Monday 15 February 2016

[cinta] Sekeping Hati Seorang Lelaki.

Bismillah.

Dengan nama Allah aku tulis post ini.

Aku ni lelaki. Lelaki ialah salah satu jantina yang dikategorikan sebagai makhluk Allah. Lelaki sinonim dengan istilah maskulin, mahupun jantan (bagi haiwan). Bagi setiap kejadian yang Allah cipta, pasti ada sebab dan asbab kejadiannya. Tiada apa yang Allah cipta itu mustahil dan batil.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Setiap badan pasti ada hati. Setiap hati pasti dipunyai. Lelaki seperti aku juga ada sekeping hati. Hati yang Allah cipta untuk manusia seperti aku, adalah salah satu jenis hati yang lembut. Aku lelaki yang berhati lembut, tapi adakalanya ia akan keras sekeras kerikil. Bila tiba waktu damai, hati aku menjadi lembut, tenang dan bahagia. Tapi bila tiba waktu guruh halilintar, hati aku mudah berubah, menjadi kasar dan bengis. Mengapa aku tidak konsisten dalam menjaga hati? Kenapa perlu ada masanya lembut, ada masanya keras? Kerana apa?

Kerana aku juga manusia biasa.

Hati yang Allah cipta untuk aku ini sangat kotor dan teruk. Sudah beberapa lapisan zaman telah aku lalui dengan penuh erti. Berbagai-bagai ranjau pedih, bisu, ngilu dan memeritkan aku telah terguriskan hati yang Allah cipta ini. Tipulah kalau aku kata aku bukan lelaki beriman. Ya. Aku beriman kepada Allah. Aku jua beriman kepada nabi dan rasul. Malah aku juga beriman kepada rukun2 iman yang telah Allah susun dalam rutin penciptaan manusia. Aku juga kadangkala jika bosan atau menunggu waktu lapang, aku tepuk hati aku suruh bangun dan berzikir mengingati Allah. Kerana apa?

Kerana aku beriman.

Tapi ada juga masa masa tertentu, hati aku dimasuki syaitan durjana. Mereka seringkali berusaha keras dan bersungguh-sungguh membuatkan hati aku dimasuki racun, virus, kuman, bakteria dan mencucuk dinding-dinding hati aku dengan jarum2 dajjal laknatullah, supaya aku tergalak melalui nafsu untuk merangsang minda menuju ke perbuatan2 maksiat. Ada juga kadang2 aku mula lalai, dan lupa kepada Allah selaku pencipta hati ini. Aku bikin dosa, bikin maksiat, bikin alpa, bikin lalai dan lagha, sampai tahap aku mula lemah iman dan jiwa akibat terjebak dengan penularan virus2 cintakan dunia dan takutkan mati. Ada juga masa2 malang buat aku apabila, aku bertekad samada sengaja atau tidak sengaja untuk melakukan maksiat. Bermacam2 jenis maksiat aku pernah lakukan. Namun, hanya Allah sahaja yang mengenali aku, siapakah aku yang kau kenali. Kerana apa aku berbuat maksiat? Sedangkan pada awalnya tadi mengatakan yang aku seorang yang beriman? Kerana apa aku berdegil dan bertindak bodoh sedemikian rupa merosakkan hati sendiri dengan dosa dan maksiat setelah berhari2 lamanya aku hiaskan hati ini dengan amal soleh? kenapa?

Kerana aku juga manusia biasa.

Ya. Aku lelaki biasa, berasl dari manusia biasa. Cubalah untuk aku bergembira dan cuba untuk ikhlas menyatakan bahawa keluarga aku bukanlah keluarga yang CUKUP sempurna imannya pada Allah. Aku berasal dari keturunan yang biasa2 sahaja. BUkan golongan cendekiawan, rupawan, hartawan mahupun agamawan. Aku memang lahir dari baka yang sederhana. Separuh sempurna separuh tercela. Maka dengan itu aku dibesarkan dengan didikan agama yang boleh dikatakan 'cuba ke arah sempurna'. Ya. Masih mencuba walaupun kadangkala tempang dan terseliuh disepak tipuan helah dunia.

