Monday 15 February 2016

[cinta] Sekeping Hati Seorang Lelaki.

Bismillah.

Dengan nama Allah aku tulis post ini.

Aku ni lelaki. Lelaki ialah salah satu jantina yang dikategorikan sebagai makhluk Allah. Lelaki sinonim dengan istilah maskulin, mahupun jantan (bagi haiwan). Bagi setiap kejadian yang Allah cipta, pasti ada sebab dan asbab kejadiannya. Tiada apa yang Allah cipta itu mustahil dan batil.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Setiap badan pasti ada hati. Setiap hati pasti dipunyai. Lelaki seperti aku juga ada sekeping hati. Hati yang Allah cipta untuk manusia seperti aku, adalah salah satu jenis hati yang lembut. Aku lelaki yang berhati lembut, tapi adakalanya ia akan keras sekeras kerikil. Bila tiba waktu damai, hati aku menjadi lembut, tenang dan bahagia. Tapi bila tiba waktu guruh halilintar, hati aku mudah berubah, menjadi kasar dan bengis. Mengapa aku tidak konsisten dalam menjaga hati? Kenapa perlu ada masanya lembut, ada masanya keras? Kerana apa?

Kerana aku juga manusia biasa.

Hati yang Allah cipta untuk aku ini sangat kotor dan teruk. Sudah beberapa lapisan zaman telah aku lalui dengan penuh erti. Berbagai-bagai ranjau pedih, bisu, ngilu dan memeritkan aku telah terguriskan hati yang Allah cipta ini. Tipulah kalau aku kata aku bukan lelaki beriman. Ya. Aku beriman kepada Allah. Aku jua beriman kepada nabi dan rasul. Malah aku juga beriman kepada rukun2 iman yang telah Allah susun dalam rutin penciptaan manusia. Aku juga kadangkala jika bosan atau menunggu waktu lapang, aku tepuk hati aku suruh bangun dan berzikir mengingati Allah. Kerana apa?

Kerana aku beriman.

Tapi ada juga masa masa tertentu, hati aku dimasuki syaitan durjana. Mereka seringkali berusaha keras dan bersungguh-sungguh membuatkan hati aku dimasuki racun, virus, kuman, bakteria dan mencucuk dinding-dinding hati aku dengan jarum2 dajjal laknatullah, supaya aku tergalak melalui nafsu untuk merangsang minda menuju ke perbuatan2 maksiat. Ada juga kadang2 aku mula lalai, dan lupa kepada Allah selaku pencipta hati ini. Aku bikin dosa, bikin maksiat, bikin alpa, bikin lalai dan lagha, sampai tahap aku mula lemah iman dan jiwa akibat terjebak dengan penularan virus2 cintakan dunia dan takutkan mati. Ada juga masa2 malang buat aku apabila, aku bertekad samada sengaja atau tidak sengaja untuk melakukan maksiat. Bermacam2 jenis maksiat aku pernah lakukan. Namun, hanya Allah sahaja yang mengenali aku, siapakah aku yang kau kenali. Kerana apa aku berbuat maksiat? Sedangkan pada awalnya tadi mengatakan yang aku seorang yang beriman? Kerana apa aku berdegil dan bertindak bodoh sedemikian rupa merosakkan hati sendiri dengan dosa dan maksiat setelah berhari2 lamanya aku hiaskan hati ini dengan amal soleh? kenapa?

Kerana aku juga manusia biasa.

Ya. Aku lelaki biasa, berasl dari manusia biasa. Cubalah untuk aku bergembira dan cuba untuk ikhlas menyatakan bahawa keluarga aku bukanlah keluarga yang CUKUP sempurna imannya pada Allah. Aku berasal dari keturunan yang biasa2 sahaja. BUkan golongan cendekiawan, rupawan, hartawan mahupun agamawan. Aku memang lahir dari baka yang sederhana. Separuh sempurna separuh tercela. Maka dengan itu aku dibesarkan dengan didikan agama yang boleh dikatakan 'cuba ke arah sempurna'. Ya. Masih mencuba walaupun kadangkala tempang dan terseliuh disepak tipuan helah dunia.

Setelah beberapa zaman aku sebagai seorang lelaki membesar, hati aku tidak lari dari memahukan sebuah fitrah; iaitu cinta. Aku seorang lelaki, yang masih normal kemahuannya, mahukan cinta. Kebiasaannya manusia2 akan berkata, carilah cinta Ilahi sebelum mencari cinta insani. Baiklah. Aku cuba untuk jelaskan, apakah isi kata2 aku ini sebenarnya.

