Wednesday 6 August 2014

[luahan] Sampah Itu Nafas.



Cerita denin sang pelipur lara.
27/7/2014, Ahad, Pasar Awam Masjid Tanah.
Tajuk : Sampah Itu Nafas.

Aku buang sampah-sampah dari  but kereta di tempat pembuangan sampah Pasar Awam Masjid Tanah. Kejadian ini berlaku sehari sebelum menjelang hari raya Eidul Fitri 2014. Di tapak pembuangan sampah tersebut, aku melihat ada dua orang budak kecil dalam lingkungan empat hingga lima tahun, bersama dengan seorang lelaki yang berusia dalam anggaran 40-an. Aku rasa mereka ini satu keluarga. Apa yang aku lihat ialah mereka masing-masing melakukan satu kerja yang pelik. Si ayahnya akan pergi ke tong sampah besar dan akan menyelongkar sampah di dalamnya lalu mengutip barang-barang yang boleh digunakan semula seperti kasut, bakul, penyangkut baju dan lain-lain. Manakalanya si anaknya pula mengutip bakul-bakul yang dikira masih elok untuk digunakan lagi. Pada firasat aku, mungkin mereka nak jual semula barang-barang tu kat kedai bundle. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah si anak yang dua orang tu. Mereka masih kecil. Tapi seawal usia itu mereka diajar untuk survival / ikhtiar hidup mencari apa sahaja demi menyara hidup dengan sesuap nasi. Hati aku sangat tersentuh melihat situasi itu. Muka diorang nampak ceria je mengutip barang-barang terpakai dalam timbunan sampah itu. Dan aku pula, banyak sampah yang aku buang dari but kereta aku. Kebetulan pula, ada sekotak kasut aku nak buang masa tu. Kasut2 yang aku nak buang tu semuanya masih elok dan sempurna lagi. Jadi aku berikan terus sekotak kasut itu kepada si ayah. Si ayah itu gembira dan mengucapkan terima kasih. Dan sampah terakhir yang aku nak buang ialah sekotak buku2 lama masa aku sekolah rendah dulu. Aku terfikir, macam tak beradab pulak kalau nak letakkan buku2 tu kat tempat sampah macam ni. So aku angkat kotak buku2 tu dan aku letakkan ia di sebuah pondok wakaf berhampiran dengan kawasan tersebut, sebagai tanda hormat kepada buku2 itu. Sebelum aku masuk semula ke kereta, aku ternampak sebuah anak patung beruang berwarna coklat terbaring sayu di pinggiran timbunan sampah.

 Lalu aku mendapat idea untuk snap gambar anak patung tersebut. Aku menegakkan anak patung itu lalu mengeluarkan kamera xperia aku. Baru nak snap, anak patung yang aku dirikan tadi tertumbang ke tanah. Kemudian aku cuba tegakkan semula nak baru nak snap gambar, anak patung tadi tertumbang kembali. Tak stabil agaknya. Tiba-tiba budak dua orang tadi datang kepada aku dan menolong menegakkan anak patung itu. Mereka tahu aku nak snap gambar.

 Lalu mereka pun senyum. Serius, aku rasa itulah senyuman kanak2 paling ikhlas pernah aku tengok. Lalu aku pun snap gambar mereka bersama anak patung tersebut. Pabila selesai, aku pun masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ. 

Dalam perjalanan, aku termenung sendirian mengenangkan bagaimana sebenarnya suasana kehidupan mereka sekeluarga untuk hari itu, esok, lusa, tulat dan hari2 yang akan mendatang..wallahua’lam.