Tuesday 11 September 2012

Menanti esok yang tiada.

Assalamualaikum wbt ..
Aku sekarang di ambang hujung tanduk. Aku tak pasti masih adakah lagi hari esok untuk aku. Semua insan kat dunia ni ada rancangan masa depan masing2.Termasuklah aku. Aku pun dah rancang, apa perancangan hari esok untuk aku.

Bermula pada 5hb September, aku dah mula tercampak ke dunia yang tak pernah aku duduk. Bermula 5hb September jugalah, aku tak pasal-pasal berubah menjadi seorang yang 'orang tak sangka'.

Tempoh sebulan dari 5hb September hingga 5hb Oktober ni adalah satu tempoh yang amat panjang dalam hidup aku. Dalam masa sebulan ni, macam2 yang boleh berlaku, menentukan masa depan aku. Arghh! Aku tak sangka dalam sekelip mata aku boleh jadi seseorang yang amat tak dikenali lagi. Mungkin sejak 5hb September tu lah rata-rata manusia kat dunia ni yang mengenali aku akan berkata, "Ish, Aku tak sangka la dia ni. Sebelum buat tak fikir ke??"

Ya, aku akui, ini salah aku. Aku tak sengaja. Aku tak sengaja !! Aku tak sengaja!!!!!

Aku kalau boleh taknak hidup lagi kat dunia ni. Tapi apakan dayaku, aku ni manusia jugak. Ada taklifat besar nak diuruskan. Aku sendiri tak sangka kenapa aku boleh tercampak dalam dunia gelap ni.

Hakikatnya takdalah gelap mana, tapi bagi aku, sedikit sebanyak situasi yang aku alami sekarang, dah mengancam masa depan aku. Thats why aku cakap, aku ibarat menanti hari esok yang tiada.

Aku ulangi lagi, andaikata aku mati, aku lebih rela mati dalam kebenaran daripada terus hidup dalam fitnah. Ya! Aku difitnah!

Manusia yang bernama rakyat terus tertipu dengan ayat-ayat manis media. Sikap manusia semakin bodoh apabila mendengar sahaja apa yang MEDIA katakan, terus manusia mengangguk, dan mengiyakannya. Walhal mereka tak tahu perkara sebenar. Argh!!

Aku semakin tension bila mendapat aku sudah tercampak ke dunia gelap. Habis semua perancangan aku. Aku takut aku akan ditakdirkan menjadi SEORANG YANG KAMU TAK PERNAH KENAL. Nauzubillah !!

Sekarang, yang menjadi peneman setia aku, hanyalah air mata. Depan kawan2 aku boleh bergelak sakan, tapi depan TUHAN hakikatnya aku sangat2 menangis. Mata aku basah, hati aku pun basah. Aku macam dah takde apa lagi dah kat dunia ni.

Terbaru, 12hb September 2012, adalah penentu masa depan aku kat DQ. Aku taknak cerite panjang. Cuma aku nak korang yang baca post aku ni, doa2kanlah agar HARI ESOK AKU MASIH ADA LAGI.

Aku harap korang faham situasi aku.

"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada"-Muaz Yusuf.

"Berjalan Melihat Mentafsir"
Sekian daripada Adnin Razak,
Daie Jalanan Bumi Fana,
5:00pm 11hb September 2012.

Saturday 8 September 2012

Mari Belajau Bahase Orang Melake~




Assalamualaikum wbt.

Kali ni aku nak kongsi sikitlah tentang koleksi beberapa perkataan yang orang Melaka ni sebut. Bukan nak kata apa lah, aku ni pun anak jati Melaka jugak, berdarah Hang Jebat. Tapi koleksi perkataan ni aku copy n paste je lah dari blog mane ntah, macam tak ingat.

Nah, sila hayati Bahase Orang Melake Ni Yee..:

    Ni yang aku copy paste dari blog taktau,,tak ingat nama blog,, dan ini yang aku mungkin nak tambah berdasarkan aku survey2 kat blog lain, atau yang memang aku dah tau sendiri (aku kan orang Melaka, sikit sebanyak aku tau ler)..

    Reti : pandai
    contoh : Engko ni tak reti  belajau ke hah?

    Canguk : tak bermaya
    contoh : Aku nengok ko ni canguk nau je, apehal?

    Nyahut : Sahut
    contoh : Nanti kalau aku panggil ko, ko nyaut/nyahut tau?

    Menonong : Jalan tak pandang kiri kanan
    contoh : Wah aku nengok dak Syafiq tu jalan, menonong je ha.

    Tak Semenggah : Tak senonoh
    contoh : Dak Hashim tu perangai dia tak semenggah langsung!

    Madang : Menyibuk
    contoh : Eh mak aiihh engko ni, madang aku nak barah (makan)  je, ko datang.

