Penulisan di sini semuanya bisu dan sunyi. Aku tidak mengharap manusia baca. Cuma aku puas, bila meluahkankannya. Terpulanglah, bagaimana mahu menafsirinya.
Ya Allah aku hanya hamba yang bernama hamba selamanya aku tetap hamba atas nama fitrah-Mu untuk dulu, semalam, hari ini, esok dan lusa serta selamanya, kau Tuhanku.. Ya Allah dari dulu lagi kau sudah turunkan ujian dan ujian ujian itu ibarat bagaikan cahaya laju menerjah tanpa halangan kenapa? aku tak nak jadi hamba derhaka selalu bersangka buruk maafkan aku.. Ya Allah bilakah konflik ini akan berakhir? aku semakin lemah apa yang aku rasa kali ini berganda2 lebih berat daripada ujian yang terdahulu hati aku makin lemah puas siang dan malam aku berdoa sehingga gugur satu persatu air mataku untuk mengaminkan doaku.. Mengapa doaku seperti tidak dimakbulkan ya Robbi? apakah aku masih punya hijab denganMu? Ya Allah, ampunkanlah dosaku tolonglah Ya Allah, tolonglah... Kadangkala aku terfikir mungkin aku lah semua punca masalah ini jika ya katakan ya jika tidak katakan tidak sejujurnya ikhlas aku jawabkan, ya akulah punca semua ini tak perlu menyalahkan manusia lain Ya Allah maafkan aku atas dosa2 gila ini aku tak sengaja jika sengaja pun, aku terlalu bodoh dalam merancang Kau lah sebijak2 perancang Aku sering menjadi fasiq dan munafiq akibat dari aku lupakan Kau Ya Allah.. Ya Allah aku menyesal aku bertaubat dari semua dosaku kesilapanku kekuranganku dalam mentaatiMu.. semoga kalam ini sampai maknanya.. semoga doa ini dimakbulkan-Nya.. semoga taubat ini diterima-Nya..
"aku hanya pemuda jalanan yang langsi tapi bercita-cita untuk menjadi ahli sufi
jasadku terbeban dengan dosa
rohaniku kering tanpa setitis rahmat
apalah guna hidup bertahun-tahun tapi secebis iman pun takda
takkan mahu sekadar Islam pada nama saja?
Aku seringkali dibenci oleh masyarakat
kerana sering dilabel sebagai kaki nama
astaghfirullah
dalam diam aku mengangguk
aku yang bersalah
itu semua hasil godaan dan bisikan syaitan celaka
aku tewas dengan itulah
kini aku sering bermusafir
ke sana, ke sini
setiap langkahku, diiringi dengan lafaz zikir di bibir
diselangi dengan tasdiq di hati
disertakan sekali kalimah istighfar
setiap perjalanan musafirku
aku sering merenung
di mana silapku
di mana pointnya
Allah lebih mengetahui
Padaku
biarlah manusia tak nampak perubahanku
aku berubah bukan untuk tatapan manusia
tapi perubahanku semata2 hanya kerana Allah
bagi manusia yang membenci aku
teruskan untuk membenci aku
aku tak rela nak menjual muka depan2 semata2 nak harapkan kau terima perubahanku
cukuplah hanya Allah yang membuktikannya
aku insaf
aku dah tak mahu membuat perkara yang gempak2 semata2 nak hamakkan perhatian manusia
buat apa
itu riak namanya
itu pun belum lagi kira peratus nilai ujub, sum'ah, takbur dan lain2 lagi
*klik lagu ni untuk lebih feeling. InsyaAllah tarbiah itu muncul :)
Assalamualaikum semua. Alhamdulilllah dapat lagi aku nak post n share kat korang apa yang aku tetibe dapat idea nak tulis entri baru ni. Mesti korang pelik kan? tetibe je aku guna tajuk yang lebih kurang memelikkan lagi memeningkan, Analogi Sebuah Kehidupan.
Em, sebenarnya aku nak share kat korang sesuatu yang nampak depan mata akui sendiri. Kiranya, apa yang aku tulis ni, ialah travelog aku la. Jom, baca!
6:45am @ 2hb Jun 2013
Selepas selesai iadhah surah Saba di masjid, aku pun menyetartkan a.k.a start enjin motor Yamaha Sport CDI aku dan menuju ke Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah Melaka. Jarak antara Bandar Masjid Tanah nak ke pantai tu lebih kurang 12km jugak la. Kalau dengan motor aku ni, dalam sekitar 10 minit sampai dah. [Mungkin bagi korang motor korang laju lagi kot?Ha3]
sekitar jam 7:00 sampai pun kat pantai. aku pergi kat kawasan macam tanjung yang berbatu2. aku duduk kat belah hujung sekali, means dah sampai sikit ke tengah laut. Aku pun duduk kat situ dan buka le quran kemudian menyambung hafal, habiskan lagi sikit iadhah surah Saba.