Dahulu, aku pernah mengharap pada seseorang yang bernama wanita. Aku menyukainya dalam diam. Suka dalam diam. Sayang dalam diam. Beberapa kali cuma aku terlanjur bicara dan perbuatan, yang aku sukakan dia. Biasanya perkara sebegini dipanggil 'mengharap'. Ya, memang aku sungguh2 mengharap pada dia. Biarkan aku jelas sebentar. Aku sukakan dia, bukan kerana rupa yang cantik, harta yang banyak, mahupun keturuna yang baik. Tapi aku sukakan dia kerana akhlaknya yang; cukup bagi aku untuk mengatakan satu sahaja istilah ; Qanaah.

Akibat bersederhanya dia jika dilihat melalui luaran, maka aku rajinkan diri aku untuk menyelidiki agamanya, hartanya, keturunannya malah ilmunya. Ternyata, dalam kalimah ringkas, aku hanya mampu katakan satu falsafah bahawa ; jika Qanaah itu di luarnya, maka lengkaplah segala isi dalamnya.

beberapa lapisan masa aku meminati dia dalam diam. Namun, sudah sampai waktunya, takdir Allah sudah tiba. AKu mendapat perkhabaran bahawa dia sudah dipunyai oleh seseorang - yang dipertemukan oleh walinya sendiri-. Dengar saja khabar itu, aku terduduk. Kecewa. Masakan tidak aku terkesima, bahawa insan yang harapkan itu telah ada yang mendahului aku terlebih dahulu. Ya. Saat itu aku mula2 berasa jatuh dan tak bermaya.

Masa terus berlalu.

Dalam beberapa waktu aku jatuh itu, muncul seseorang, yang tampil menampakkan hatinya pada aku. Asalnya aku bersikap mentah dan berbuat tidak endah. Tapi, sebagai seorang lelaki biasa yang punya hati, lambat laun akhirnya hati aku terbuka jua untuk menerima kunjungan manusia baharu itu. Maka, bermula saat itu, maka bermulalah episod baru dalam kisah hidup aku, iaitu cinta.

Aku dan dia mulai rapat, dan akrab. Sehingga kami seakan2 menjalinkan cinta. Siang malam aku dibuai rasa indah dan bahagia, seolah2 baru semalam kami diikatkan dengan jalinan halal. Dalam pada aku sedang berseronok mengelamun cinta. hati aku masih ingat pada Allah. Dia pun sama hatinya pada aku. Aku dan dia saling berbalas2 ajakan dalam beramal pada Allah. Siang dan malam saling mengingati antara satu sama lain, dalam masa yang sama, mengingati Allah yang selaku pencipta. Jujurlah aku katakan bahawa, saat itu segala2nya indah belaka. AKu terasa terama bahagia di sampingnya. Aku juga dapat merasakan yang dia turut merasai bahagianya hati apabila bersama aku.

Namun, di jauh sudut dalam jasad aku pada ketika itu, ada satu makhluk yang sedih merintih pedih, luka, terbarai, koyak2 dindingnya, rosak sekelilingnya, cedera parah dan sedang semput2 tenat menanti mati.

Apakah ia?

Hati.

Ya. Hati aku sedang tenat, menanti ajal dan menunggu rosak. Siapakah yang merosakkannya kalau bukan aku? YA. Akulah yang merosakkan hati aku sendiri. Memanglah jika dilihat papan cerekarama kisah cinta aku dan si wanita itu, kami beramal soleh dan masih setia pada Allah, namun, mana mungkin sekeping hati yang kecil itu, boleh dimuatkan oleh dua perkara; iaitu Allah dan manusia. Aku silap, aku meletakkan wanita itu di dalam hati aku, dan meletakkan Allah di luarnya. Sedangkan aku tahu, bahawa yang mencipta hati aku itu, yang memberi nyawa kepada hati aku itu, yang menyempurnakan hati aku itu dan yang selaku tuan kepada hati aku itu ialah Allah, tapi aku mengubahnya. Aku campak tuan rumah ke luar, dan aku menjemput masuk tetamu tak diundang ke dalamnya. Apakah sial yang aku buat ini?!

Jika direfleksi babak2 cinta aku sewaktu dengan manusia itu, hati aku sebenarnya tidak tenang. Nampak macam tenang, padahal ia sedang sengsara. Bila satu saat aku tersedar yang aku sedang lagha dengan maksiat, nafsu aku berbisik bahawa teruskan sahaja cinta ini, Allah pasti redha sebab aku dan dia bercinta sambil beramal soleh.

Ketahuilah. Agak lama juga aku tertipu dengan tipu helah si syaitan celaka. Dia menyuntik virus helahnya itu pada nafsu. Lalu nafsu mengajak aku, mengajar aku, mendidik aku bagaimana mahu menjadi seorang manusia power; boleh membuat dua perkara dalam satu masa; beramal pada Allah sambil bercinta dengan wanita.