Setelah beberapa zaman aku sebagai seorang lelaki membesar, hati aku tidak lari dari memahukan sebuah fitrah; iaitu cinta. Aku seorang lelaki, yang masih normal kemahuannya, mahukan cinta. Kebiasaannya manusia2 akan berkata, carilah cinta Ilahi sebelum mencari cinta insani. Baiklah. Aku cuba untuk jelaskan, apakah isi kata2 aku ini sebenarnya.

Dahulu, aku pernah mengharap pada seseorang yang bernama wanita. Aku menyukainya dalam diam. Suka dalam diam. Sayang dalam diam. Beberapa kali cuma aku terlanjur bicara dan perbuatan, yang aku sukakan dia. Biasanya perkara sebegini dipanggil 'mengharap'. Ya, memang aku sungguh2 mengharap pada dia. Biarkan aku jelas sebentar. Aku sukakan dia, bukan kerana rupa yang cantik, harta yang banyak, mahupun keturuna yang baik. Tapi aku sukakan dia kerana akhlaknya yang; cukup bagi aku untuk mengatakan satu sahaja istilah ; Qanaah.

Akibat bersederhanya dia jika dilihat melalui luaran, maka aku rajinkan diri aku untuk menyelidiki agamanya, hartanya, keturunannya malah ilmunya. Ternyata, dalam kalimah ringkas, aku hanya mampu katakan satu falsafah bahawa ; jika Qanaah itu di luarnya, maka lengkaplah segala isi dalamnya.

beberapa lapisan masa aku meminati dia dalam diam. Namun, sudah sampai waktunya, takdir Allah sudah tiba. AKu mendapat perkhabaran bahawa dia sudah dipunyai oleh seseorang - yang dipertemukan oleh walinya sendiri-. Dengar saja khabar itu, aku terduduk. Kecewa. Masakan tidak aku terkesima, bahawa insan yang harapkan itu telah ada yang mendahului aku terlebih dahulu. Ya. Saat itu aku mula2 berasa jatuh dan tak bermaya.

Masa terus berlalu.

Dalam beberapa waktu aku jatuh itu, muncul seseorang, yang tampil menampakkan hatinya pada aku. Asalnya aku bersikap mentah dan berbuat tidak endah. Tapi, sebagai seorang lelaki biasa yang punya hati, lambat laun akhirnya hati aku terbuka jua untuk menerima kunjungan manusia baharu itu. Maka, bermula saat itu, maka bermulalah episod baru dalam kisah hidup aku, iaitu cinta.

Aku dan dia mulai rapat, dan akrab. Sehingga kami seakan2 menjalinkan cinta. Siang malam aku dibuai rasa indah dan bahagia, seolah2 baru semalam kami diikatkan dengan jalinan halal. Dalam pada aku sedang berseronok mengelamun cinta. hati aku masih ingat pada Allah. Dia pun sama hatinya pada aku. Aku dan dia saling berbalas2 ajakan dalam beramal pada Allah. Siang dan malam saling mengingati antara satu sama lain, dalam masa yang sama, mengingati Allah yang selaku pencipta. Jujurlah aku katakan bahawa, saat itu segala2nya indah belaka. AKu terasa terama bahagia di sampingnya. Aku juga dapat merasakan yang dia turut merasai bahagianya hati apabila bersama aku.

Namun, di jauh sudut dalam jasad aku pada ketika itu, ada satu makhluk yang sedih merintih pedih, luka, terbarai, koyak2 dindingnya, rosak sekelilingnya, cedera parah dan sedang semput2 tenat menanti mati.

Apakah ia?

Hati.