Tengah2 sedap aku iadhah, dengan erti kata lain, dengan feeling la. Tetibe aku ternampak kat belah kanan aku, ada sebiji kelapa yang sedang hanyut. Aku perhatikan kelapa tu, aku dapat rasa yang beliau baru saja memulakan pengembaraannya bermula dari pantai yang aku jejaki tadi.
*sekadar gambar hiasan
Then aku teruskan iadhah. Aku tak pedulikan pun kelapa tu. Sebab aku fikir, buat ape nak pening2 kepala nak memikirkan pasal kelapa. Aku taknak kepala aku pening disebabkan kelapa yang entah ape2. Aku tak sanggup pening kepala kerana kelapa. Kelapa dan Kepala ialah dua makhluk Tuhan yang berbeza.
Arhh, ape aku ngarut ni.
Ok, sambung. Aku pun ngaji la macam biasa. Pastu aku pun pandang balik kat kelapa tu. Aku tengok kelapa tu hanyut dan hanyut dihanyutkan ombak yang agak ganas. Memang seriously pagi tu ombak agak ganas. Aku yang duduk kat atas tanjung berbatu yang tinggi tu pun basah sikit sebab kena percikan ombak yang menghempas batu.
Apa yang aku tengok, kelapa tu walaupun dilambung tinggi oleh ombak yang ganas tu, beliau maintain je. Tak berubah pun. Maksud aku beliau stay je masih dihanyutkan. Sesekali beliau tak tercampak ke tepi batuan ataupun pantai. Makin dilambung ombak, makin jauh dia hanyut. Secara analogi yang lebih mudah, hanyut kat sini ibarat belayar la. Makin tinggi beliau dilambung ombak, makin jauh beliau berlayar. Teguh dan tegar melawan ombak.
Subhanallah aku ucapkan kat bibir aku. Aku kagum dengan kelapa tu. Aku tak tahu kenapa. Secara dalamannya aku rasa kelapa yang berwarna hijau tu hebat. Maha Suci Allah atas segala ciptaan-Nya.
Aku termenung sejenak sambil tersenyum kagum melihat kelapa tu. Lantas aku menyambung semula iadhah aku yang belum habis.
Sesekali aku cuba menjeling ke arah kelapa tersebut, aku lihat makin jauh ia belayar menuju ke tengah lautan. Sekali lagi aku tersenyum. Kagum dengan makhluk Tuhan yang bernama kelapa. Tabah melawan ombak hingga berlayar je tengah lautan.
*sekadar gambar hiasan.
Aku terfikir, ke manakah beliau akan berlabuh selepas ini? Di hadapan beliau ialah sebuah lautan yang terbentang luas. Adakah beliau sepandai manusia yang berlayar menggunakan kompas,bintang, arah angin mahupun GPS?
Bagaimana beliau mahu berlabuh di daratan yang kemudian hari tiba tanpa disangka?
Adakah beliau akan menjumpai daratan? atau pulau? atau negeri lain? atau ke negara lain? atau kemungkinan bernasib malang mungkin dilanggar oleh bot atau kapal lantas pecah dan mati begitu sahaja?
Adakah beliau mempunyai ciri-ciri keselamatan demi mengharungi sebuah pelayaran yang panjang? Beliau hanya ada kulit yang keras, dan berupaya membuat apungan. Tapi mampu bertahan berapa lama?
Adakah dengan kulit yang keras tu boleh menahan daripada terik sang mentari yang panas menggila? atau boleh menahan kesejukan malam yang menggigit tulang hitam?
Adakah beliau pasti bahawa taqdir Allah itu mengatasi segala-galanya?
Pelbagai jenis persoalan tiba-tiba muncul di fikiranku. Aku menutup sebentar quran ku, dan terus merenung si kelapa yang belayar tanpa arah tujuan itu.
Aku kagum, dan aku yakin, walaupun dia hanyalah sebiji kelapa yang kecil, tapi dia mampu belayar dengan tabah.
Aku yakin, bahawa beliau si kelapa tersebut takkan berhenti begitu sahaja.
Aku yakin, selang beberapa waktu, pasti dia akan menemui sebuah daratan. Mungkin daratan dipenuhi oleh makhluk2 Tuhan sepertinya, ataupun daratan yang dipenuhi dengan manusia2 yang melupakan tuhannya sendiri. Wallahu a'lam.
Aku yakin, dia pasti dapat berlayar dengan tenang di tengah2 lautan itu. Kerana apa? kerana Tuhannya telah menciptakan dia 1001 keajaiban yang manusia sendiri bodoh dalam mengkajinya. Allahu Akbar ..