Lama kelamaan, aku mulai terasa hambar dalam perhubungan. Oh ya. Sebab apa hambar? Aku, pernah beberapa kali aku solat istikharah. Doa aku biasa2 saja. Dan doa yang sama aku pinta pada Allah setiap kali aku beristikharah. Aku mohon petunjuk untuk; perlukah aku meneruskan hubungan cinta ini? ini kalimah doa yang biasa aku titipkan buat Allah ;

"Ya Allah, jika benar dia untukku, maka Kau permudahkanlah urusan baik kami. Namun, jika bukan, Kau bawalah dia pergi dahulu."

Aku mahu cerita sedikit, berkenaan istilah 'urusan baik' yang aku sebut dalam doa tadi. Begini. Sedang dalam kisah kami bercinta, pada aku sedang hangat dilamun perasaan bahagia palsu itu, aku katakan pada dia bahawa, aku berniat mahu menikahinya, dan aku memohon padanya supaya sokong dan dokong apa sahaja usaha aku untuk ke 'arah itu'. Pada mulanya, aku bersemangat. Aku mulakan langkah awal dengan mengubah diri aku, amalan aku, amal soleh aku, Aku perlahan2 mengubah diri aku menjadi lelaki yang baik. Dia pun sama, saling mengubah dirinya. Namun, jika direnungi perbuatan itu, itu seolah2 mencampur adukkan antara perkara haq dan perkara batil. Mustahil, hati yang Allah cipta itu mampu untuk menyimpan dua perkara berbeza zat, berbeza jenis, berbeza sifat, dan paling penting, mencampur adukkan atau menyamaratakan tempat untuk Tuhan dan makhluk.

Perlahan2 aku mulai sedar yang selama ini aku sesat. Sesat dalam haluan yang dibina syaitan. Akhirnya, aku mulakan istikharah itu, untuk memohon petunjuk, perlukah aku meneruskan cinta palsu ini.

Maka bermula pada itulah, perlahan2 dia memberi isyarat selamat tinggal pada aku. BUkan secara langsung tetapi tidak langsung. Aku pada awalnya, tidak faham, mengapa dia semacam mahu jauh dari aku, walhal antara kami pada waktu itu memang tiada apa2 masalah pun. AKhirnya, ditakdirkan Allah, dia sudah pergi meninggalkan aku dalam kisah cinta ini.

Dia masih hidup, dan wujud, cuma libatnya di alam maya seolah2 terseingkap dari pancaindera aku. Aku merasakan dia tidak menyedari lagi aku ada untuk dia. Aku sendiri mulanya tak faham, mengapa dia tinggalkan aku atas alasan mahu menjaga batas. Sehinggalah sampai satu hari, dia sendiri telah bertindak sesuatu di luar jangkaan aku. Secara pemerhatian aku dari jauh, dia nampaknya diuji Allah dengan apa yang dia sendiri katakan pada aku sewaktu perpisahan dahulu.

Aku, di sini, apabila melihat saja tindakannya itu, aku hanya tersenyum. Kadang aku tersengih. Muncul juga sekali dua bisikan dalam hati aku ini mengatakan; dia termakan kata2 sendiri. Boleh juga aku falsafahkan tindakan itu dengan perumpamaan ; pasang jerat kaki sendiri terikat.

Satu persatu Allah tunjuk petunjuk. Oh baru aku teringat. Mungkin inilah agaknya petunjuk yang ALLAH jawab dalam istkharah aku sebelum2 ini. Aku menilai semula kisah perpisahan kami. Bagi aku, dia yang mulakan dahulu untuk berpisah tanpa sebarang punca, dan, kini, dia sedang diuji dengan kata2 dia yang dia tujukan pada aku sewaktu perpisahan itu. Aku terima kata2nya. Kalau benar, kini, dia sedang diuji dengan kata2 nya sendiri, aku di sini, hanya mampu mendoakan, bahawa moga2 dia mampu untuk berbahagia dengan pilihan yang dia sendiri cipta. Aku di sini? masih lagi seorang aku. Dan aku melalui hari2 aku yang penuh berliku, masih tetap dengan cara aku.

Jika, jika benarlah andai istikharah aku itu sudah ternyata diberi petunjuk, maka seharusnya aku berlapang dada, dan bersyukur. Allah masih pelihara aku, daripada cinta yang palsu. Aku masih lagi seperti biasa, diuji dengan bermacam2, tapi bab cinta, aku sudah melepasinya, dan ia meninggalkan satu kenangan, pengalaman dan pengjaran.