    Pak'kal : Nasib Baik
    contoh : Pak'kal lah dak Aishah tu dah kawen dengan dak Ismail. Kalau tak, memang aku masuk minang je dia tu.

    Belo : Bodoh
    contoh : Woi budak! Jangan main kat tepi parit tu la belo!

    Benggol : Bodoh
    contoh : Woi Minah, Jangan nak gatal sangat la benggol!

    Bogeh : Bodoh
    contoh : Wei bogeh, tak reti2 bahase lagi ke?

    Pijau : Pijar
    contoh : perrghhh tangan aku pijau siot terkena minyak angin tu..

    Dedau : Berdeba-debar
    contoh : Sumpah aku dedau sioott bila cikgu tu tanye aku macam-macam.

    Kopek : Buka sesuatu, kupas dll.
    contoh : Ko tolong kopek buah oren ni, aku nak makan.
    *Berbeza pula di Terengganu, kopek ni bermaksud buah dada wanita (roomate aku bagitau, dia Anok Ganu)

    Ikan Betok : Ikan Puyu
    contoh : Aku dapat Ikan Betok ni kat dalam sungai tepi rumah dak Aziz tu.

    Gigal : Gila-gila
    contoh : Ko tak payah nak gigal sangat lah wei.

    Dan banyak lagi sebenarnya. Ni yang mana aku sempat survey kat blog lain, dan ada tambahan daripada aku sendiri. Secara jujurnya, aku nak minta maaf kalau sesiapa yang datang Melaka, kena maki. Bukan apa, memang secara tradisinya, orang Melaka ni cakap kasar. Bagi orang lain, kami memang mencarut. Tapi bagi kami, ia adalah 'burdah2' bahasa. Dah biasa dah hidup dalam cakap2 kasar ni. Heheh.

    Mak aku cakap, kalau nak dengar orang Melaka cakap yang piau (pekat) punya, kat area2 Tg. Bidara, Pengkalan Balak, Kuala Sungai Baru dan ke arah sempadan Port Dickson. (Ini dalam area Masjid Tanah ke atas). Tempat2 lain aku tak pasti la sebab aku memang membesar di Masjid Tanah.





    Inilah dia Masjid Tanah, iaitu masjid yang dibina daripada tanah. Ia adalah masjid ketiga tertua di Melaka selepas Masjid Tengkera dan Masjid Kg Hulu. Kalau korang datang Bandar Masjid Tanah, senang je nak cari masjid ni. Korang hanya cari Pasaraya Ten-Ten Masjid Tanah, sebab masjid ni hanya berseberang je dengan bangunan tu. Masjid ni kecik je.

    Ok lah, setakat tu je la post kali ni. Kalau korang ada apa-apa nak share, silekan..:)

    "Melaka Maju Negeriku Sayang, Melaka Bandar Teknologi Hijau."

    "Berjalan Melihat Mentafsir"
    Sekian daripada Adnin Razak,
    Da'ie Jalanan Bumi Fana,
    2:19 am 9hb September 2012.

    Sang Saka Malaya : Sejarah atau .....?

    Assalamualaikum wbt..
    Alhamdulillah, walaupun buat masa ni nafas aku seringkali sesak dengan pelbagai masalah yang menimpa, namun Allah tetap izinkan aku untuk post sesuatu yang baru dalam blog Cairaz ni.

    Baru-baru ni negara kita panas dengan isu Himpunan Janji Bersih pada malam kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Selang beberapa hari, isu ini semakin panas apabila pihak PDRM mengeluarkan arahan bahawa beberapa individu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang melanggar nasionalisme negara, mesti ditangkap. Berikutan itu, 11 keping gambar individu terbabit telah disebarkan melalui akhbar tempatan iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia.

    Terdapat tiga isu yang amat panas yang pihak PDRM sedang melakukan siasatan, iaitu isu pijak gambar Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Najib Razak, isu menunjukkan punggung ke arah gambar Datuk Seri Najib Razak, dan isu mengibarkan bendera Sang Saka Malaya yang dianggap bendera 'baru' untuk negara Malaysia.

    Sebenarnya, aku bukanlah seorang individu yang minat terhadap politik, apatah lagi mahu terlibat dengan isu-isu berkaitan dengan politik. Tujuan aku menulis post ni sebab mahu berkongsi perasaan tentang isu Himpunan Janji Bersih, lebih2 lagi isu bendera Sang Saka Malaya.

    Ya, inilah dia bendera Sang Saka Malaya tersebut. Dalam isu ini, ada banyak perkara pelik yang aku nak kongsi dengan anda semua. Artikel ni aku copy n paste daripada blog Singa Selatan. Aku nak korang baca je, dan buatlah penilaian sendiri.

    Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?





    Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

    Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

    Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
    Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.




    Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

    Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

    Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

    Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

    Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Begitulah yang diluahkan oleh individu yang mengibarkan bendera(seperti dalam gambar) tersebut pada malam Himpunan Janji Bersih tersebut. Baiklah, aku bukannya seorang yang minat berpolitik. Dan aku bukan seorang sejarawan. Jadi, aku tak reti dan taknak membidas apa-apa. Kalau anda semua mempunyai pendapat atau hujah sendiri berdasarkan ilmu sejarah yang ada, aku tak larang untuk korang luahkan kat post ni.

    Baiklah, kita pusing balik.

    Aku adalah seorang insan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Ya, aku mengaku bahawa aku amat-amat menyanjung dan menghormati bendera Jalur Gemilang.Kajian juga menunjukkan bahawa individu yang lahir pada bulan Disember ini mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

    Baiklah. pada pendapat aku, politik ni kadang2 menjadikan sesuatu majoriti itu bertelagah. Seperti yang berlaku di Malaysia ni la. Aku tertarik dengan kata2 blog Ameno World, "Berpolitik tak semestinya berparti"..

    Kadang2 aku terfikir, kenapa manusia suka menghangatkan isu yang tak penting? kenapa manusia suka mereka2 cerita dan akhirnya menabur fitnah.?

    Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang individu yang disyaki suspek kes mengibarkan bendera baru,(ini orang lain, bukan yang dalam gambar di atas) beliau menyatakan kepada pihak polis (semasa memberi statement ketika disoalsiasat), beliau hanya memegang bendera 'baru' tersebut dengan niat mahu bergambar dengan group2 bendera tersebut. Tambahan pula beliau sama sekali langsung tidak mengenali siapakah group2 bendera baru tersebut dan apakah motif mereka membawa bendera baru tersebut pada malam kemerdekaan itu. Jadi, niat beliau hanyalah semata-mata untuk bergambar sahaja, langsung tak berniat untuk menyertai group bendera baru itu untuk menukar bendera (seperti yang dinyatakan dalam akhbar) apatah lagi menghina bendera suci Jalur Gemilang.

    Akan tetapi, apakah yang media akhbar tempatan seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia uar-uarkan? Media akhbar menyatakan dalam akhbar ".......MENGIBARKAN bendera  baru & MENGHINA Jalur Gemilang.."

    Astaghfirullah hal azim. Kan fitnah tu? Dalam statement beliau kepada pihak polis, beliau menyatakan bahawa beliau hanya MEMEGANG, bukan MENGIBARKAN. Kan nampak sangat berbeza tu, antara memegang dengan mengibarkan. Kalau memegang, sekdara pegang je. Tapi kalau mengibarkan, kita sendiri boleh imaginekan individu terbabit mengibarkan dengan cara : muka penuh semangat, memegang bendera dengan tangan ke atas sambil menggoyangkan tangan/mengibarkan. Senang cerita, mengibarkan itu sesuatu situasu yang dilakukan dengan penuh semangat. Namun, individu tersebut hanyalah pegang je, dan bergambar. Tambahan pula, individu tesebut selepas sahaja bergambar dengan group bendera itu, lantas individu tersebut terus beredar dari situ.

    Satu hal lagi, perkataan "..MENGHINA Jalur Gemilang.". Astaghfirullah hal azim..entah bila masa individu tersebut mahu menghina Jalur Gemilang? Pihak polis sendiri sudah mendengar sendiri daripada mulutnya perkara yang sebenar. Beliau hanya memegang, bukan mengibarkan apatah lagi mahu menghina.

    Inilah kuasa media tempatan yang amat suka memporak-perandakan fikiran rakyat. Aku minta maaf, aku bukan tujukan kepada semua media, cuma media yang terbabit je la. Bukankah ini sudah menjadi fitnah? Benda yang tiada diada-adakan. Lepas tu, disebarkan ke seluruh negara. Orang pertama baca, kemudian menyampaikan cerita tersebut kepada orang lain, dan seterusnya bersambung di facebook, twitter, blog dan lain2. Begitu panjang 'sanad' dosa memfitnah ini. Hmm..

    Aku minta maaf sekali lagi jikalau ada pihak yang tak suka dengan tulisan post aku kali ni. Aku sekadar lontarkan idea, perasaan dan prinsip. Masing-masing ada pendapat, jika mahu luahkan, silalah tinggalkan komen kat bawah post ni ye. Aku tak marah...:)

    "Manusia itu sikapnya mahukan kejayaan. Ghairah dalam mengejar nama adalah sifat yang paling bodoh."

    "Berjalan, Melihat, Mentafsir"
    Sekian daripada Adnin Razak,
    Da'ie Jalanan Bumi Fana,
    6:20 pm 9hb September 2012