanan musafirku
aku sering merenung
di mana silapku
di mana pointnya
Allah lebih mengetahui

Padaku
biarlah manusia tak nampak perubahanku
aku berubah bukan untuk tatapan manusia
tapi perubahanku semata2 hanya kerana Allah

bagi manusia yang membenci aku
teruskan untuk membenci aku
aku tak rela nak menjual muka depan2 semata2 nak harapkan kau terima perubahanku
cukuplah hanya Allah yang membuktikannya

aku insaf
aku dah tak mahu membuat perkara yang gempak2 semata2 nak hamakkan perhatian manusia
buat apa
itu riak namanya
itu pun belum lagi kira peratus nilai ujub, sum'ah, takbur dan lain2 lagi

kini
dan akan datang
biarlah aku menjadi pasif
bagi manusia
pasif itu lemah
aktif itu hebat dan agung
ah sudahlah

aku mahu turun
turun dari tempat tinggi
turun dari perhatian manusia
turun dari sanjungan manusia
turun dari pengiktirafan manusia
turun dari segala jawatan, pangkat, populariti
turun dari segala2nya yang bersifat kebanggaan

aku akan duduk 
aku akan senyap
aku akan diam
biarlah segala2nya hatiku yang bicarakan

kerana apa?

kerana

SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU & MATIKU
HANYA UNTUK ALLAH."

-selamat tinggal dunia lama-


*Coretan Catatan Falsafah Sufi Jalanan, Al-Ardh.