Ya. Dulu aku pernah kata, dalam diari aku sendiri. Andai aku ialah jodoh dia,maka aku sudah berjaya. Tapi, kalau sebaliknya, aku harus pulang ke tempat asal, di bawah. Ya. Kini, hari ini, hari yang aku tulis kata2 ini, aku sudah dalam perjalanan, pulang ke tempat asal aku. Menjadi seorang lelaki yang tiada apa2 hubungan dengan mana2 wanita. Aku pulang, bukan dengan tangan kosong dan kekecewaan. Tapi, aku pulang membawa kenangan dan pengalaman.

Ya. Aku pulang dengan membawa tiga perkara. Pertama, kenangan. Ya, begitu banyak kenangan yang tercipta antara aku dan dia. Di bumi tempat aku menuntut ilmu ini sahaja, terbayang2 adegan dan babak mesra kami berdua. Kenangan indah, pahit dan manis aku lalui bersama dia dalam mencapai cita2. Bila aku ke sinii, aku terbayang, bila ke sana, aku terbayang. Ada sahaja titik2 lokasi yang membuatkan kenangan2 lama terimbau kembali. Namun, kini dia sudah tiada. Dia sudah berlalu pergi meninggalkan aku. Padaku, itu semua kenangan. Yang perg biarkan ia berlalu pergi..

Kedua, pengalaman. Ya, pengalaman dalam bercinta. Sesungguhnya dahulu aku bukanlah lelaki yang pandai bercinta. Bila aku sudah bercinta dengan dia. Baru aku tahu betapa nikmatnya bercinta. Sayangnya, aku dan dia dah gunakan nikmat cinta itu di jalan yang salah. Cinta yang sebenar dan ternikmat, ialah cinta selepas nikah.

Ketiga, pengajaran. Ini paling penting yang aku sudah dapat. Pengajaran yang begitu membuka fikiran aku sekaligus mematangkan aku, dalam membezakan mana benar mana batil. Dahulu, aku begitu mengharap pada seseorang. Harap setinggi2 harapan. Kini, aku baru lepas merasai suasana cinta. Mengharap dan bercinta adalah dua perkara yang berbeza. Mengharap yang aku bina, aku sandarkan kepada Allah melalui doa2 secara senyap, manakala bercinta yang aku jalinkan bersama si dia adalah cinta yang mencantas hubungan aku dengan Allah, lantas menarik aku perlahan2 terjerumus ke lembah maksiat. Bagi aku, kurang lagi 'dosa' mengharap berbanding bercinta. Berharap, hanya mungkin merosakkan hati sendiri, barangkali teringat2 sampai terleka dari Allah sesekali. Itu hanya masalah hati sahaja. Ia berlaku pun sekali sekala dalam satu masa. Dan tidak melibatkan siapa2. Namun berbeza dengan bercinta, ia ada hubungan terus dengan manusia lain, sambil memintas hubungan antara kita dengan Pencipta Cinta itu sendiri. Nampak kan bezanya di situ? Kalau sudah nampak, baguslah.

Apa yang aku simpulkan di sini, aku, sebagai seorang lelaki biasa, yang punya hati dan perasaan, aku sudah ada pengalaman yang Allah bagi. Aku anggap sahaja kedatangan si dia yang dah tinggalkan aku itu, sebagai bahan penguji, dan , sebagai satu latihan yang Allah nak ajar dan tunjuk aku bahawa; suasana mengharap dan bercinta itu berbeza. Dahulu aku berpengalaman dalam berharap. Kini aku sudah berpengalaman dalam bercinta. Maknanya, di dalam gengaman aku, sudah ada dua pengalaman yang melengkapi; pengalaman berharap secara diam melalui Allah, dan pengalaman bercinta secara langsung 'mencurangi' Allah. Alhamdulillah. Satu pengajaran yang aku rasakan begitu bermaka buat aku yang bernama lelaki.

Kepada engkau,
insan yang pernah aku berharap dahulu, aku harap, kau teruskan sahaja hidup kau. Andaikata benarlah bahawa seseorang yang wali engkau temukan itu adalah jodoh engkau, aku pasrah. Namun, aku percaya, perkhabaran yang aku dengari itu, bukanlah sesempurna perkhabaran. Antara percaya atau tidak, aku masih berserah pada Allah, DIA Maha Mengetahui segala2nya.