Ya. Hati aku sedang tenat, menanti ajal dan menunggu rosak. Siapakah yang merosakkannya kalau bukan aku? YA. Akulah yang merosakkan hati aku sendiri. Memanglah jika dilihat papan cerekarama kisah cinta aku dan si wanita itu, kami beramal soleh dan masih setia pada Allah, namun, mana mungkin sekeping hati yang kecil itu, boleh dimuatkan oleh dua perkara; iaitu Allah dan manusia. Aku silap, aku meletakkan wanita itu di dalam hati aku, dan meletakkan Allah di luarnya. Sedangkan aku tahu, bahawa yang mencipta hati aku itu, yang memberi nyawa kepada hati aku itu, yang menyempurnakan hati aku itu dan yang selaku tuan kepada hati aku itu ialah Allah, tapi aku mengubahnya. Aku campak tuan rumah ke luar, dan aku menjemput masuk tetamu tak diundang ke dalamnya. Apakah sial yang aku buat ini?!

Jika direfleksi babak2 cinta aku sewaktu dengan manusia itu, hati aku sebenarnya tidak tenang. Nampak macam tenang, padahal ia sedang sengsara. Bila satu saat aku tersedar yang aku sedang lagha dengan maksiat, nafsu aku berbisik bahawa teruskan sahaja cinta ini, Allah pasti redha sebab aku dan dia bercinta sambil beramal soleh.

Ketahuilah. Agak lama juga aku tertipu dengan tipu helah si syaitan celaka. Dia menyuntik virus helahnya itu pada nafsu. Lalu nafsu mengajak aku, mengajar aku, mendidik aku bagaimana mahu menjadi seorang manusia power; boleh membuat dua perkara dalam satu masa; beramal pada Allah sambil bercinta dengan wanita.

Lama kelamaan, aku mulai terasa hambar dalam perhubungan. Oh ya. Sebab apa hambar? Aku, pernah beberapa kali aku solat istikharah. Doa aku biasa2 saja. Dan doa yang sama aku pinta pada Allah setiap kali aku beristikharah. Aku mohon petunjuk untuk; perlukah aku meneruskan hubungan cinta ini? ini kalimah doa yang biasa aku titipkan buat Allah ;

"Ya Allah, jika benar dia untukku, maka Kau permudahkanlah urusan baik kami. Namun, jika bukan, Kau bawalah dia pergi dahulu."

Aku mahu cerita sedikit, berkenaan istilah 'urusan baik' yang aku sebut dalam doa tadi. Begini. Sedang dalam kisah kami bercinta, pada aku sedang hangat dilamun perasaan bahagia palsu itu, aku katakan pada dia bahawa, aku berniat mahu menikahinya, dan aku memohon padanya supaya sokong dan dokong apa sahaja usaha aku untuk ke 'arah itu'. Pada mulanya, aku bersemangat. Aku mulakan langkah awal dengan mengubah diri aku, amalan aku, amal soleh aku, Aku perlahan2 mengubah diri aku menjadi lelaki yang baik. Dia pun sama, saling mengubah dirinya. Namun, jika direnungi perbuatan itu, itu seolah2 mencampur adukkan antara perkara haq dan perkara batil. Mustahil, hati yang Allah cipta itu mampu untuk menyimpan dua perkara berbeza zat, berbeza jenis, berbeza sifat, dan paling penting, mencampur adukkan atau menyamaratakan tempat untuk Tuhan dan makhluk.

Perlahan2 aku mulai sedar yang selama ini aku sesat. Sesat dalam haluan yang dibina syaitan. Akhirnya, aku mulakan istikharah itu, untuk memohon petunjuk, perlukah aku meneruskan cinta palsu ini.

Maka bermula pada itulah, perlahan2 dia memberi isyarat selamat tinggal pada aku. BUkan secara langsung tetapi tidak langsung. Aku pada awalnya, tidak faham, mengapa dia semacam mahu jauh dari aku, walhal antara kami pada waktu itu memang tiada apa2 masalah pun. AKhirnya, ditakdirkan Allah, dia sudah pergi meninggalkan aku dalam kisah cinta ini.

Dia masih hidup, dan wujud, cuma libatnya di alam maya seolah2 terseingkap dari pancaindera aku. Aku merasakan dia tidak menyedari lagi aku ada untuk dia. Aku sendiri mulanya tak faham, mengapa dia tinggalkan aku atas alasan mahu menjaga batas. Sehinggalah sampai satu hari, dia sendiri telah bertindak sesuatu di luar jangkaan aku. Secara pemerhatian aku dari jauh, dia nampaknya diuji Allah dengan apa yang dia sendiri katakan pada aku sewaktu perpisahan dahulu.

