Thursday 19 July 2012

Kesimpulan daripada perbualan antara Adnin Razak & Tim Gray

Maaf lah. Sebenarnya kesimpulan ni aku nak tulis kat post sebelumnya ni, tapi ada masalah sikit. Jadi aku buatlah post baru.

Baik aku taknak membebel panjang. Kesimpulan yang aku dapat daripada perbualan antara aku dengan Tim Gray tadi tu, Islam di Amerika tak sama dengan Islam di Malaysia.

Kat Malaysia ni, aku pasti korang selalu terdengar pasal "Mualaf dihalau kerana meminta sedekah". Ataupun "Murtad kembali setelah dimaki oleh imam kerana salah solat." dan banyak lagi. Aku tak faham dengan sebilangan orang islam di negara kita ni. Suka sangat menindas orang yang baru nak mengenal islam. Kadang2 bukan setakat mualaf je, non muslim pun terkena tempiasnya jugak.

Kenapa ye? Orang non muslim jumpa kita, kita jangan buat muka nak marah2 mereka. Di mana toleransi kita? Ni satu hal lagi. Sebilangan orang beragama di negara kita, khususnya yang bernaung di bawah nama jabatan agam islam, selalu menganaktirikan orang2 non muslim yang meminta pertolongan, alasannya, mereka mahu orang tersebut masuk islam dulu baru dapat tolong. Allah..sempit sangat mentalititi tu.

Tapi berbeza di Amerika, Tim Gray cakap, walaupun dia seorang kristian katolik, dia selalu diundang oleh orang2 masjid untuk menghadiri jamuan makan2. Di Amerika sana, setiap kali masjid2 ni nak buat event ke, majlis makan2 ke, jamuan2 ke, imam2 atau orang2 masjid ni akan jemput seluruh warga masyarakat di sekitarnya. Tak kisahlah Islam ke, Kristian ke, Buddha ke, semua orang masjid ni jemput.

Di American Islamic College(AIC) khususnya, kalau ada 'speak' atau diskusi yang dijalankan, AIC akan menjemput semua warga amerika untuk hadir ke diskusi tersebut. Terbaru, AIC menjemput Ahmed Rehab, seorang aktivis demokrasi Mesir untuk menyampaikan diskusi tentang mesir bersempena dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin baru2 ni di AIC tu. Aku ingatkan yang hadir ke diskusi tu orang Islam je, rupa2nya ada yang kristian pun hadir. Allah..Mesir itu isu umat islam..Aku terharu jugak bila melihat orang non-muslim pun turut hadir ke diskusi tentang Mesir tersebut..

Hmm..islam di malaysia, jangan abaikan orang non-muslim..ajaklah mereka sekali dalam perjuangan kita..bukan bermaksud kita mengamalkan konsep Pluralisme, tapi di samping perjuangan tu, cucuklah jarum dakwah sedikit demi sedikit..bantu mereka kembali kepada fitrah..tapi ingat! kalau diajak berdebat soal kitab, jangan nak pandai2 buat hujah sendiri..guna pakar2 agama yang ada..okey..kita baikkan benda yang tak baik,,insyaAllah Allah bertambahbaikkan kebaikan kita..

-Islam itu indah. Dakwah dan sunnah itu ada di mana-mana.-

"Berjalan Melihat Mentafsir"
Sekian daripada Adnin Razak,
Da'ie Jalanan Bumi Fana,
12:23 PM 20hb Julai 2012.

2 comments:

  1. kt msia,non-muslim msuk msjd pn jd isu bsar..front page dlm paper..hrmm~
    anyway,nice sharing~

    ReplyDelete
  2. tau xpe..itulah realiti sebilangan rakyat malaysia. jumud tak bertempat. ape2 pun, thanks atas kesudian membacanya :)

    ReplyDelete