Dan
kepada engkau,
insan yang perna bercinta bahagia dengan aku ini, yang sudah tinggalkan aku ini, andaiata engkau baca tulisan aku ini, aku berharap, kau maafkanlah aku, jika aku ada buat salah sepanjang tempoh kita kenal dan berbahagia bersama. Sungguh banyak kenangan antara kita. Kadangkala bila aku terkenang kembali memori kita, aku tersenyum. Biarpun perkenalan kita hanya sekadar selama 98 hari sahaja, kenangan2  itu, masih segar dalam ingatan. Ingatlah wahai engkau. Aku di sini, berlapang dada atas keputusan yang engkau buat untuk tinggalkan aku. Aku tidak meroyan, tidak juga bersedih. Malah, aku tenang. Kerana, Allah lah yang menggerakkan semua ini. Cuma, aku berharap, kau akan mampu meraih bahagia bersama insan baharu yang kau sedang kenali itu. AKu tidak cemburu, dan tidak kisah. Malah aku bersyukur, kerana akhirnya kau dipertemukan juga dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada aku, jauh lebih sesuai dengan engkau. Aku doakan, semoga engkau, berjaya capai cita2 engkau. Terima kasih, kerana sudi menjadi teman hati aku buat 98 hari yang sedang berlalu dalam kenangan..

Ok, itu sahaja setakat ini. Akan datang, aku kongsi lagi, luahan hati aku.

Aku , sebagai lelaki yang sepi, dan seorang tanpa peneman hati , aku akan gunakan semula prinsip aku dalam mencari cinta manusia, yang aku pernah buat dahulu ;

"Aku kalau suka seseorang, aku takkan bagitahu dia. Biarlah secara senyap dan diam2. Biar Allah sahaja yang tahu."

Itu saja.

***

"Sama ada diucap atau dirahsiakan, apa yang di dalam hati, pasti diketahui Tuhan.."


wassalam. 

Tuesday 2 February 2016

[diari] Rezeki Allah Tu Luas !

Salam.
(post ni aku tulis tak ikut tatabahasa yg betul, sebab malas, so abaikan.)
aku sebenarnya dah banyak kali tulis post, tapi asyik cancel je. hahaha. ok yg ni aku nak post betul2. masa aku tulis post ni, sedang dalam cuti sem 3, nak masuk ke sem 4. aku tak duduk melaka. aku stay kat nilai. keje kat sini.

ok la. aku nak citer dalam post ni pun, pasal hidup aku, sikit je.

ni just nak bagi tazkirah la. pasal macamana nak kuatkan semangat dalam teruskan hidup.

aku ni bukan kaya mana, bukan anak orang berada. mak ayah aku tak keje. mak aku, hanya niaga kuih kecil2 je kat gerai pagi. ayah aku lak, baru berhenti keje. dulu ayah aku keje supervisor kat pelabuhan pasir gudang, jb. nama tempat keje nye malaysia marine heavy engineering (mmhe). salah satu pelabuhan terbesar di malaysia, gaji ayah aku sebulan sekitar 4.5k la. alhamdulillah. even ayah aku gaji camtu, ayah mampu beli kereta masa umur aku 20 tahun. kenapa?

sejak kecik, kami adik beradik membesar tanpa kereta sndri. ayah aku sejak mula2 kawen, hanya ada motor yamaha sport je, yang aku pakai sekarang kat usim ni. tu je la transport abadi ayah aku. then, tahun 2008 tak silap, ayah aku upgrade, beli moto yamaha lc. alhamdulillah la. beli cash, 8k. berkat kesabaran ayah kumpul duit. even dok kat melaka, disebabkan keje kat jb, so ayah aku menyewa rumah kat kota masai. sebulan sekali je ayah balik melaka.

bayangkan la dulu2 ayah ulang alik melaka-jb naik moto lama dia tu. 5 jam riding. penat kot. so bila dah angkat lc, much better la. ok tu kisah moto. after bertahun2 ayah kmpul duit, akhirnya tahun 2013, dengan rasminya ayah keluarkan duit simpanan, ayah beli kereta honda accord 2.3 tahun 2000. aku tak pasti berapa harganya tapi mahal gak la. honda kan.

secara umumnya, family aku boleh dikatakan tak susah tak senang. biasa2 la. even gaji ayah hampir 5k pun, banyak gak potongan yg kena buat. bayar bil itu bil ini duit belanje dapur dll. tapi ayah still boleh bagi akak aku n aku duit tangan setiap bulan.

ok tu citer zaman ayah aku masih kerja, masa berganti masa, ayah aku akhirnya berhenti atas faktor2 tertentu. so ayah aku kembali ke melaka, dan tinggalla bersama mak di rumah. after thatm bemulalah kehidupa baru kami sekeluarga ; tiada punca kewangan.

abang aku memang dah kawen dah keje. tapi dia keje sendiri dan masih dalam proses dan dia pun tengah amek master. akak aku pun sama, keje sambil amek master. power do abang akak aku. hahha. abang aku master in pendidikan awal kanak2, um. akak aku lak master in kaunseling ke psikologi ntah, kat um gak. n akak aku as kaunselor kat satu kolej islam ni. so masing2 ada komitmen yg memerlukan kewangan dri gaji sndiri. tinggal la aku n adik aku je yg masih study 100%. aku kat usim, n adik aku form 4.