Aku, di sini, apabila melihat saja tindakannya itu, aku hanya tersenyum. Kadang aku tersengih. Muncul juga sekali dua bisikan dalam hati aku ini mengatakan; dia termakan kata2 sendiri. Boleh juga aku falsafahkan tindakan itu dengan perumpamaan ; pasang jerat kaki sendiri terikat.

Satu persatu Allah tunjuk petunjuk. Oh baru aku teringat. Mungkin inilah agaknya petunjuk yang ALLAH jawab dalam istkharah aku sebelum2 ini. Aku menilai semula kisah perpisahan kami. Bagi aku, dia yang mulakan dahulu untuk berpisah tanpa sebarang punca, dan, kini, dia sedang diuji dengan kata2 dia yang dia tujukan pada aku sewaktu perpisahan itu. Aku terima kata2nya. Kalau benar, kini, dia sedang diuji dengan kata2 nya sendiri, aku di sini, hanya mampu mendoakan, bahawa moga2 dia mampu untuk berbahagia dengan pilihan yang dia sendiri cipta. Aku di sini? masih lagi seorang aku. Dan aku melalui hari2 aku yang penuh berliku, masih tetap dengan cara aku.

Jika, jika benarlah andai istikharah aku itu sudah ternyata diberi petunjuk, maka seharusnya aku berlapang dada, dan bersyukur. Allah masih pelihara aku, daripada cinta yang palsu. Aku masih lagi seperti biasa, diuji dengan bermacam2, tapi bab cinta, aku sudah melepasinya, dan ia meninggalkan satu kenangan, pengalaman dan pengjaran.

Ya. Dulu aku pernah kata, dalam diari aku sendiri. Andai aku ialah jodoh dia,maka aku sudah berjaya. Tapi, kalau sebaliknya, aku harus pulang ke tempat asal, di bawah. Ya. Kini, hari ini, hari yang aku tulis kata2 ini, aku sudah dalam perjalanan, pulang ke tempat asal aku. Menjadi seorang lelaki yang tiada apa2 hubungan dengan mana2 wanita. Aku pulang, bukan dengan tangan kosong dan kekecewaan. Tapi, aku pulang membawa kenangan dan pengalaman.

Ya. Aku pulang dengan membawa tiga perkara. Pertama, kenangan. Ya, begitu banyak kenangan yang tercipta antara aku dan dia. Di bumi tempat aku menuntut ilmu ini sahaja, terbayang2 adegan dan babak mesra kami berdua. Kenangan indah, pahit dan manis aku lalui bersama dia dalam mencapai cita2. Bila aku ke sinii, aku terbayang, bila ke sana, aku terbayang. Ada sahaja titik2 lokasi yang membuatkan kenangan2 lama terimbau kembali. Namun, kini dia sudah tiada. Dia sudah berlalu pergi meninggalkan aku. Padaku, itu semua kenangan. Yang perg biarkan ia berlalu pergi..

Kedua, pengalaman. Ya, pengalaman dalam bercinta. Sesungguhnya dahulu aku bukanlah lelaki yang pandai bercinta. Bila aku sudah bercinta dengan dia. Baru aku tahu betapa nikmatnya bercinta. Sayangnya, aku dan dia dah gunakan nikmat cinta itu di jalan yang salah. Cinta yang sebenar dan ternikmat, ialah cinta selepas nikah.