Aku yakin, apabila dia telah menemui sebuah hamparan daratan, pasti dia akan berlabuh dengan tenang. Pasti dia akan duduk atau baring atau berehat ataupun bahasa mudahnya, dia akan kekal duduk di atas tanah daratan tersebut.
Dan aku yakin dengan hukum alam yang Allah dah cipta, selang beberapa waktu, dia akan mula mengeluarkan tombongnya. Apabila tombongnya mula hidup, pasti di bahagian tampuknya sudah mula mengeluarkan daun.
Selang beberapa waktu kemudian, daunnya pasti membesar sedikit demi sedikit.
*sekadar gambar hiasan.
Aku yakin yang beliau setia. Setia berkhidmat untuk tuhannya. Dia setia kekal duduk di situ sambil mengeluarkan daunnya. Dia tenang menghadapkan diri di hadapan Ilahi. Daunnya itu terus membesar dan meninggi manakala beliau pula semakin lama semakin mengecil, reput dan tenggelam ke tanah.
Daun semakin meninggi..
Beliau semakin reput..
Batang semakin membsar..
Beliau semakin tertanam..
Waktu dimakan waktu..
Akhirnya beliau pasrah dengan taqdir Tuhan. beliau sudah menghadap Ilahi sekian lamanya.
Dan kini, roh beliau pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya..
Perjalanan kehidupan beliau sudah pun diwarisi oleh sebatang pohon yang besar, tinggi, segak, dan subur. Itulah dia sebatang pohon kelapa..
*sekadar gambar hiasan.
Wahai sahabat, bermusafirlah. Sebenarnya aku suka kaitkan kehidupan kita di dunia ni dengan sebiji kelapa yang aku nampak pagi tu.
Lihatlah kelapa tu. Permulaan kehidupan beliau bermula dengan sebuah pelayaran yang kecil. Pada mulanya dilambung2 ombak seolah2 dia seorang anak kecil yang baru mengenal dunia. Kemudian rentetan daripada lambungan ombak itu beliau memulakan pelayarn dengan lebih matang. Tekad meneruskan pelayaran sehingga menuju ke tengah lautan. Beliau seakan2 tidak nampak ke mana hala tuju beliau. Tapi beliau yakin, dan percaya pada Penciptanya, bahawa Penciptanya telah menyediakan suatu taqdir yang maha hebar untuk kehidupannya selepas tamat pelayaran nanti. Beliau sangat setia dengan Tuhannya. Sehinggalah beliau ditakdirkan menjumpai daratan, beliau berlabuh dan duduk bermukim kekal di situ. Dan beliau berserah serta pasrah dengan taqdir bahawa sudah tiba masanya untuk beliau pergi meninggalkan dunia. Syukur kepada Allah, perjalanan kehidupan beliau dapat disambung oleh generasi yang baru, iaitu sebatang pohon kelapa. Dan apabila menjadi pohon kelapa, hukum alam akan berulang kembali. Beberapa waktu yang tiba, muncullah anak2 buah kelapa yang membesar sedikit demi sedikit. Dan setelah membesar, tiba masanya untuk ia gugur ke bumi, dan berkemungkinan akan mewarisi tradisi keturunannya, iaitu bermusafir dengan sebuah pelayaran yang panjang menuju ke daratan yang lain untuk berkhidmat kepada Tuhannya dan berjasa kepada para makhluk bumi. Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala ciptaan-Nya ...
Begitu juga kita sebagai manusia. Kita jangan takut dengan apa jua cabaran di hadapan. Memang standard manusia, sering kali mengeluh atas setiap cabaran yang ALLAH turunkan.
Beginilah.
Anggaplah setiap ujian yang Allah turunkan itu, ibarat sebuah hidayah Allah. Bukan senang kita nak tengok hidayah Allah itu 'live' depan mata. Jadi, apabila kita diuji, bayangkan jelah yang ujian itu ialah hidayah.
Kerana apa? kerana hidayah itu persis satu ilmu. Ilmu itu datangnya dari tarbiah. Kesimpulannya,
Setiap ujian itu adalah tarbiah daripada Allah.
Jangan takut. Jangan gentar. Allah ada sama kita.
"Kalau kita nak buat apa pun, kita jangan takut. Kita redah je. Sebab apa? Sebab kita kena percaya dengan keajaiban. Keajaiban itu adalah ALLAH.."
-Ibn Yusuf Al-Malaki
Teruskan berjuang hingga ke akhirnya.
Jangan sesekali kau mengundur. Ke mana sahaja kau melangkah, letakkan dalam hati;
"Allah sentiasa ada bersama aku."