so, family aku dah mula da terasa mencabarnya situasi xde punca kewangan ni. tapi, kami takdelah sampai kebulur tak makan, makanan semua still ade alhamdulillah. cuma tak lah semewah dulu. kadang2 mak aku lau nak masak, mak petik je sayur2 yang ada kat belaakang umah. sayur ada, ayam ada. nak makan ayam, sembelih je mane2. n mak aku mmg pembuat kuih pagi orang amek jual kat gerai. so dapatlah income sikit dari situ.

setiap bulan, abang n akak aku pasti akan bagi mak ayah aku duit untuk rumah. aku tak pasti la berapa jumlahnya tp alhamdulillah, setakat ni cukup. aku pulak, bila ayah dah x bagi lagi duit tangan macam zaman keje dulu, aku mula buat inisiatif sndiri cari duit.

bermula awal sem 3, aku buat servis kemas semak rumah orang. aku dah iklankan sevis aku tapi langsung  takde orang call. semester dah berganjak ke fasa kedua selepas cuti midsem, duit aku pun dah makin sikit dalam bank. tak boleh jadi ni. aku mesti buat sesuatu. so, tak silap, masa tu dalam bank hanya tinggal 200 lebih je, aku plan baik2, aku nak jual lempeng. so aku keluar modal 150 aku beli dapur, gas, barang masak, bahan2 tepung garam minyak dll. so bila dah ready semuanya, hari pertama aku try jual lempeng. aku buat kat rumah, then jual kat student mall usim. haram, tak laku langsung. maybe tak menarik kot sebab aku xde pencicah kari. biasa kan lempeng buat cicah kari. hahaha. tapi aku xde tool nak buat kari sume tu, so hari kedua aku try letak gula. maybe lempeng kan sedap dimakan ngan gula. pun haram gak xde orang beli. hahaha sedih woi. bayangkan, aku bangun awal2 pagi kul 4 camtu, uli tepung penat2 bancuh tu ini, kul 7 lebih berkejar ke kampus semata2 nak letak kat student mall. bila petang sebelum maghrib nak amek balik bekas tu, tengok2 lempeng penuh lagi macam pagi tadi. kau rase? hahaha.n

memang macam kecewa gak masa tu. so aku kena fikir cara lain nak dapatkan duit, melalui bahan asas, tepung. yela, tepung beli banyak tapi tak luak. rugi je. so fikir nye fikir, aku nak buat cekodok. so aku pun masak la cekodok pulak, siap dengan sos lagi. dan msih lagi letak kat student mall. kau tahu apa jadi? hampeh tak laku langsung. letak pagi2 siap redah hujan bagai, tapi lewat petang nak amek bekas, satu habuk orang x beli langsung. aduh. ape kena masalah ni? aku waktu tu rasa, budak2 usim ni sume orang bandar, orang kaya. mana la nak layan lempeng2 cekodok2 sume ni. yang diorang kenal, sandwich, spageti dll. huh. haha. tension bhai. yelah, dah labur rm150 tapi bukan kata takda untung, bahkan balik modal pun takde. siapa tak kecewa bhai. hahaha. macm2 cara aku try improve cekodok aku ni. tapi, hasilnya tetap mengecewakan.

lepas aku dah putus asa dengan cekodok, aku teringat yg aku nak buat something yg sume orang boleh makan. so, fikir nye fikir, aku pun try buat roti omlette, atau nama kampungnya roti telur. aku guna roti sosej yang panjang tu, then belah tengah, aku kuakkan, tekap dengan telur, then tekap atas minyak dalam kuali. ala, macam ala2 roti john gak, huhu. siap bersos lagi aku buat. so, untk hari pertama, aku buat 10 je dulu. letak awal pagi, lewat petg amek bekas, tahu? peh. alhamdulillah. licin bhai! laku 10 keping roti2 aku. alhamdulillah aku bersyukur gile2. so aku dah semangat, esoknya aku buat lebih banyak, 20 keping. so macam biasa letak awal pagi, amek lewt petg.