Ketiga, pengajaran. Ini paling penting yang aku sudah dapat. Pengajaran yang begitu membuka fikiran aku sekaligus mematangkan aku, dalam membezakan mana benar mana batil. Dahulu, aku begitu mengharap pada seseorang. Harap setinggi2 harapan. Kini, aku baru lepas merasai suasana cinta. Mengharap dan bercinta adalah dua perkara yang berbeza. Mengharap yang aku bina, aku sandarkan kepada Allah melalui doa2 secara senyap, manakala bercinta yang aku jalinkan bersama si dia adalah cinta yang mencantas hubungan aku dengan Allah, lantas menarik aku perlahan2 terjerumus ke lembah maksiat. Bagi aku, kurang lagi 'dosa' mengharap berbanding bercinta. Berharap, hanya mungkin merosakkan hati sendiri, barangkali teringat2 sampai terleka dari Allah sesekali. Itu hanya masalah hati sahaja. Ia berlaku pun sekali sekala dalam satu masa. Dan tidak melibatkan siapa2. Namun berbeza dengan bercinta, ia ada hubungan terus dengan manusia lain, sambil memintas hubungan antara kita dengan Pencipta Cinta itu sendiri. Nampak kan bezanya di situ? Kalau sudah nampak, baguslah.

Apa yang aku simpulkan di sini, aku, sebagai seorang lelaki biasa, yang punya hati dan perasaan, aku sudah ada pengalaman yang Allah bagi. Aku anggap sahaja kedatangan si dia yang dah tinggalkan aku itu, sebagai bahan penguji, dan , sebagai satu latihan yang Allah nak ajar dan tunjuk aku bahawa; suasana mengharap dan bercinta itu berbeza. Dahulu aku berpengalaman dalam berharap. Kini aku sudah berpengalaman dalam bercinta. Maknanya, di dalam gengaman aku, sudah ada dua pengalaman yang melengkapi; pengalaman berharap secara diam melalui Allah, dan pengalaman bercinta secara langsung 'mencurangi' Allah. Alhamdulillah. Satu pengajaran yang aku rasakan begitu bermaka buat aku yang bernama lelaki.

Kepada engkau,
insan yang pernah aku berharap dahulu, aku harap, kau teruskan sahaja hidup kau. Andaikata benarlah bahawa seseorang yang wali engkau temukan itu adalah jodoh engkau, aku pasrah. Namun, aku percaya, perkhabaran yang aku dengari itu, bukanlah sesempurna perkhabaran. Antara percaya atau tidak, aku masih berserah pada Allah, DIA Maha Mengetahui segala2nya.

Dan
kepada engkau,
insan yang perna bercinta bahagia dengan aku ini, yang sudah tinggalkan aku ini, andaiata engkau baca tulisan aku ini, aku berharap, kau maafkanlah aku, jika aku ada buat salah sepanjang tempoh kita kenal dan berbahagia bersama. Sungguh banyak kenangan antara kita. Kadangkala bila aku terkenang kembali memori kita, aku tersenyum. Biarpun perkenalan kita hanya sekadar selama 98 hari sahaja, kenangan2  itu, masih segar dalam ingatan. Ingatlah wahai engkau. Aku di sini, berlapang dada atas keputusan yang engkau buat untuk tinggalkan aku. Aku tidak meroyan, tidak juga bersedih. Malah, aku tenang. Kerana, Allah lah yang menggerakkan semua ini. Cuma, aku berharap, kau akan mampu meraih bahagia bersama insan baharu yang kau sedang kenali itu. AKu tidak cemburu, dan tidak kisah. Malah aku bersyukur, kerana akhirnya kau dipertemukan juga dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada aku, jauh lebih sesuai dengan engkau. Aku doakan, semoga engkau, berjaya capai cita2 engkau. Terima kasih, kerana sudi menjadi teman hati aku buat 98 hari yang sedang berlalu dalam kenangan..

Ok, itu sahaja setakat ini. Akan datang, aku kongsi lagi, luahan hati aku.

Aku , sebagai lelaki yang sepi, dan seorang tanpa peneman hati , aku akan gunakan semula prinsip aku dalam mencari cinta manusia, yang aku pernah buat dahulu ;

"Aku kalau suka seseorang, aku takkan bagitahu dia. Biarlah secara senyap dan diam2. Biar Allah sahaja yang tahu."

Itu saja.

***

"Sama ada diucap atau dirahsiakan, apa yang di dalam hati, pasti diketahui Tuhan.."


wassalam. 

No comments:

Post a Comment