Dengan itu InsyaAllah kau akan ada sebuah keyakinan dalam diri yang Maha Jitu. Kuat keyakinan untuk menempuh setiap inci ujian dalam kehidupan.
"Rintangan pasti melanda
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya
Andai kau gugur
Andai kau syahid
Kau diredhai-NYA.."
Alhamdulillah, mungkin itu je yang aku dapat kongsikan travelog aku yang tak seberapa ni. Harap para pembaca sekalian dapat mengambil iktibar, hanya daripada sebiji kelapa!
"Bermusafirlah! Nescaya kau akan menemui seribu keajaiban Tuhan.."
*Sekadar gambar hiasan. Penulis sedang semak2 hadith2 syafawi STAM di tanjung berbatu, Pantai Sungai Tuang.
*bace entri ni pun kena sambil dengar lagu ni. klik kat lagu ni. baru insyaAllah feeling tu rase. selamat ditarbiah! :)
Assalamualaikum.
tujuan aku post entri ni sebab nak luahkan rasa cinta kepada dunia persahabatan yang terjalin kerana-Nya InsyaAllah.
sebenarnya, pernah beberapa hari sebelum ni aku dilema, samada nak teruskan kehidupan di bumi asing ni, ataupun membuat u-turn kembali ke dunia lama.
pernah sekali waktu dhuha, aku buat solat dhuha dan buat solat istikharah. diminta berikan petunjuk mana pilihan aku tadi yang lebih tepat.
alhamdulillah, ALLAH dah tunjukkan petunjuk istikharah aku tu.
kini baru aku faham, setiap apa ujian yang aku BARU alami ni ada maksudnya.
ujian itu ialah tarbiah daripada Allah sebenarnya.
murabbi aku pun cakap, sabar je lah. tak lama pun lagi aku nak bebas dari cengkaman ni. hmm, insyaAllah aku usahakan untuk tabah ye.
em, merujuk kepada title kali ni, seiring sehaluan, aku nak explain sikit.
kini, aku ada dua golongan sahabat seperjuangan ke menara gading.
1st, sahabat2 diploma di Darul Quran.
2nd, sahabat2 Sijil Tinggi Agama Malaysia.
cantik sangat percaturan Allah itu. dulu Dia pisahkan aku dengan para sahabat aku. berapa kali aku sedih n tacing sebab terpisah dengan para sahabat setarbiah dengan aku. mula2 aku susah nak terima. lama2 aku faham, dan aku yakin, setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan, dan setiap perpisahan pasti dijanjikan dengan pertemuan kembali.
aku masih ingat lagi nama2 sahabar setarbiah ku sewaktu ketika tu,
muaz, afnan, nazirul, abang irham, syafiq amin, alqamah, fathullah, afiq aimang, aiman, jaafar, syahmee, azim, azhan, syahmi, dan ramai lagi.
itu dulu. tika itu aku sedang bahagia berada di dunia tarbiah tersebut. tapi kini dah terpisah. takpe, aku faham, ini ialah perpisahan kerana Allah. susunan ALLAH itu sangat cantik. aku redha. kami terpisah atas nama perjuangan. tapi aku pasti, tak lama lagi, aku jugalah insan yang paling gembira sebab dapat meraikan hari konvokesyen mereka ketika di tangan mereka dah ada segulung ijazah.
kini, aku di haluan yang baru, aku sudah ada rakan2 seperjuangan yang baru,
syazwan, rapizan, ainol, wafi, syamil, syukur, haziq, iskandar, jai, fakhri, salam, ashraf, syafiq, humaidatul, aiman, ain, izati, sarah, hanisah dan ramai lagi.
bila aku mula lemah semangat, wajah2 mereka ni la yang datang kat aku dan mencorakkan kebahagiaan dan ketenangan yang jitu. keceriaan dalam bernafas adalah segalanya.
aku terpisah dengan sahabat2 setarbiah pada hujung 2012 dan mulakan hidup baru pada 2013. 2013 jugalah aku mula kenal dengan rakan2 seperjuangan yang baharu ni. kami semua akan tamat perjuangan ini pada hujung 2013 ni, dan melangkah ke universiti pada september 2014.
yang sahabat2 setarbiah aku dulu tu pun, tamat perjuangan mereka pada april 2014, dan konvo pada julai 2014 dan masuk ke universiti pun september 2014.
pendek kata;
sahabat2 diploma dan sahabat stam akan melangkah ke univerisiti pada september 2014 nanti! :)
diploma & stam
seiring sehaluan
walaupun kami terpisah
Allah menjadi tempat kami kembali
kejayaan insyaAllah dalam visi
aku cintakan sahabat2 semua kerana Allah
andai rasa cinta ini menjadi nadi ukhwah kita
berdoalah kepada Allah agar rasa cinta itu utuh dan erat