aku sangka panas sampai petang, rupanya hujan time zuhur. hari esok, tak laku..:(. letak 20, hanya 5-6 keping je orang beli. selebihnya, berbaki. aku bawak balik umah, aku makan sume tu. sedih bhai. aku sampai umah, aku terduduk. bengang, blur, pening sume ade, kecewa kot. semalam baik je laku. harini dah orang x pandang da, Allah, aku pun tak tahu mana silap aku. nak stop jual, aku rasa masih terlalu awal untuk aku give up. stok roti, telur pun banyak lagi. so, aku just teruskan je jual roti telur tu pada hari2 esoknya. memang setiap hari aku takde untung. jual 10, laku 1-2 je. memang gitulah yang berlaku hari2, paling memeritkan, duit kat tangan aku masa tu zero. dalam bank pun zero. habis betul dah, memang aku bergantung sepenuhnya duit tangan kat hasil jualan roti telur tu. bayangkan la. kalau sehari tak sampai rm10 yg laku, tolak modal balik ape benda aku nak guna  untuk makan n teruskan hdup? hmm.

memng time tu aku dah low mental gile. tp aku takdela nak cite kesusahan aku kat kawan2. even roomate aku pun, aku x tnjuk sngat kekecewaan aku ni. aku sorok je, dengan bank dah xde duit, dengan kat dalam wallet pun xde duit, zero sezero2nya, aku masih lagi brikhtiar merangkak2 jual je lagi roti telur even aku tahu tak laku, n tawakkal je la pada Allah kalau apa2 je yang berlku. memang aku begantung penuh la pada kuasa Allah masa tu, takda harapan lain da.

dalam aku tengah kecewa, n down sebab xde duit, aku brlapar, apa2 urusan yg melibatkan duit, aku mesti sorokkan diri, aku fikir something. time tu aku doa pada Allah, agar Dia bagi aku jalan keluar dari masalh ni. tup2,satu malam ni, kawan aku tanya,

"adnin, kalau tebas semak berapa harga eh? aku nak mintak kau kemas semak belakang umah aku."

Allah! baru aku teringat, aku penah iklankan dlu pasal servis tebas semak aku ni. ha, ye. tu la jalan keluar yg Allah ilhamkan kat aku. jadi, aku pun setuju la nak kemas semak umah dia. so, aku kuarkan sikit modal, beli sabit, penarik sampah, glove, batu asah dan plastik sampah. modal tak sampai rm50 pun. tiba hari aku bertugas, aku pun pegi la umah dia. belah belakang. tak banyak mana pun rumput yg nk dikemas. so, aku guna tangan je cabut rumput2 tu, setel semua, dia bayar aku rm13. alhamdulillah tu hsil pertama aku untk kerja tebas semak ni. alhamdulillah sangat2. even tak besar mana tp aku bersyukur, sebab dua perkara; Allah bantu aku di saat yang aku sangt2 memerlukan, dan perancangan aku nak buat servis tu berjaya. alhamdulillah.

so balik umah, aku tidur sebab keletihan. tak lama lepas tu, aku ada terbaca satu iklan kat grup fb, ada kerja kosong sebagai maintainence. apa lagi, aku terus pm no yang diberi. tepat pada harinya, owner kumpulkan kami, briefing pasal jobskop sume. alhamdulillah, dapat lagi satu kerja. kerja pertama aku dalam job tu ialah punggah rumah sewa sebab nak tukar penyewa. kami kena keluarkan semua barang2 lama, cat, bersihkan dan masukkan perabot2 baru. alhamdulillah. dapat gaji, aku bersyukur, semakin murah rezeki.

tak lama lepas tu, kawan aku, mintak aku kemas semak umah dia. alhamdulillah. aku suka lagi. yelah. rezeki kot. so aku pun kemaslah semak2 belakang umah dia. memang macam hutan. ada lalang, pokok tebu tua, pisang dll. siput babi berpuluh2 kat atas tanah tu jangan cakap la. hahha. so, selesai kemas, aku dibayar rm54. alhamdulillah. semakin meningkat.

selang bebrrapa masa, ada lagi orang panggil, kali ni banyak sikit, aku dapat rm80, dan paling latest sebelum cuti sem haritu, aku kemas semak + tebang 2 batang pokok, daaptlah rm100++. alhamdulillah weh, makin lama makin murah rezeki aku dala kerja servis kemas semak ni. syukur sangat2. Ha yang aku tulis post ni pun, aku baru je selesai mengecat satu rumah sewa kat bandar nilai. ni job under maintainence tu. aku keje 2 minggu lebih, so dapatlah gaji yang memberangsangkan. alhamdulillah syukur.

tiap kali aku dapat gaji/income, mesti aku akan hulur kat mak ayah aku. tak banyak pun. hahaha. sikit je, sekadar mampu je. n x lupa, aku still bagi sedekah pada pengemis2 jalanan. n satu amalan aku yg aku buat sejak dulu, bagi kucing2 jalanan makan. aku beli frieskis, letak kat bakul motor. so bila pergi mana2 je, kalau nampak kucing, terus aku akan bagi makan. ok aku cakap camni bukan nak riak k. hahhaa jangan salah faham. aku just nak berkongsi apa yg aku amalkan, moga2 boleh jadi ibrah pada korang yang membacanya.

sekarang aku berbahagia dengan hidup aku. walaupun kerja aku ni kotor, main tanah, semak, longkang, siput babi n so on, aku tak malu. kalau kat kampus, akulah segala2nya dalam berjawatan, akulah ejen berita, akulah pimpinan sahabat yadim, akulah s/u batch, akulah itu akulah ini tapi di luar kampus, aku tetap aku; seorang cleaner. aku tak kisah pun lau orang nak ngate aku ni selekeh ke, keje kotor ke, keje x standard ke, peduli ape aku. hahaha. aku puas dengan apa yang aku buat. titik peluh aku, aku keluarkan sndiri. income tinggi. walaupun x taraf mewah ribu riban macam income jutawan MLM n berlagak hipster bagai, tapi still boleh bagi parent duit tangan, n saving dalam bank, n kegunaan sndiri. aku puas. aku bangga sebab aku boleh survive sendiri cri duit dalam keadaan kosong. tq so much pada Allah sebab bagi aku semangat nak survival sndiri tanpa harap bantuan dari manusia2. aku x malu pun nak mengaku yang aku ni bukan orang senang. ya, aku orang susah, tapi aku berjaya tempuhi kesusahan tu, untuk mencapai kesenangan. takpa. biar slow2. janji istiqamah. n aku bukan jenis suke kerja bawah orang. sebab masa kne ikut masa dia. padahal kta ada masa kita sndiri. so lbih baik gunakan msa sndri. alhamdulillah mak ayah aku pun support aku sebab berani buat kerja camni. mak aku siap nak belikan gergaji lagi untuk aku hahahahahaha. tq gak pada mak ayah sebab ajar aku sejak kecik dengan kerja2 kampung camni, yang orang lain susah nak buat. see? kalau orang lain tak boleh buat, biar aku je la yang buat. kena pandai amik kesempatan atas kelapangan orang lain.

pengajaran dari kisah aku ;
1)jangan pernah malu nak mengaku yang kita ni orang susah, tapi malulah semalu2nya kalau kita tahu kita orang susah tapi tak mahu berusaha dan menyusahkan orang lain lak. pada siapa2 yang dilahirkan dalam keadaan kaya, tahniah, itu rezeki korang. tapi siapa yang dilahirkan n membesar macam aku, sediakan diri untuk tempur tembok perubahan!
2)rezeki Allah tak pernah putus. rezeki bukan setakat duit, tapi mempunyai akal fikiran yang kreatif dan semangat yang tinggi untuk cari duit tu juga satu rezeki!
3)jangan pernah lupa asal usul kita. setinggi mana pun puncak gunung kejayaan yang kita dah jejak, asalnya langkah pendakian kita tu bermula dari tanah jugak. so kat sini, jangan lupa untuk bersedekah!
4)prcaya pada Allah setinggi2 percaya yang Allah la pemberi rezeki. Allah maha kaya weh! kaya! kaya!!! kayaaa!!!!! so why not kita sebagai hamba, tak mahu mintak duit pada Allah?? ada satu kata2 berbunyi, "kenapa aku harus takut miskin sedangkan aku adalah hamba kepada Yang Maha Kaya?"
5)bila dah baca post aku ini, harap dapat ambil ibrah, dan sampaikan pada manusia2 lain. ingat. kita cari duit bukan untuk kaya, tapi untuk meneruskan hidup sahaja. kerana jika mahu kaya, percayalah, sampai bila2 kita takkan rasa kita dah kaya(still ada sifat tamak nak harta lagi nak lagi nak lagi bla bla bla), tapi bila niat nak cari duit sekadar utk teruskan hidup, percayalah, kita hanya cari benda asas je. tak caya? try la. ;)

so, tu je la post aku setakat ni. insyaallah sem depan, aku akan upgrade servis aku ni, aku nak tambah;
- runner beli barang/bayar bil/hantar barang dll naik motor buruk aku tu
-cuci tandas/jamban/longkang/dinding berlumut
-basuh kereta/motor
-servis kereta sewa (abang aku nye, aku uruskan je)
-cat rumah
-tebang pokok2 besar guna kapak
-bekam (insyaallah!)

ha, tu je la. korang yg baca post ni, doa2kanla agar aku isitiqamah menjadi 'aku' yang sebegini ye. maaf kalau salah kata, yg baik dari Allah yang buruk dri aku. wallahualam

"survival is triumph enough"

assalamualaikum ;)

- adnin razak @ jebat, rider yamaha sport, ejen berita usim, bakal wartawan etc,
3/2/2016, 1:42am, di restoran mannusalwa, nilai.